Thursday, April 27, 2006

Buang Bayi Lagi!

Assalamualaikum Warahmatullah,

Kes buang bayi berulang lagi. Manusia semakin menjadi-jadi. Hilang sudah nilai kemanusiaan, keprihatinan dan kasih sayang. Ikuti cerita ini:

Wawancara itu terpaksa dilakukan. Walaupun sedikit jijik dan banyak mustahilnya. Dari segi budaya, ia tidak dibenarkan tetapi kemanusiaan mengharuskannya. Bila seorang bayi dibuang ke tong sampah dengan kepala dikerumuni ulat putih, aku bergegas ke lokasi wawancara berbekalkan perakam digital dan buku nota. Jurugambar awal-awal lagi menolak; beralasankan sedikit sensitiviti dan banyak perkauman.
medium_def_smile_for_site.1.jpg
Aku menekanhidupkan perakam digital. Angkat saatnya beranjak-anjak.

“Apa yang nak kau tanya?” DIA menggeliat. Tubuh bogel itu bergebu-gebu.

“Kelmarin, ada bayi dijumpai dalam tong sampah. Berulat-ulat. Tapi masih hidup. Komen?” Aku membuka buku nota. Sesekali mengerling tubuh telanjang itu.

“Inilah masalah korang. Pandai buat tapi tak reti bertanggungjawab. Waktu main tak ingat. Waktu bersalin, jantan awal-awal cabut. Betina mula jadi gila.” DIA mengelus-elus muka dengan kaki. Seksi? Seksa lebih tepat.

“Tak berperikemanusiaan. Macam...” Aku cuba mencucuk. Bukan pada tubuh putih itu. Sumpah! Tapi pada idea. Kononnya!

“Cup, cup, cup! Aku tau analogi kau tu. Bukan macam haiwan. Bukan macam binatang. Ada kau tengok binatang buang terus anak dalam tong sampah?” DIA memuncungkan mulut.

“Habis macam apa?” Aku menggaru-garu kepala dengan kepala pen.

“Tiada bandingan. Tengok kami. Waktu main, dua tiga lelaki kongsi gerenyam aku. Sampai 45 minit aku orgasme. Korang kata jijik. Tapi kalau termengandung. Tak adalah aku buang kat tong sampah. Aku masih ada perike....” DIA mendabik dada. Sungguh, aku tak pandang pada bukit kecil itu. Sumpah!

“Cup, cup, cup. Kau tak payah sebut. Perkataan tu taboo dalam paper kami.” Aku mengangkat tangan.

“Dalam kamus perhubungan seks kami, tidak ada istilah buang bayi. Semua bayi ada hak untuk hidup di sini. Bergelumang. Makan. Bersenggama. Mampus.” Muka DIA menjadi merah. Yang teramat darah.

“Jadi, kami yang membuang bayi tidak lagi mulia?” Aku selak buku nota. Halaman yang kosong.

“Korang boleh menyumpah dengan menggunakan nama kami. Pada apa-apa saja. Kotor macam kami. Busuk macam kami. Tak senonoh macam kami. Sumpah nama kami. Tapi jangan pada feel buang bayi. Kalau guna nama kami, kami cari nama lain. Kami akan piket minta institusi berkenaan buang nama lama dan tukar pada yang baru dalam kamus.” DIA menggerenyam. 45 minit orgasme? Barangkali orgasme setengah jam lalu belum habis.

“Saranan kau?” Hidungku sudah tidak tahan bau.

“Kalau tak reti jadi manusia. Berhenti jadi manusia. Tapi jangan jadi haiwan. Nanti semua haiwan tak nak mengaku binatang. Terpaksa tukar kamus korang. Atau kami piket.” DIA melilau-lilau kepala. Agaknya orgasme 45 minit itu sudah habis. Perlu diperbaharui.

“Perlu kita bersalam?” Aku menutupmatikan perakam digital.

“Tak payahlah. Satu, aku wanita. Dua, agama tak benarkan. Nanti kau kena samak!” DIA menyondol-nyondol. Bukan pada aku. Sumpah!

“Ok. Payah pula nak cari selut. KL kalau adapun, waktu banjir kilat.” Kami sama-sama ketawa. Ketawa basi-basi.

DIA mencari-cari dua lelaki spesisnya. Menyambung orgasme, barangkali. Aku tinggalkan lokasi itu. Dengan komentar pedas DIA. Barangkali benar, DIA masih ada perikebabian. Rasa-rasanya belum pernah aku dengar babi membuang bayi mereka di tong sampah. Walaupun dua tiga lelaki bekerjasama menyenggamanya. Walaupun DIA orgasme 45 minit terus-terusan. Kerana, anak babi pun ada hak untuk hidup di kandang itu.

~Terfikir panjang saya setelah membaca cerita ini~

Kredit untuk Bukunota
http://bukunota.blogspot.com/

The comments are closed.