Wednesday, July 12, 2006

Jom Belajar Hijrah Rasulullah!

Assalamualaikum Warahmatullah,

Saya tertarik untuk berkongsi cerita berkenaan kisah-kisah yang berlaku semasa hijrah Rasulullah saw.

Mereka tak punya apa
Harta sanak saudara
Tetapi mereka percaya
Hanya janji Rasulnya
Suraqah mengejar
Ingin merebut dinar yang dijanjikan
Allah melindungi
Perjalanan kekasihnya yang tercinta

Eh, kita tahu tak?

Tahukah kita tatkala Rasulullah membuat satu perjanjian yang bernama Bai'atul Aqabah yang menjadi permulaan kepada titik hijrah.

Tahukah kita kisah Abu Salamah, Suhaib Ar-Rumi yang menghadapi kepayahan dan kesusahan semata-mata mahu berhijrah kerana Allah dan RasulNya.

Tahukah kita kepada persidangan parlimen Mekah di Darul Nadwah yang disertai Iblis, yang membuat resolusi untuk membunuh Rasulullah SAW.

Tahukah kita strategi Rasulullah yang mendatangi Abu Bakar ketika panas siang hari untuk mengajak Abu Bakar berhijrah.

Tahukah kita ketika Allah menghancurkan tipudaya orang-orang musyrikin yang mengepung rumah baginda lalu baginda berdoa dan menaburkan pasir.

Tahukah kita cabaran Saidina Umar ketika mengisytiharkan hijrahnya.

Tahukah kita strategi perjalanan Rasulullah dari Mekah --> Gua Thur --> Pantai Laut Merah --> Madinah

Tahukah kita kepada peristiwa Abu Bakar menahan kesakitan sengatan binatang berbisa semasa di Thur.

Tahukah kita kepada tentera-tentera Allah yang mengabui mata tentera musyrikin di muka pintu gua.

Tahukah kita kepada pemandu jalan yang musyrik bernama Abdullah Bin Uraiqit.

Tahukah kita kepada kisah Suraqah Bin Malik yang dijanjikan gelang Kisra Bin Hermaz, raja parsi.

Tahukah kita peristiwa perletakan batu asas masjid pertama dalam sejarah Islam di Quba'.

Tahukah kita pada bait-bait syair TalaalBadru Alaina yang menjadi penyambut ketibaan Rasulullah.

Tahukah kita pada peristiwa unta rasulullah yang memilih tempat berteduh Rasulullah dengan menjadi tetamu Abu Ayyub Al-Ansari.

Tahukah kita bahawa Yathrib bertukar namanya kepada Madinah Al-Munawwarah.

Sesungguhnya hijrah Rasulullah saw sebagai satu ujian kasih sayang hamba kepada Allah dan RasulNya.

Hijrah diri sendiri ke arah yang lebih baik, insyaAllah.

17:05 Posted in Ideas | Permalink | Comments (1)

Comments

Pengisian saudara penuh dengan persoalan yang merangsang pembaca untuk mengetahui lebih mendalam perihal penghijrahan Nabi junjungan kita Nabi Muhammad. Persoalan Saudara cukup mantap agar si pembaca berfikir secara mendalam penghijrahan nabi kita bkn sekadar baca tapi mampu berfikir dan mengambil ikhtibar daripada penghijrahan nabi.Kenalila nabi kita lebil mendalam bkn sekadar mengenali dari luar sahaja tetapi mengenali nya secara mendalam dan serius. yakni melalui pembelajaran Tafsiran Alquran Dan Hadis Nabi.Wassalam.

Posted by: MOHD ASYRAF | Tuesday, January 13, 2009

Post a comment

NB: Comments are moderated on this weblog.