Monday, August 07, 2006

Tanda Hati Mati

Artikel Asal oleh: K.H. Abdullah Gymnastiar

Diolah ke Bahasa Malaysia oleh: Khairul Amar Razali

medium_Lake_mapourika_NZ.jpeg


Allah telah mengunci mati hati dan pendengaran mereka dan penglihatan mereka ditutup. Dan bagi mereka seksa yang berat. (Q.S. Al-Baqarah [2]: 7)

Pernahkah antara kita suatu ketika sampai pada keadaan berupa sama sekali tidak merasakan sedih dan kecewa kerana melewa dan melewatkan suatu amal kebaikan yang sebenarnya harus dan perlu kita lakukan?
Bersamaan dengan itu betapa kita pun sama sekali tidak merasakan penyesalan setelah hati dan tubuh ini tergelincir berbuat dosa dan kemaksiatan?

Sekiranya kita pernah atau bahkan saat ini sedang mengalami hal semacam itu, maka berwaspadalah, kerana semua itu tidaklah diragukan lagi sedikit pun merupakan salah satu dari aneka tanda matinya hati iaitu qalbun mayyit.

Hati yang mati itu tidak ada bezanya dengan jasad yang sudah tidak bernyawa. Berkali-kali dicubit, dipukul, bahkan diiris-iris sekalipun, ia tidak akan merasakan apa-apa. Bagi orang yang hatinya sudah mati, saat melakukan perbuatan baik dan saat melakukan perbuatan buruk adalah hal yang biasa-biasa saja, tidak ada nilainya sama sekali.


Bahkan, dia pula berasa bangga akan masa lalunya yang penuh berhiaskan aneka perbuatan nista dan kemaksiatan, misalan mencuri, berzina, menipu, korupsi, berbuat zalim terhadap orang lain, dan sebagainya. Kalaupun berbuat suatu kebaikan, sekecil apa pun, maka itu hanyalah akan membangkitkan kebanggaan pada diri sendiri, rindu pujian, serta penuh rasa ujub dan takabur belaka.

Adapun ciri utama pemilik qalbun mayyit adalah menolak kebenaran dari Allah Azza wa Jalla dan selalu gemar berlaku zalim terhadap sesama makhluk dan kepada dirinya sendiri. Kedua ciri yang nyata ini disebabkan Allah telah menutup dan mengunci rapat-rapat hatinya, sehingga kendatipun masih wujud fizikal dan mental masih manusia, namun sesungguhnya ia tidak ubahnya seperti binatang ternak atau bahkan lebih hina dan sesat lagi daripada itu.


Beberapa firman Allah sebagaimana termaktub dalam ayat-ayat Alquran telah menegas serta memberikan gambaran yang jelas ehwal susuk manusia seperti ini. Wahai hamba-hamba Allah yang sangat takut tergolongkan memiliki qalbun mayyit, semaklah peringatan-peringatan Allah yang Maha Perkasa tentang hal ini agar diri kita mendapatkan pelajaran.

Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka jahanam kebanyakan dari jin dan manusia. Mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah). Mereka memunyai mata, tetapi tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah). Mereka mempunyai telinga, tetapi tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai. (Q.S. Al-Araaf [7]: 179).

Mungkin kita pernah membaca berita di dada-dada akhbar tentang seorang pemuda yang menginginkan dibeli sepeda motor oleh ibunya, namun apa terjadi kepada sang ibu apabila tidak meluluskannya? Betapa dangkal dan dungunya si anak, tanpa berfikir panjang lagi terus mengambil sebilah pisau. Ditariknya rambut sang ibu, lalu disembelih lehernya. Ketika ayahnya datang kerana mendengar jeritan yang menyayat hati, dia pun langsung menyambutnya dengan tusukan pisau ke dada sang ayah. Kedua orang tua yang telah membesarkannya itu akhirnya tewas di tangan anak kandungnya sendiri yang amat durjana itu.

Mengapa seorang anak mampu menjadi biadab seperti itu? Jawabnya, kerana ia memiliki qalbun mayyit. Ia sudah tidak mampu membezakan mana yang baik dan mana yang buruk. Yang dikenalnya cuma satu, iaitu memuaskan hawa nafsu.

Tidak hanya orang semacam itu yang dapat diambil sebagai contoh. Banyak kita saksikan dan kita semak di media cetak atau media elektronik tentang perilaku zalim yang jelas-jelas menunjukkan bukti tentang matinya hati. Ada ayah yang tega menodai anak kandungnya sendiri. Ada anak yang menodai berkali-kali ibu kandung dan adiknya sendiri yang masih di bawah umur. Ada tiga pemuda belia yang lantaran berada dalam pengaruh dadah dan tontonan video porno, lalu mereka dengan teramat teganya menganiaya sampai mati dua gadis kecil usia sepuluh tahunan, dan bahkan setelah itu mereka pun memperkosanya berkali-kali. Bahkan, tidak sedikit pula seorang ibu yang gelap mata menjual kegadisan anak kandungnya sendiri kepada lelaki hidung belang.

Tidak sedikit pula orang yang sudah dititip dengan pangkat dan kekuasaan yang tinggi oleh Allah, kemudian dengan kedudukannya itu ia berlaku sewenang-wenang serta menindas pihak yang lemah tiada daya. Orang-orang semacam itu tertawa-tawa dan menikmati kesenangan dunia di atas penderitaan orang lain. Ketahuilah, setinggi dan sehebat apa pun kedudukan mereka, tetaplah mereka itu si qalbun mayyit!

Dengan demikian, hati yang mati adalah hati yang tidak mengenal Tuhannya. Hati seperti ini senantiasa berada dan berjalan bersama keinginan hawa nafsunya walaupun itu dibenci dan dimurkai oleh Allah Azza wa Jalla. Ia sama sekali tidak peduli apakah Allah redha kepadanya atau tidak. Pendek kata, ia telah menghamba kepada selain daripada Allah.

Apabila mencintai sesuatu, ia mencintainya kerana hawa nafsunya. Apabila membenci sesuatu pun, maka ia membencinya kerana hawa nafsunya. Begitu pula apabila ia menolak atau mencegah sesuatu, semuanya bertuhankan hawa nafsu.

Hawa nafsu telah menguasai dan bahkan menjadi pemimpin dan pengendali bagi dirinya. Kebodohan dan kelalaian telah sekian lama menjadi panduannya. Dengan demikian, ke mana saja ia bergerak, maka geraknya itu benar-benar telah diselubungi oleh pola pemikiran demi meraih kesenangan duniawi semata. Pendek kata, hatinya telah tertutup oleh lapisan gelap cinta dunia dan memperturutkan hawa nafsu angkara murka.

medium_image002.2.jpg Hawa nafsu itu telah sedemikian rupa menulikan telinganya, membutakan matanya, membodohkan akal fikirannya, dan memporak-perandakan nuraninya, sehingga tidak tahu lagi arah mana yang harus ditempuhi. Tidak tahu lagi mana yang haq dan mana yang bathil.

Lantaran itu, barang siapa bergaul dan berteman dengan orang-orang yang hatinya mati seperti ini, bererti hanya mencari penyakit sahaja. Kalau selama hidupnya tidak sempat bertaubat dan tidak segera mengubah diri, insya Allah di akhirat nanti ia akan menjadi santapan neraka jahanam. Dialah orang yang paling akan merasakan betapa kekejian yang pernah diperbuatnya tidak akan ke mana-mana, kecuali pasti akan kembali pada dirinya sendiri.

Wa man ya'mal mitsqaala dzarra-tin syarran yarah! (Q.S. Az-Zalzalah [99]: 8).

Wallahua'lam

Nota kaki: Hindarilah diri yang lemah ini dari Qalbun Mayyit.

17:50 Posted in Ideas | Permalink | Comments (3)

Comments

sukanye ngun entri nie.. dapat muhasabah diri balik.. isk2 moga Allah terus berikan cahaya dan nafas utk hati ini hidup dan membezakan baik dan buruknya sesuatu.. insyaallah..

Posted by: kay | Tuesday, August 08, 2006

assalamualaikum...
hmm,, i was attracted with this kind of article...hmm article yang lebih menyebabkan diri ini lebih mengenali 'apa itu hati ?' yg sebnarnya..dan lebih mengenali diri sendiri seterusnya mengenali pencipta hati dan hati,,
hmm,, bolehkah sekiranya saya meng"copy" artikel2 sdr. tentang persoalan2 hati ?,,hmm semoga ia dapt menjadi renungan dan pengajaran diri...
akhir kalam,,,thanks a lot!!

Posted by: nisa | Sunday, August 13, 2006

mohon share di fb ye

Posted by: amalina | Tuesday, November 23, 2010

Post a comment

NB: Comments are moderated on this weblog.