Saturday, November 11, 2006

A Short Conversation with Tan Sri Ismail Adam

medium_HPIM0052v2.jpg

Saya berkesempatan bertanya beberapa soalan kepada Tan Sri Ismail Adam, Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam semasa lawatannya ke Vanderbilt baru-baru ini.

1. Baru-baru ini di dada akhbar kita dilaporkan berkenaan Indeks Persepsi Rasuah 2006 yang dikeluarkan oleh Transparent International. Kedudukan Malaysia merudum. Apa pendapat Tan Sri selaku peneraju organisasi yang besar sungguh ramai kakitangan di bawah Tan Sri? Adakah ini menunjukkan kakitangan kerajaan masih lagi sukar untuk bekerja secara telus?

Pertama kita melihat bahawa itu hanyalah persepsi. Apa yang ramai tidak tahu kedudukan kita ditentukan oleh persepsi dan pandangan orang luar yang berniaga di Malaysia yang berkemungkinan hanya tinggal di Malaysia dalam tempoh yang singkat. Kita bekerja keras selama ini untuk membanteras jenayah rasuah di kalangan kakitangan kerajaan. Kita sedar bahawa tugas untuk memerangi rasuah adalah tugas besar dan kita harus memikirkan cara yang lebih efektif untuk mencapai cita-cita kita.

Juga, data-data yang diperoleh melalui kaedah ini boleh dipertikaikan dan diragui kebenarannya. Skor dan kedudukan kita dalam CPI tidak menggambarkan keadaan sebenar yang berlaku dalam negara.


2. Secara jujurnya, adakah JPA turut menghadapi masalah mengutip balik pinjaman seperti yang dihadapi oleh PTPTN dan MARA?

Ya, memang, kami turut menghadapi masalah untuk mencari para peminjam untuk membayar balik pinjaman. Inilah yang menjadi masalahnya, nilai etika tiada dalam diri kita, menyebabkan generasi yang akan datang sukar untuk melanjutkan pelajaran keluar negara kerana kekurangan dana.

Kami tidak berkompromi lagi dengan golongan seperti ini. Kami sudah membawa kes-kes sebegini ke mahkamah.


3. Tan Sri berkelulusan ekonomi, menuntut Master di Vanderbilt dan menyambung MBA di Harvard. Apakah nilai-nilai, pengetahuan serta kemahiran yang Tan Sri peroleh dalam bidang ekonomi yang Tan Sri serapkan di dalam organisasi di bawah Tan Sri?

Saya berpendapat dalam apa jua perkara yang kita pelajari, akan ada suatu kesamaan yang akan kita sama-sama fahami iaitu nilai etika. Apabila kita menamatkan pengajian, walau apa sekalipun bidang yang kita ceburi, kita berharap kita mampu menjadi individu seimbang yang bukan sahaja dilengkapi dengan pengetahuan yang kita pelajari, juga kemahiran praktikal dan teknikal tetapi juga dilatih dengan kemahiran dan tanggungjawab sosial serta bersikap profesional dan beretika. Orang yang berkelulusan ekonomi mungkin mempunyai kemahiran yang lebih tinggi dalam bidang profesional.

4. Perbezaan Masters di Vanderbilt dengan MBA di Harvard?

Oh, wujud perbezaan. Di Harvard, suasana lebih kompetetif.


5. Menyentuh soal Kampung Melayu, saya berpendapat kesalahan tidak sepatutnya diletakkan 100% kepada pelajar. Tan Sri juga sedar bahawa Vanderbilt merupakan suatu universiti yang kecil, dan semua pelajar yang dihantar di sini belajar dalam bidang kejuruteraan. Jadi, semuanya tertumpu dalam 1 bidang, pada 1 tempat. Jika kita mempunyai 80 pelajar sekalipun, di Wisconsin, atau di Purdue, atau di Ohio mungkin boleh dikatakan sedikit kerana universiti yang luas, besar dan berselerak. Tetapi jumlah ini sudah kita katakan banyak di Vanderbilt secara relatif. Apa pendapat Tan Sri?

Kami menghantar para pelajar ke Vanderbilt kerana pertamanya kami mengetahui Vanderbilt memiliki mutu dan kualiti untuk melahirkan para jurutera yang hebat dan berdaya saing. Kami berkeyakinan bahawa Vanderbilt mampu menghasilkan graduan-graduan yang apabila pulang ke Malaysia kelak, memiliki kualiti untuk membawa Malaysia menuju ke hadapan.

Namun, kami sentiasa memastikan bahawa para pelajar yang dihantar ke Vanderbilt tidak terlalu tinggi jumlahnya saban tahun. Jumlah sekitar 70-80 pelajar sudah memadai.


p/s: Thank you to Tan Sri Ismail Adam for answering all my questions although I hope I could spent more time with him. My first impression of him, he always smiling but very straight-forward and he is a person who has high thinking - high doing. When I heard his speech, I knew that he has a real and very clear vision.

01:30 Posted in Ideas | Permalink | Comments (2) | Email this

Comments

Sebetulnya, aku iri kamu berkesempatan bertemu Tan Sri.
Apatah lagi sempat bertanyakan soalan-soalan yang umumnya sudah lama bermain-main di kepala aku sendiri.
Ah, belum rezeki barangkali!

Posted by: Rebecca Ilham | Sunday, November 12, 2006

Aku doakan semoga Tan Sri Dato Sri Mohd Hassan Marican akan datang ke Colorado kelak untuk bertemu dengan pelajar tajaan Petronas yang ramai di sana.

InsyaAllah.

Posted by: Amar Razali | Sunday, November 12, 2006

Post a comment

NB: Comments are moderated on this weblog.