Sunday, November 12, 2006
Short Notes
Hari Khamis, 9 November 2006.
Parcel daripada Encik Hashimi Mahat, Pegawai MARA di Washington telah selamat sampai. Terima kasih yang tidak terhingga kepada Encik Hashimi. Saya terus menghubunginya apabila menerima parcel tersebut. Dia menjemput saya ke Washington DC untuk sambutan hari raya di sana semasa cuti Thanksgiving nanti. Saya terpaksa menolak jemputannya itu kerana ada komitmen lain yang perlu saya lakukan semasa cuti tersebut.
Terima kasih Encik Hashimi.
Hari Jumaat, 10 November 2006.

Tan Sri Ismail Adam hadir ke Vanderbilt University untuk menziarahi pelajar-pelajar Malaysia di sini. Ramai juga pegawai-pegawai JPA yang turut sama hadir. Ayah dan ibu Nazeriq, senior saya di sini turut hadir. Banyak input yang telah saya pelajari daripada ucapan dan temubual bersama-sama dengan beliau. Sedikit sebanyak membangkitkan motivasi diri ini.
Hari Sabtu, 11 November 2006.
Chelsea menang 4-0 dengan Watford. Didier Drogba menghasilkan hatrik. 14 gol sudah musim ini.
Minggu Hadapan, 13-17 November 2006.
Ada 2 peperiksaan besar. EECE 112 dan BME 101. Ya Allah, doakanlah kejayaan saya. Moga-moga mampu menjawab soalan-soalan peperiksaan dengan tenang, sabar dan yakin. InsyaAllah.
Kerinduan kepada keluarga di Malaysia agak tidak tertanggung akhir-akhir ini. Patutlah, sudah terlupa menghubungi rumah hampir 3 minggu. Ish.
Baik.
Wassalamualaikum Warahmatullah.
13:15 Posted in Journey | Permalink | Comments (5) | Email this


Comments
tapi sambutan raya di DC bukan kah pada hujung minggu ni?
Posted by: echopena | Monday, November 13, 2006
Masa itu kami di Vandy sudah cuti, Taufiq. Cuti Thanksgiving.
Posted by: Amar Razali | Monday, November 13, 2006
eh awalnya cuti thanksgiving.. ingatkan Thanksgiving Khamis terakhir bulan November seluruh Amerika. Nanti tamrin tak cuti sana?
Posted by: echopena | Thursday, November 16, 2006
Bukanlah takut ada spy parti politik masuk blog aku, cuma aku rasa ramai di antara kita dan mungkin termasuk aku masih memiliki pandangan dan pemikiran terhadap politik yang jumuk dan sempit. Aku tak berapa suka dengan sikap tak profesional orang kita, terutamanya Melayu. Apabila tak suka mana-mana parti, buatlah dengan cara profesional, bukan macam orang yang tak pernah masuk sekolah, menghina dan mengata sana-sini. Artikel angkasawan tu aku delete sebab aku tak huraikan dengan banyak lagi. Aku cuma letak artikel dalam paper, aku xsempat nak huraikan kenapa perkara tu menjadi pembaziran. Apa faedahnya, pergi angkasa jauh-jauh, ko g main batu seremban? Wahh, bagi aku memang suatu pembaziran! Buat la research betul2. Fokus je kat situ, xpayah nak main batu seremban ke, makan roti canai ke, benda-benda tu xpenting. Aduhai Melayu. Sudah melangkah jauh, tapi minda masih terperangkap!
Posted by: Amar Razali | Friday, November 17, 2006
Benar begitu. Kami juga banyak berbicara tentangnya di Recom.
Posted by: echopena | Tuesday, November 21, 2006
Post a comment
NB: Comments are moderated on this weblog.