Sunday, November 26, 2006

My New Love: Dr. Mohd Asri Zainul Abidin

Yup, after Aa Gym, Dr. Mohd Asri Zainul Abidin is the next. Really amazing! I watched his speech at Youtube, and I'm feeling like "Jatuh Cinta Pandang Pertama".

Read more about his news;

medium_16640.jpg

Mufti: Religious leaders can be challenged


It is the nature of the Quran to allow Muslims to question and challenge their religious leaders about the teachings and practices of Islam, said newly-minted Perlis mufti Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

The Penang-born Universiti Sains Malaysia lecturer was seconded to his new two-year post on Nov 1 to replace mufti Mat Jahya Hussin.

Asri illustrated this by reiterating his stance on apostasy, attributing current tensions to religious leaders who divert focus from the reasons that lead Muslims to apostasise.

Addressing such questions as the roots of apostasy, he explained, is the more relevant challenge Muslims and their religious leaders, rather than to issue calls for severe punishment for apostasy.

According to Asri, the younger generations are turning away from the reactionary conservatism of the religious establishment because the latter have ignored their intellectual needs.

“There are those in the Muslim community whose thoughts the conservative religious authorities have tried to freeze. (They may be) kept from thinking but are nevertheless thinking.

“(The conservatives) seek to stuff the mouths of the public and tell them, ‘Don't speak of religion. Religion is our (exclusive) right', as what was done by the (Catholic) Church. ‘Stop what you're doing and just listen', they would say.

“This cannot be accepted by the younger generations because they know they cannot be stopped from thinking.”

While such conservative attitudes risk turning the young away from religion towards secularism as has happened in Europe, Malaysia has been witnessing the emergence of two movements that Asri believes will determine the direction of Islam.
“One is the Salafiyyah movement; the second, if things continue, is that of liberal Muslims,” said Asri.

While the liberals criticise and go against even those things in religion that have been established by the Quran and Sunnah (recorded Prophetic traditions, or hadith), said Asri, the Salafi seek in their tajdid (revivalist movement) to make the Quran and Sunnah the terms of reference for Islamic discourse and to bring them up directly against the challenges of modern times.

“This tajdid movement that we are trying to bring about is an Islam that is genuine but that can, at the same time, confront the challenges that face us today, not the conservative form that confuses the modern generations,” he said.

“To me, being a Salafi is about going back to the fundamentals of Islam, going back to the foundations - the Quran and the Sunnah. That is what separates the Salafi from other reformists,” he added.

“This Salafiyyah movement says we have the right to think, as the intellect has a function in religion, though the exercise of our thoughts should not go against the Quran and Sunnah.”

Watch his video about apostasy;



Brilliant!
Way to go Dr Asri!

23:50 Posted in Thoughts | Permalink | Comments (31)

Comments

ah tidaakkkk

Posted by: imran | Monday, November 27, 2006

Wah Imran, kenapa?

Aku belum dengar lagi ceramah Dr MAZA berkenaan dengan bid'ah. Tertunggu-tunggu juga. Hehe.

Posted by: Amar Razali | Monday, November 27, 2006

Imran dah ade pengalaman tak bes pasal ustaz asri mase kat intec dulu..huhu

Posted by: ans | Monday, November 27, 2006

Hehehe.. well there are a lot of discussions about isu salafi in the US too. I think, the fundemental issue is they are trying to revive the Muslims. However, they need to be more careful in the methods, selection of books and imams (as reference) and the real applications of their ideas.

There is no 'one' and 'absolute' way to teach Islam.

Posted by: echopena | Monday, November 27, 2006

Salafi is about going back to the fundamentals of Islam, going back to the foundations - the Quran and the Sunnah. That is what separates the Salafi from other reformists. Because there is no one and absolute way to teachc Islam, then the ethics of disagreement will occur. Tak gitu Taufiq? Hehe..

Wah, pengalaman tak best? Imran berdebat dengan Dr Asri ke? Mungkin Imran boleh cerita pengalaman dia kat Intec dulu.

Bagaimana? Boleh Imran?

Posted by: Amar Razali | Monday, November 27, 2006

Right.. ethics of disagreement will occur!
And we need to be careful when that happens too.

Why some people don't like Salafi?
Why some people don't like Wahabbist? (similar yet different from salafiy)
Why some people don't like Shi'te?
Why some people don't like Sufist?

Aren't they not all Muslim? Should we love them the same way? Should we treat them the same way?

p/s: I'm echopena, not Taufiq :p

Posted by: echopena | Monday, November 27, 2006

Yes, we should love and treat them the same way! Saya tidak peduli apa org mahu kata. Unity among muslim is the MAIN priority regardless of whatever sect they're in.

Posted by: achmed babarov | Tuesday, November 28, 2006

amar, biasanye yg anti ngan Dr Asri ni puak2 tareqat n sufi.Biasa la tu, tak semua org boleh terima dia walaupun apa yg Dr Asri katakan tentang Sufi n tareqat ade kebenaranya..Tak pyh la nak ckp kat sini.This is not the place.Nak tahu dengar la sendiri kuliah dia.Manhaj yg Dr Asri gunakan adalah manhaj salafusolih.Orang tafsir quran dan hadis nabi ni dengan macam-macam cara.Syiah tafsir lain, tareqat tafsir lain, wahabi tafsir lain, orang zaman tafsir lagi la lain. Jd, cara terbaik adalah ikut cara para sahabat tafsir yg berpandukan bimmbingan terus dr Rasulullah s.a.w. Bukan ke Rasulullah s.a.w. tu sebaik2 petunjuk??? aku pun setuju dengan Achmed.Unity of muslim is the main priority regardless of what sects they are!

Posted by: buku tiga 5 | Wednesday, November 29, 2006

"Wah Imran, kenapa?

Aku belum dengar lagi ceramah Dr MAZA berkenaan dengan bid'ah. Tertunggu-tunggu juga. Hehe"

Awak belum dengar pasal Tareqat dan Sufi Amar..dengar jangan tak dengar.

Posted by: buku tiga 5 | Wednesday, November 29, 2006

salam buat penyokong DR MAZA.

kamu semua sebenarnya semakin dihanyutkan oleh satu fahaman baru daripada dr maza. dia rasa dia hebat.. Kalau ramai orang yang berkhalwat dibiarkan.. mungkin suatu hari anak kamu yang berkhalwat.. atau lebih tepat berzina.. kamu bela penat.. itu balasan nya.. aku mintak berlindung... aku sokong JAKIM..

Posted by: zahari | Monday, January 08, 2007

salam..

sedarlah semua sahabat ku.. dr maza kata kalau kita hebat iman.. kental dan tebal iman.. bible yang diterjemahkan ke bahasa melayu tidak menjadi masalah.. katanya terjemahlah ke dalam mana-mana bahasa.. iman yang tebal pasti boleh bertahan..

saya sarankan kerajaan bukan terjemah bible sahaja.. terjemahkanlah buku suci hindu, budha, kristian, dan mana-mana agama ... iman orang islam malaysia memang hebat..

mungkin suatu hari anak kamu yang penat kamu didik dengan islam masuk kristian dengan sebab pandangan dr asri yang HEBAT ini !! mungkin anak DR ASRI sendiri yang begitu. aku berlindung dengan ALLAH !!

Posted by: zahari | Monday, January 08, 2007

lenguh dibuatnya berdebat ngan org mcm saudara ni zahari.anta tak paham apa yg DR MAZA nak smpaikan.dah byk artikel yg tulis psl tu. anta tak baca ke?kalo blm, bwk2 la membacanya. lps tu cuba lapangkan dada...kalo rasa benar ambik, salah tinggal.tp, yg penting pahamkan dulu apa yang dia nak smpaikan.bukan main tuduh je.

Posted by: persie | Monday, January 08, 2007

salam..

saya sarankan kamu tidak menjadi penyokong DR MAZA membuta tuli. Cuba selidik dan kaji peruntukan undang yang dibenarkan untk JAKIM buat tangkapan di hotel. Cuba tengok realiti statistik kes yang dilaporkan JAKIM. Kalaulah tiada tindakan seperti JAKIM setelah mendapat maklumat atau aduan drpd orang ramai... sudah pasti khalwat akan lebih meningkat.. semakin selesa.. mungkin ...

memang benar kadang-kala JAKIM tersilap tangkap. tapi itu kes terpencil. memang salah. tapi tak bermakna kita nak hentikan operasi. Dato Abu Hasan Din pun ada kata : TERUSKAN KERJA KAMU WAHAI JAKIM! Dato AHD kata lagi kita mengakui kelemahan tersedia JAKIM. Kelemahan tersebut kita jadikan sempadan.. kita perkasakan JAKIM.. kita KUATKAN OPERASI.

saya lebih senang dan lebih berlapang dada dengan kata-kata Dato AHD daripada mufti sanjungan kamu.

ZAHARI
10/1/2007

Posted by: zahari | Tuesday, January 09, 2007

salam ..

saya pun mengajar agama macam dia. tapi belum jadi mufti.. tapi kalau anta nak dapatkan penjelasan tentang respon terhadap khalwat sila dapatkan drp www.darulfuqaha.com.... kupasan rasanya lebih intellek..

sekian semoga anta tinggal DR MAZA ..

Posted by: zahari | Wednesday, January 10, 2007

Walaikumsalam Warahmatullah,

Pak cik Zahari,

Maaf kerana terlambat membalas comments daripada pak cik.

Saya tidak mahu berbicara lanjut berkenaan dengan soal ini. Maaf, bukanlah saya mahu berlagak sombong atau tidak ambil peduli, cuma saya rasa saya masih tidak mengetahui dengan sebenar apakah isu yang kini sedang berlaku, perkara susulan dan juga pendapat daripada kedua-dua belah pihak.

Saya suka mendengar ceramah-ceramah yang disampaikan oleh Dr. Asri sesebelum ini. Walaupun saya hanya menontonnya daripada Youtube sahaja, tetapi rasanya sudah mencukupi bagi saya yang berada puluhan ribu batu daripada tanah air ini. Isu-isu semasa yang dikupas oleh Dr. Asri juga memberi saya gambaran sedikit sebanyak apakah yang sedang berlaku di tanah air.

Cuma berkenaan dengan isu penangkapan khalwat, serta penterjemahan kitab bible yang Pak cik Zahari katakan itu, biarlah saya mendapat penjelasan yang lebih jelas dan teliti.

Menyokong tidak seharus menyembah, mengkritik tidak seharus menyanggah.

Wallahu'alam.

Posted by: Amar Razali | Wednesday, January 10, 2007

Dipetik dari salah satu akhbar tempatan,

... Kata Mohd. Asri, "Jika ulama konservatif bimbang golongan muda membawa perubahan, merekalah yang membuat perubahan. Jika itu yang menjadi ketakutan kepada mereka.

"Saya sedia menerima sebarang kritikan kerana setiap perubahan itu mesti menghadapi tentangan. Bagaimanapun saya tidak kehilangan apa-apa. Saya menjadi mufti pun untuk seketika sahaja," tegasnya.

MINGGUAN: Bagaimana reaksi yang diterima selepas Dr. mengeluarkan kenyataan melarang intipan sesuai dengan kaedah tajassus dalam kes tangkapan khalwat?

MOHD. ASRI: Sepatutnya para sarjana Islam di negara ini tidak terkejut dengan kenyataan ini. Kalau ada yang membaca tulisan para ulama dahulu dan kini tentang bab tidak boleh mengintai ini, ia dinyatakan dengan jelas. Dr. Yusof al-Qardawi menyatakan dengan jelas, tidak boleh mengambil video, tidak boleh mengintip orang di belakang tabir atau balik pintu. Masalah imej Islam itu ialah bagaimana supaya ia tidak menjadi agama yang disalah sangka.

Isunya bukan menghalang banteras khalwat tetapi prosedur dalam membuat tangkapan termasuk intipan. Ada kira-kira 50 tugas penguat kuasa agama termasuk menahan orang yang tidak sembahyang Jumaat tetapi mengapa khalwat sahaja berjalan?

Khalwat bukan zina. Tuduhan zina perlu dibuktikan dengan empat orang saksi. Khalwat baru tuduhan bersekedudukan dan selalunya dilakukan secara bersembunyi. Maknanya mereka takut. Ini berlawanan dengan mereka yang melakukan maksiat secara terbuka di tempat awam seperti berpelukan lelaki dan perempuan bukan mahram, membeli nombor ekor, berjudi dan sebagainya.

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari, seorang lelaki bernama Mais g berjumpa Nabi dan mengaku berzina. Nabi memalingkan muka ke kanan dan bertanya adakah engkau mempunyai penyakit gila? Barangkali engkau raba atau cium sahaja. Ini menunjukkan Nabi cuba mengelakkan kes bersifat mengaibkan.

Sebab itu Dr. menggesa tumpuan diberi kepada mencegah kemungkaran secara terbuka?

MOHD. ASRI: Ya, kita perlu menumpukan kepada menghapuskan maksiat yang terbuka termasuk merompak, mencuri dan berjudi. Jangan tanya pembangkang. Saya tidak tahu bagaimana negara Islam yang mereka hendak bentuk. Kalau sistem khalwat itu diterima pakai seperti saya tengok di laman web pembangkang, ertinya kalau memerintah, mereka terpaksa membuat negara ini negara special branch. Mereka terpaksa merisik untuk mengetahui jenayah dan maksiat orang lain.

Dalam proses menyerbu bilik-bilik hotel, penguat kuasa bertembung dengan pelbagai perlakuan maksiat termasuk minum arak secara terbuka tetapi tidak ada yang mengambil tindakan. Contoh lain, kalau seorang perempuan ke pejabat agama mengadu dipukul suaminya, barangkali orang agama suruh bersabar dan baliklah perempuan itu. Mungkin dua minggu lagi dia datang dengan telinganya merah dan mengadu disepak suami. Dia sekali lagi disuruh bersabar.

Masalahnya, tidak ada pegawai agama berjumpa suami wanita itu dan terangkan bahawa dia melakukan sesuatu yang menganiayai isteri. Kes begini berlarutan berbulan-bulan, sampai bertahun sedangkan ada artis ternama masuk bilik hotel, pegawai agama cepat sampai. Bila kes cerai, semua cakap tidak cukup masa atau tenaga.

Ada kebimbangan penerbitan bible dalam bahasa Melayu (BM) akan menyebabkan golongan muda terpengaruh kepada ajaran Kristian seterusnya murtad. Adakah ia berasas?

MOHD. ASRI: Kita perlu tanya kenapa orang murtad? Adakah agama kita tidak cukup baik? Salah satu sebabnya kerana dahulu apabila golongan agama mengajar, mereka tidak memberi kefahaman. Jemaah dilarang bertanya sehingga timbul falsafah, siapa banyak bertanya imannya lemah. Pendek kata, jangan banyak tanya, kalau ustaz cakap, terima sahaja.

Itulah puncanya orang pertikai agama. Hari ini manusia bertanya dan mempertikaikan segala- galanya termasuk agama. Maka apabila agama gagal memberi jawapan, orang mula syak kepada agama. Sebenarnya bukan agama yang lemah tetapi orang agama yang tidak mempunyai tahap keintelektualan yang setaraf dengan agama itu.

Islam membimbing manusia berfikir. Contohnya bible dalam bahasa Malaysia. Memang kita hendak menjaga akidah tetapi apa kata orang bukan Islam terutama Kristian jika mereka tahu kita tidak membenarkan bible dalam bahasa Malaysia? Alasannya, takut orang Islam baca dan terpengaruh. Jika ini berlaku, tentu mereka menyangka bible benar dan hujah mereka kuat. Jika begini kita juga akan sampai ke tahap halang anak belajar bahasa Inggeris dan bahasa Arab kerana ada bible dalam bahasa Inggeris dan bahasa Arab. Sifat takut hanya menunjukkan kelemahan agama.

Mengapa tidak apabila sudah tahu ada gerakan Kristian sedemikian, golongan agama di masjid huraikan segala percanggahan fakta di dalamnya seperti yang dilakukan oleh Allahyarham Ahmad Deedad? Jika kita mantap dari segi pengetahuan dan akidah keluarlah bible bahasa apa pun kita tidak terjejas. Golongan agama perlu tampil menghuraikannya tetapi mereka takut kerana tidak ada persediaan yang cukup.

Tidak ada persediaan yang cukup dalam mendepani isu-isu yang kontemporari?

MOHD. ASRI: Waktu dulu, ibu bapa hantar anak ke sekolah agama sebagai pilihan terakhir. Anak yang tidak kuat minda atau IQ paling rendah dihantar mengaji di pondok atau sekolah agama. Senario itu kini sudah berubah. Sebab itu, jangan asyik nak menghukum orang murtad. Kalau benar murtad, tanya siapakah yang secara tidak langsung menyebabkan mereka murtad. Jawapnya, sikap golongan agama yang suka menyusahkan orang lain.

Contoh, pada bulan Ramadan banyak fatwa tentang batal puasa sedangkan bukan senang nak batal puasa. Kita suka ke arah menyusahkan. Sebab itu saya berkempen memudahkan fikah, ajar fikah secara mudah difahami dan didekati.

.....
Harap ini dapat membantu memberi penjelasan.

Akmal Nasir

Posted by: Akmal Nasir | Wednesday, January 10, 2007

masyaAllah...
ape gunenye kite bertekak ttg seorang insan hanya kerana mempertahankan pendapat masing2..

pokok pangkalnya kite sendiri, kite ambil ape yang boleh dan tinggalkan ape yang terlarang, bukankah itu lebih baik..

mengagumi tak salah tapi taksub itu masalah, cukupla sekadar ARQAM yang mengeluarkan pelbagai propaganda akibat ketaksuban terhadap tok guru..jadi renung2 dan fikirkanlah..

tanzhur ila maaa qola wala tanzhur ila man qola..

wallahu'alam...

Posted by: ibnussabil | Wednesday, January 10, 2007

sedih aku tengok dr maza..

Posted by: zahari | Wednesday, January 10, 2007

ada orang takut bible terjemah melayu. kalau camtu, tak lama lagi alamat bible english pun kena haram, pasal orang melayu dah ramai pandai english. bible indon & melayu ikut internet pun dah senang. camana pemikiran kolot sebegini masih boleh wujud? nak haram bible ikut internet sama? bila anak sendiri terpengaruh dgn bible atau zina, maknanya kita sbg ibu bapa belum benar2 "penat" didik anak2. jgn salahkan orang lain. inilah kelemahan kita - suka tuding jari pada orang lain. bila anak sendiri murtad pun, check balik bagaimana didikan agama yg kita beri. adakah benar kita ajar islam yg tulen, atau tradisi melayu yg kita tempel pada islam?

kuliah pasal bid'ah dah byk ustaz asri sampaikan. cari la kupasan beliau mengenai hadith pertama sahih bukhariy dan hadith pertama riyadhus-salihin karangan al-nawawi. kupasan ustaz asri mengenai pemurnian jiwa dan akhlak sangat baik - kerana kuliah2 beliau byk yg berkenaan dgn kitab riyadhus-salihin. bukankah lebih baik kita belajar mengenai pemurnian akhlak (atau istilah tasawuf yg popular) berdasarkan sabda Nabi sallallahu 'alaihi wasallam - lebih baik dan selamat dari terus terjun ke karya2 tokoh lain.

Posted by: seri negara | Sunday, January 14, 2007

artikel ini menyentuh tentang kritikan terhadap golongan agama. sememangnya golongan agama mesti terbuka kepada persoalan dan kritikan. contoh mudah, seseorang penceramah yg memberi kuliah di masjid2 tidak boleh sekadar membaca kitab kuning yg dipelajari di pondok2 - kemudian langsung tidak memberi peluang kpd hadirin utk bertanya soalan. setiap pendapat yg diberi - tidak kira kuliah aqidah, fiqh dll - mesti disertakan dgn hujjah dari al-Quran dan al-Sunnah. bila ada hadirin yg bertanya: ustaz, kenapa kita kena samak bila tersentuh khinzir? maka ustaz tersebut perlu jawab dgn hujjah al-Quran dan al-Sunnah, tak boleh terus main label: ha, ni byk soal ni tanda kurang iman, atau ni tanya2 dalil ni mesti wahhabi!

Islam adalah agama yg dibina atas hujjah, bukan dogma yg mengongkong pemikiran manusia. lihat katolik yg menyerah hak monopoli agama kepada paderi, di mana manusia dihalang dari berfikir - apa saja kata gereja semuanya benar - lantas mereka memberontak - muncullah protestant. golongan agama mesti menyiapkan diri mereka dgn ilmu yg mantap. lihat saja ilmu kedoktoran contohnya, hanya mereka yg layak dibenar bercakap kerana doktor memiliki ilmu yg melayakkan mereka cakap mengenai perubatan. apatah lagi Islam - mereka yg bercakap mengenai Islam mesti memiliki ilmu yg mantap. mesti ada ilmu mengenai al-Quran dan al-Sunnah. apabila golongan muda byk bertanya, sepatutnya para ulama bersikap positif kerana golongan muda menunjukkan minat untuk memahami Islam mengikut rencah keilmuan. tidak kira, guru tareqat atau tokoh sufi hatta ustaz asri sendiri mesti bersedia dgn hujjah2 ilmiah dari al-Quran dan al-Sunnah apabila dipersoal sesuatu. bagi saya, ini adalah perkembangan baik. bukankah di universiti, apabila kita menyatakan sesuatu pendapat atau teori, maka sekurang-kurangnya kita perlu tulis di nota kaki bukti yg menyokong pendapat/teori tersebut?

saya memang sokong pendapat ini. sudah tiba masanya bagi golongan agama benar2 memantapkan diri mereka dgn ilmu dan terbuka. jangan mengongkong pemikiran manusia lagi.

Posted by: seri negara | Sunday, January 14, 2007

Allah knows the best!

Posted by: Amar Razali | Sunday, January 14, 2007

semoga SS menjadi idol kpd umat Islam sejagat..

Posted by: nisa'@ | Tuesday, May 08, 2007

assalamualaikum....
sy sgt terpana melihat kepekaan kawan2 amar thdp issue dr asri..hurm, sgt kritis semua ye?..
kt intec dulu nama dia glamour n agak kontrovensi..dr situ sy mengenali dia...teruskan mencari amar...hidayah itu milik org yg mncr tanpa bias...
wasalam

Posted by: Thuaibah | Wednesday, May 09, 2007

puak wahabiyah mendtgkan byk fitnah,dan akidah mrk terpesong...

Posted by: >_ | Sunday, May 13, 2007

puak wahabiyah mendtgkan byk fitnah,dan akidah mrk terpesong...

Posted by: >_ | Sunday, May 13, 2007

assalamualaikum,

dulu aku pun minat gak ngan MAZA nih..dulu2 cakap dia berapi2 nak pulihkan intelek dan kesedaran islam tapi sejak dua menjak ni kecewa pasal la ni aku nengok dia dah tak macam memula..nampak tang jadi barua kerajaan..lepaih tu senang puak2 dia jatuhkan hukum bidaah tu bidaah ni kat org lain..bukan nak menyatukan saf umat islam..memecahbelahkan lagi ada..wallahualam

Posted by: azlan | Tuesday, May 15, 2007

Assalamualaikum
Aku sedey plak bila tengok keadaan skang.Bertekak tak abih2.Bila Dr MAZA buat kenyataan, banyak pihak tak puas ati.Ada yg tuduh dia macam2.Ginilah,skang ni Dr MAZA ada kuasa, so kita tengok dulu sejauh mana dia gunakan medium yg dia ada untuk berjuang.Jangan kita terburu2 nak tuduh dia macam2.Dia pun baru lagi.
p/s:aku bukan pro memana.Nnt aku plak kene cop itu ini..huhu

Posted by: mybisme | Tuesday, June 05, 2007

assalamualaikum,
fikir,kaji dan muhasabah : kuliah hadith dr asri menyalahkan orang baca quran kerana sedikit upah(munkin khas org pondok dan sek agama) sedangkan dia dapat upah ribu-ribu sebulan,apa bezanya...

Posted by: fitrah | Wednesday, June 06, 2007

Dr.Asri muncul sebagai pelapis kepada Astora Jebat hanya untuk memecah-belahkan umat Islam.Sejak dari Jordan lagi begitulah perangainya mengeluarkan kenyataan bercanggah dengan ulamak.Tidak layak dijadikan mufti atau bergelar Dr.

Posted by: hawira | Monday, June 25, 2007

tuan-tuan.
kalau kita tak mengkaji selidik al-Quran dan as-Sunnah yang shahih jangan lah kita mengata org wahhabi sesat/terpesong dan sebagainya.mengaji dan kaji dulu kitab imam muktabar.Pernahkah anda yang mengata membaca al-Umm karangan al-Imam Syafie?ar-Risalah juga?banyak terjemahan..

Posted by: maunah | Saturday, July 21, 2007

rasulullah pn tak mudah berdakwah.. sy byk bersetuju dgn ustaz asri.dulu saya belajar dekat sekolah saya tak tahu apa tu islam...saya tak tahu apa yg sy belajar dkt sekolah,ya sekadar jwb exam.tp bila masuk u di kelantan saya mula jth cinta dgn islam.. sya mula mencari dan sy bertemu dgn sahabat2 salafi pd awal sy fikir mereka sesat..tp bila mereka beri dalil hadith tntg suatu perkara dan saya rujuk dari kitab hadith dan internet,, saya jath cinta pada aliran salafussoleh.mereka membawa alquran dan sunnah,dgn izin kedua ibubapa saya mengambl kputusan untuk tetap menetap dikelantan setelah tamat belajar dan bekerja disini dgn gaji cukup sederhana jk dibandingkan dgn sy kembali ke kuala lumpur... kerana saya mula merasa kemanisan islam dari didikan salafi,dgn hidayah ini saya akan gengam saya istiqamah disini,kerana sambil berkerja saya dapat mempelajari tentg islam dgn lbh mudah

Posted by: mujahadah malizi | Thursday, February 04, 2010

Post a comment

NB: Comments are moderated on this weblog.