Sunday, December 24, 2006

Catatan Dari Texas - Kembara Hati Siri 4

Sabtu, 23 Disember 2006.

medium_HPIM0216.jpg

Tahukah anda, kebanyakan pembunuh siri atau 'serial killer' adalah 'children of zina'?

Tahukah anda, kajian membuktikan percintaan selepas perkahwinan yang lebih berjaya dan berkekalan ialah perkahwinan yang disifatkan bercinta selepas perkahwinan?

Tahukah anda bahawa sebenarnya pemikiran kita boleh disifatkan sebagai 'mindless zombie' andainya kita berpendapat bahawa tidak akan ada apa yang berlaku dalam perhubungan lelaki dan perempuan tanpa muhrim?

Ikuti isi-isi selanjutnya dalam nota "The Forbidden Love' oleh Bro. Kamal El-Makki yang terkenal dengan siri "10 Minutes How to Get Syahadah".

Kami 'sekeluarga' bertolak dari rumah ke George Brown Convention Center pada pukul 8 pagi. Sememangnya hari yang ditunggu-tunggu telah tiba. Tanpa disangka-sangka, saya dan Pak cik Zabidi memakai pakaian yang hampir sedondon, suit dengan t-shirt hitam berseluar krim putih.

Tiba di George Brown Convention Center sekitar jam 9 pagi. Bandar Houston tampak lengang. Mungkin penduduknya masih belum bangun pagi atau sudah keluar bercuti. Program pertama bermula pada pukul 930 pagi.

Program pertama ialah Khutbah Workshop 1: Developing Your Public Speaking Skills oleh Dr. Mamdouh. Secara ringkasnya, terdapat 3 elemen penting dalam pengucapan umum yakni penyampai, mesej dan pendengar. Tiada sesiapa yang telah dianugerahkan bakat semulajadi sebagai pemidato, tetapi melalui 'strain, preparation, selection of content, creativity and feedback' kita mampu mengasah bakat sebagai seorang khatib yang berkualiti.

Ada formula yang sangat berguna untuk dipraktikkan oleh para khattib;

R = Reading (Al-Khattib, a reader)
A = Authenticity
F = Faith
I = Intelligence (creativity)
Q = Quran (The best content is Quran)

RAFIQ. Ingat ya, RAFIQ!

medium_HPIM0203.jpg


Program kedua bertajuk 'Ilm; Can't Live Without It' oleh Syeikh Omar Ahmad. Secara ringkasnya, beliau menekankan "Successful person is very stingy with his time, unsuccessful person stingy with his money". Juga ada beberapa fakta menarik berkaitan dengan pembacaan buku. Secara purata, masyarakat US membaca 11 buku setahun. Tetapi purata orang Islam membaca buku setahun ialah setengah buku setahun?! Haha! Among important points are we should have and know the value of knowledge, be organized and consistent.

Program ketiga kelolaan Bro. Kamal El-Makki bertajuk "The Forbidden Love". Hehe. Ada satu pengalaman yang tak dapat saya lupakan. Ada suatu ketika, sedang saya menunggu beliau memulakan ucapan, tiba-tiba pandangan kami bertembung. Saya pun gurau sahaja, lawan balik, tenung lama lagi ke dalam matanya sambil tersenyum, dan dia tiba-tiba, haha, membeliakkan matanya kepada saya. Saya nak tergelak juga rasanya. Haha!

Baik secara ringkasnya, intipati ceramah beliau menekankan bahayanya perilaku-perilaku yang menjurus ke arah zina, dan betapa Islam sangat-sangat melarang perkara ini. Kisah Tsa'labah yang menangis sehingga 40 hari lantaran terpandang perkara yang haram sehingga akhirnya beliau menginggal di pangkuan Rasulullah saw patut dijadikan pedoman buat kita semua.

Seterusnya pula, sesi keempat ialah bersama dengan Dr. Ibrahim Dremali dengan tajuk ceramahnya "How and Why we should read Islamic History".

Secara ringkasya beliau menceritakan berkenaan konflik di Darfur, kemaraan tentera Tartar dan Mongul serta bagaimana kita boleh mengambil pengajaran daripada kejatuhan umat Islam masa kini. Beliau sangat-sangat menitik beratkan soal mengambil berat tentang kesatuan, perpaduan sesama umat Islam. Juga bagaimana Allah menciptakan manusia kepada pelbagai bangsa sebagai tujuan untuk saling mengenali dan belajar antara satu dengan yang lain.

Program kelima pula ialah Tolerence In Islam kelolaan Dr. Ali Shehata. Sesi ini merupakan salah satu sesi yang hidup dengan ketawa lantaran Dr. Ali Shehata yang gemar membuat lawak dengan riak wajah yang selamba.
medium_HPIM0212.jpg

Secara ringkasnya beliau menceritakan bagaimana berlakunya salah faham di kalangan orang yang bukan Islam kepada Islam. Seharusnya mereka harus melihat daripada sejarah bagaimana Islam itu tidak tertegak dengan kekasaran atau keganasan. Jika anda semua ingat, ada satu kisah di mana tentera Islam menguasai sebuah tempat dan mengadakan undang-undang Islam. Mereka mengenakan bayaran Jizyah kepada penduduk yang bukan Islam di situ sebagai bayaran perlindungan. Sampai suatu ketika, tentera Islam perlu berundur dan apa yang tentera-tentera Islam itu lakukan ialah membayar balik wang jizyah yang telah dibayar kepada mereka.

Penduduk di situ sangat pelik dan hairan. Tentera Islam berkata bahawa sudah sampai masanya mereka tidak mampu melindungi penduduk di situ lagi, justeru bayaran Jizyah perlu dipulangkan kembali. Penduduk di situ sangat-sangat terharu dan mereka telah berdoa untuk keselamatan tentera-tentera Islam dan mengharapkan mereka kembali ke kampung mereka.

Hebat bukan?

Itulah serba sedikit catatan pengalaman pada hari kedua Texas Dawah Convention yang meriah itu. InsyaAllah saya akan sediakan nota-nota hasil catatan saya semasa ceramah nanti untuk pembacaan sesiapa yang berminat.

Baik, perlu bergerak ke hari ketiga Texas Dawah Convention! Saya menaip dengan agak tergesa-gesa ketika ini.

Wallahu'alam.

Houston, TX.

08:40 Posted in Journey | Permalink | Comments (0)

Post a comment

NB: Comments are moderated on this weblog.