Friday, March 09, 2007

Permasalahan Moral Di Kalangan Remaja; Silap Siapa?

Disclaimer: This issue will be written in Bahasa Melayu because it will discuss about some matters which are currently happening in Malaysia. If you really want to know and want me to translate this entry to you, please email me privately.

SAYA berasa sangat terpanggil untuk mengupas isu berkenaan permasalahan moral di kalangan remaja setelah saban hari dimomokkan dengan pelbagai karenah remaja yang semakin menakutkan di akhbar-akhbar utama negara. Jujurnya saya mengambil berat dan sensitif dengan hal ehwal remaja lantaran pelbagai faktor. Pertama saya menyedari bahawa saya juga berada di kalangan mereka, sebaya dan kedua saya sekadar ingin membuat gambaran terhadap para pewaris kepimpinan negara pada masa akan datang. Sesungguhnya, pada masa akan datang itu bukanlah seabad, atau sealaf yang akan datang, tetapi hanyalah sekitar 10 tahun atau 20 tahun yang akan menjelang.

Kemuncaknya, saya telah dimaklumkan oleh seorang kenalan yang memberitahu bahawa sekolah lama saya sendiri telah termuat di dalam akhbar tempatan lantaran telah berlakunya kes buli di kalangan pelajar di sana.

Sepanjang lima tahun saya menuntut di sekolah tersebut belum pernah berita buli atau salah laku pelajar terpampang di dalam akhbar. Saya menyedari ketika saya menuntut di sana, telah terdapatnya kes salah laku pelajar, tetapi bagi saya kejadian tersebut tidaklah sampai mencederakan pelajar yang terlibat dan masih pada tahap terkawal. Guru-guru juga mengambil pendekatan tegas dan tidak berkompromi terhadap permasalahan ini.

Justeru, apabila kes seperti ini terjadi, perkara tersebut telah menjadi satu indikator kepada saya berkenaan dengan mutu dan nilai akal budi para remaja ketika ini secara mutlak.

Namun, perlu diingatkan terlebih dahulu di sini bahawa seringkali terdapatnya media masa yang begitu banyak tersalah tafsir dan begitu lapar dengan berita-berita sensasi, lebih-lebih lagi perkara yang berlaku di sekolah yang dikatakan bagus dan indah pada pandangan masyarakat sekitar. Bukanlah saya mahu mendabik dada menghamburkan pujian berlebihan menyatakan bekas sekolah saya itu tersangatlah bagus, namun saya percaya bahawa begitulah yang terjadi dan kadangkala kejadian kecil telah sengaja diperbesar-besarkan dan perkara yang salah dan tidak dikaji dengan teliti telah dibetulkan dan seolah-olah benar belaka. Saya menyokong kebebasan bersuara di kalangan masyarakat, namun perkara yang lebih penting ialah memastikan suara-suara yang kita laungkan itu bersifat benar dan tidak ditokok tambah secara membuta tuli.

Saya amat tertarik untuk mengupas suatu kes yang telah menggemparkan masyarakat nasional iaitu berkenaan kes pergaduhan ala samurai yang berlaku di sebuah sekolah di Manir, Terengganu. Perkara pertama yang bermain di benak pemikiran saya ialah jika dahulu kita menyangka wabak kebejatan moral hanya menyerang remaja di kawasan bandar, kini kita tidak boleh mempunyai mentaliti sebegitu lagi. Remaja yang tinggal di bandar-bandar kecil juga tidak terkecuali dan tidak terlepas, malah ada yang lebih parah. Saya pernah membaca suatu kajian yang membuktikan bahawa kes juvana yang terjadi di kawasan Felda juga ada mengatasi kes di sesetengah kawasan bandar dan ini merupakan suatu petanda yang membimbangkan.

Tidak lama selepas itu kita digemparkan pula dengan kajian oleh seorang pakar kanak-kanak dan remaja daripada Universiti Kebangsaan Malaysia iaitu Dr. Khaidzir Ismail. Hasil kajiannya terhadap 887 pelajar perempuan yang berisiko tinggi di sebuah negeri telah menggoncangkan seluruh lapisan masyarakat. Daripada 887 pelajar, hanya seorang sahaja yang mengaku tidak pernah mengamalkan hubungan seks bebas!

Itu belum lagi dilihat pada pecahan yang melakukan aktiviti lain seperti mengambil minuman beralkohol, menonton video lucah, poteng sekolah dan sebagainya! Seperti biasa, kerajaan di bawah Kementerian Pembanguna Wanita, Keluarga dan Masyarakat cuba memandang enteng dan sunyi terhadap permasalahan ini.

Hasil kajian oleh Dr. Khaidzir Ismail antara lain membuktikan bahawa kebanyakan mereka datang daripada keluarga yang bermasalah. Saya ternanti-nanti, apakah reaksi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) terhadap kajian ini? Adakah kebimbangan mereka setanding atau mengatasi tahap kebimbangan jika anak-anak mereka tidak mendapat keputusan 5A di dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) atau tidak mencapai 10 atau 11 A di dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)?

Sejujurnya, saya amat yakin dan percaya bahawa institusi keluarga merupakan institusi yang cukup penting dan ampuh dalam melahirkan remaja yang berkualiti dan berjaya. Saya amat menyanjung tinggi terhadap institusi kekeluargaan dan amat percaya bahawa setiap perkara yang membentuk sikap dan diri remaja itu kebanyakannya merupakan acuan ibu bapa mereka. Saya tidak menolak bahawa terdapat juga remaja yang berjaya yang datang daripada keluarga yang bermasalah, benar, tetapi bagi saya lumrahnya mereka hanyalah mewakili sebilangan kecil remaja dan berapa ramaikah remaja yang mampu bertatih menanggung onak, duri dan rintangan untuk berjaya? Mereka masih muda, mentah dan masih mendambakan perhatian yang secukupnya daripada keluarga. Mereka sewajarnya diberi kasih sayang, tunjuk ajar serta model yang terbaik ke arah pembentukan peribadi yang mulia, bukannya dengan cara mewujudkan suasana yang tidak sihat di dalam keluarga.

Saya sangat bersimpati dengan rakan-rakan remaja yang lahir dalam keluarga yang bermasalah. Mereka memiliki potensi, intelektual, bakat, dan sinar yang terang, namun telah dimalapkan oleh permasalahan yang dicipta sendiri oleh kedua ibu bapa mereka. Kelak, saya bimbang bahawa gejala ini akan terus menerus berlarutan pada generasi demi generasi.

Saya memerhatikan bahawa impak sistem pendidikan terhadap nilai akal budi di kalangan remaja masih belum cukup berkesan dan mendalam. Kita menyaksikan bahawa matapelajaran Agama Islam atau Pendidikan Moral merupakan antara matapelajaran wajib dipelajari di sekolah rendah atau menengah, namun kes juvana, rogol, vandalisme dan sebagainya terus menerus meningkat. Bukanlah saya mahu menyatakan bahawa kandungan subjek-subjek tersebut tidak relevan dan tidak selari dengan kehendak semasa. Tidak. Tetapi apa yang sangat membimbangkan saya ialah para pelajar hanya mempelajari subjek-subjek sebegini hanya untuk melengkapkan gred A di dalam sijil peperiksaan mereka.

Saya menyanjung tinggi pelajar yang memperoleh keputusan yang gemilang terbilang di dalam peperiksaan mereka, namun apalah gunanya gred A yang berderet-deret sekiranya nilai-nilai murni, hukum-hakam agama serta perilaku-perilaku bermoral yang diterapkan oleh subjek-subjek tersebut langsung tidak mampu terperap pada diri mereka?

Pokok pangkalnya ialah pada institusi keluarga juga. Pertama, kita menyedari bahawa sudah tercipta budaya kini, masyarakat melakukan transfomasi ke arah mementingkan pendidikan terhadap anak-anak mereka. Bagus dan selayaknya pujian perlu dihamburkan kepada mereka. Namun, bagi saya ada sesuatu yang tidak kena jika terjadinya kes anak remaja membunuh diri lantaran gagal melakar kejayaan di dalam peperiksaan. Tekanan berlebihan oleh masyarakat termasuk oleh keluarga mereka sendiri telah membebankan para remaja dan hasilnya, akan lahirlah para remaja yang tidak berjiwa dan hanya menuntut ilmu bagi memperoleh kepentingan-kepentingan yang sementara. Keluarga, atau masyarakat seharusnya memberi lebih banyak peluang kepada anak-anak mereka untuk membuktikan potensi diri mereka untuk berjaya. Kejayaan tidak hanya tercipta di medan peperiksaan yang menguji sejauh mana kemampuan mengaplikasikan formula dan kemahiran menghafal semata-mata. Malah kejayaan juga perlu diukur melalui pemerkasaan akal dan budi dalam membentuk remaja yang bersahsiah.

Remaja yang memiliki kerohanian yang suci bestari, disusuli dengan kemampuan dan kawalan emosi dan jasadi yang cocok dan seimbang serta dilengkapkan dengan keintelektualan tahap tinggi melangit, merupakan impian peribadi saya dalam melihat generasi seusia saya kelak yang memacu kepimpinan dan kemajuan negara. Saya akan berasa gembira dan berbangga sekiranya Malaysia memiliki sejuta doktor, malah hati saya akan berbunga ria sekiranya Malaysia memiliki sejuta jurutera. Namun pada akhir dan zahirnya, kebanggaan saya itu tidak akan ke mana-mana sekiranya di kiri dan kanan saya terdapat berjuta-juta masyarakat yang rosak peribadinya.

Sekadar memetik kata-kata Prof Syed Muhammad Naquib al-Attas, "Tamadun yang sebenarnya ialah keadaan hidup insan yang telah mencapai taraf kehalusan tatasusila dan kebudayaan yang luhur bagi seluruh masyarakat."

Sekadar berkongsi rasa,

Amar Razali,
Nashville, TN.

00:10 Posted in Ideas | Permalink | Comments (54)

Comments

entah la..sukar mencari penyelesaiannya..
kalau sekalipun pemerintah bertukar, aku x rasa masalah boleh selesai. mungkin sekadar menutup ruang-ruang maksiat dan penyubur gejala sosial tu insyaAllah boleh.
tapi, still x guna jugak kalo remaja sendiri x berubah dan menerima segala benda yang brurk sebagai baik.bila kita buat benda baik,terkena pulak lebel poyo.
still tak guna jugak kalo masayrakat tak kembali pada agama.

entah le..fening,bingung, dan memalukan dibuatnya..

kerana setitik nila, rosak susu sebelanga.

Posted by: pauhfc | Friday, March 09, 2007

yup..saya juga bersetuju yang permasalahan ini smuanya berpunca dari masalah institusi kekeluargaan..jika sesebuah keluarga itu bermasalah..saya rasa anak2 lah yang menjadi mangsa keadaan..saya sering membaca masalah2 remaja ini dalam sebuah majalah..dan boleh dikatakan semua remaja yang terlibat mengatakan mereka berasal dari keluarga yang bermasalah..tidak mendapat pendidikan agama dan moral yang sewajarnya,kurang kasih sayang dan perhatian dari keluarga..sebagai salah serang yang akan menjadi pendidik pada masa hadapan..saya juga berfikir tentang remaja pada masa akan datang..mungkin kah akan lebih teruk daripada sekarang??

Posted by: hayati | Sunday, March 11, 2007

saya setuju dengan apa yang diluahkan oleh amar. selain daripada institusi kekeluargaan, kepimpinan di institusi akar umbi mesti mengambil peranan yang pro-aktif untuk memantau remaja di dalam kawasan masing2. saya teringat kepada pesan orang tua saya iaitu - anak2 di dalam laman rumah adalah anak2 kamu, anak2 di luar laman rumah adalah anak2 masyarakat. jadi nasihatilah mereka, bimbinglah mereka, sayangilah mereka, awasilah mereka, tegurilah mereka bagaikan anak2 sendiri.

anyway, selamat belajar & berjaya di dalam mengejar cita2 dan kembali berkhidmat dgn cemerlang demi agama, bangsa & nusa.

nashville - i miss the country songs!!!

Posted by: awangberang | Sunday, March 11, 2007

Assalamualaikum Warahmatullah,

Izinkan saya menjawab ulasan daripada rakan-rakan yang saya hormati.

pauhfc: Setelah melihat berapa ramai rakan-rakan remaja kita dijahanamkan, kita tidak boleh sekadar duduk diam lagi. Ayuh, kita perlu berusaha dengan kapasiti yang kita ada. Mungkin gerak kerja kita tidak sama dengan gerak kerja seorang pemimpin negara, atau seorang bapa kepada keluarga, tetapi kita mulakan dengan rakan-rakan di sekitar komuniti kita. Kita cuba dengan kadar dan daya yang kita miliki. Berkenaan dengan penukaran parti memerintah, saya tidak rasa itu menjadi permasalahan pokoknya. Bukanlah saya mahu mendakwa saya ini pro kerajaan, tidak sekali melabelkan sebagai pro pembangkang, tetapi naluri hati saya menyatakan bahawa itu hanyalah faktor kecil. Institusi keluargalah yang paling utama dan paling ideal dalam menyelesaikan permasalahan ini.

Adalah tidak berasas sekiranya kita mengalah setelah dilabel sebagai poyo, dan sebagainya? Mengapa kita harus tunduk kepada tekanan dalam melakukan sesuatu kebaikan? Adakah menyeru kebaikan itu telah bertukar wajah sebagai gerak kerja yang boleh ditertawakan?

Penerapan nilai agama juga sangat perlu dalam diri anak-anak remaja. Saya percaya bahawa sekiranya rakan-rakan remaja punyai pegangan agama yang mantap, campaklah mereka ke Las Vegas sekalipun, saya yakin mereka mampu menjalankan tanggungjawab sebagai seorang Muslim.

Hayati: Saya menyokong kenyataan yang dikemukakan oleh saudari. Saya tidak tahu apa lagi yang perlu saya ulas berkenaan dengan ulasan yang saudari kemukakan. Namun, saya rasa remaja pada masa yang akan datang mampu menjadi remaja yang lebih berkualiti sekiranya institusi kekeluargaan kelak sudah sedar dan patuh akan tanggungjawab yang perlu mereka lakukan.

Awangberang: Izinkan saya mengucapkan Selamat Pulang ke Tennessee. Jarang-jarang sekali saya berhubung dengan orang-orang yang dahulunya menuntut di TN ini. Kenyataan saudara menyebabkan saya rindu-rindukan keluarga saya di kampung!

Terima kasih atas kata-kata dorongan daripada Saudara. Saya sangat menghargainya.

Posted by: Amar Razali | Sunday, March 11, 2007

This entry sounds no different than any cliched "karangan SPM". It is a great shame that our level of discourse on social issues has remained stagnant as such. We have to start making full use of our tertiary education to engage these acute problems with mature concepts of socio-psychology lest it is an exercise in futility.

Posted by: Taha Jabir al-Alwani | Sunday, March 11, 2007

Izinkan saya menjawab persoalan saudara dalam Bahasa Melayu.

Pada pendapat saya, pendidikan di institusi pengajian tinggi merupakan salah satu pemangkin yang baik ke arah mewujudkan golongan remaja yang punyai kesedaran yang tinggi. Itu idea yang saya rasa sangat bagus untuk diketengahkan.

Namun, jujurnya saudara, saya rasa ada juga unsur ketidak relevanan kita menerapkan budaya tersebut di institusi pengajian tinggi lantaran bagi saya tahap tersebut sudah agak terlambat. Adalah lebih baik sekiranya kita memperkasakan sistem pendidikan di peringkat rendah dan menengah, terutamanya di sekolah rendah dan tadika lantaran ketika itulah tahap penyuburan ilmu di kalangan kanak-kanak sangat berkesan dan mendalam.

Ya benar, bagus sekiranya kita menyelesaikan masalah berdasarkan konsep kematangan dan sosio-logikal seperti yang saudara nyatakan. Namun, saya meragui adakah mampu untuk kita mengubah sikap seorang remaja yang berumur 21 tahun, dengan suasana persekitaran di universiti yang sangat luwes dan terbuka, dengan faktor pengaruh rakan sebaya dan sebagainya dalam tempoh pengijazahan selama 4-5 tahun?

Adalah lebih baik sekiranya penerapan itu dimulakan sejak dari kecil lagi.

Terima kasih. Labellah apa sahaja yang saudara suka, karangan SPM, PMR, UPSR atau sebagainya. Saya tidak kisah, yang penting input daripada artikel tersebut sama-sama kita kongsi dan kembangkan.

Posted by: Amar Razali | Sunday, March 11, 2007

Amar, don't be discouraged by comment by fella blogger. take it from a positive point of view. after all, we are living in a world full of imperfections. it is our moral duty to correct those imperfections with discretionary, pro-active actions.

i quote, "discretion is the better part of reading people. never be afraid of saying i don't know, i need help and i was wrong" - Mark H. McCormack in 'What They Don't Teach You At Harvard Business School'.

again, i quote, "if something needs doing, then do something about it. don't just hope that someone else will. what is everyone's business also has to be someone's business" - Edward de Bono in 'Simplicity'.

dear fella blogger, it takes a noble person to plant a seed for a tree that someday gives shade to people he may never meet.

amar, keep on writing and contributing your 'spm compositions' or whatever label people may brand them.

Posted by: awangberang | Monday, March 12, 2007

LOL... You got me totally wrong. I didn't say morality should only be corrected in college.

I'm merely pointing out the level of discourse, which is evidently lacking in both originality and depth. The writer has not demonstrated competitiveness after all his tertiary education overseas. That's why I'm saying it is no different from SPM-level compositions.

It's up to you to agree or disagree though being reactive shows the author's attempt to conceal the latter (through the former).

Posted by: Taha Jabir al-Alwani | Tuesday, March 13, 2007

salam 'alaika ya akhi...

kupasan idea yang cukup mantap..isu yang hangat diperkatakan mutakhir ni, kebejatan gejala sosial dikalangan remaja yang kian meruncing..
saya bersetuju dengan pendapat saudari hayati, anak2 menjadi mangsa keadaan..tapi saudara, saya rasa saudara harus kaji balik dimana kesilapan sebenar dan punca keadaan ini berlaku..
jika saya katakan institusi pendidikan dan kekeluargaan menjadi pokok utama persoalan ia tak boleh lari dari pemerintahan..bukankah institusi pendidikan itu di terajui oleh pihak pemerintah? boleh saudara kupaskan?
saya tak menyalahkan pemerintahan sekarang, tapi sedikit sebanyak kesalahan itu datang dari polisi kerajaan sendiri..

sekadar memberi pandangan, don't get me wrong..
banyak lagi yang perlu kita kaji tentang keadaan ni..

lastly, teruskan usahamu sahabat.
wslm

Posted by: diana | Thursday, March 15, 2007

asalamualaikum amar. lama tak ziarah ke sini.

hmm kalau karangan SPM sekalipun apa salahnya, kalau ia mengatasi pemikiran sarjana .. ye tak ?

yang sebenarnya perlu diberi didikan sekarang ini bukan pelajar @ remaja lagi tetapi generasi yang kini bergelar ibu bapa tapi gagal melaksanakan tanggungjawab keibubapaan. mereka itu bukan semestinya golongan sederhana dalam masyarakat tapi mungkin juga terdiri dari kalangan pertengahan dan atasan (ahli korporat, tokoh, orang ternama?).

contoh. apabila tan sri musa (IGP) laksanakan saman pelajar yang bawa motor tanpa lesen dlm kawasan sekolah, eh eh ramai pulak yang bersuara memprotes termasuk badan guaman. soalnya, mengapa msyarakat kita tak boleh terima pembaharuan radikal begini ? tidak bersedia untuk berubah; itu pendapat saya.

berubahlah wahai mak mak bapak bapak. kalau kamu tidak berubah bagaimana anak remaja mu nak menerima perubahan !

Posted by: jeff | Friday, March 16, 2007

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih,
Lagi Maha Penyayang..

Al-awwalu,ana terpanggil untuk memberi sedikit comment coz tertarik dengan comment yg sangat2 membina dari ukhti Diana..
Biarpun siapa beliau yang sebenar..ana ingin menyuarakan persetujuan ana terhadap commentnya di atas beberapa rasional ana tersendiri..ingin ana nyatakan di sini semuanya walakin,demi menjaga hati dan melatih perasaan husnuzon terhadap sesama muslim wajarlah kiranya ana meluahkan kebimbangan ana sekadar a'la hawa'(di atas angin)sahaja.

Sahabat2 yg moga2 bersama cucuran Ilahi..
Jika diperhalusi sekarang ini,
"Tangan2 yg berkuasa" lebih mengutamakan pembangunan material berbanding pembangunan dari sudut akhlak..
Populariti pembangunan material lebih diangkat dan diberi keprihatinan yg ketara berbanding permasalahan moral&akhlak baik remaja,dewasa,mahupun mana2 golongan sahaja..
Lihat sahaja pada paparan iklan di mana2 sumber..dan jika diperdebatkan lagi isu sebegini ana khuatir menjadi seolah-olah cuma memberanikan menelunjuk kekhilafan demi kekhilafan kepada satu pihak sahaja.

Kita bukan hadir untuk berdebat tetapi lebih mengaulakan konsep yg disyorkan Islam iaitu musyawwarah..

Sayang sejuta kali sayang,ana terpaksa mengundur diri "mumkin" untuk sementara.

Demi kemaslahatan Islam,
kita lembutkan hati..
rendahkan ego..
perbaiki diri..
Insya Allah,sama2.

Posted by: old friend | Sunday, March 18, 2007

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih,
Lagi Maha Penyayang..

Al-awwalu,ana terpanggil untuk memberi sedikit comment coz tertarik dengan comment yg sangat2 membina dari ukhti Diana..
Biarpun siapa beliau yang sebenar..ana ingin menyuarakan persetujuan ana terhadap commentnya di atas beberapa rasional ana tersendiri..ingin ana nyatakan di sini semuanya walakin,demi menjaga hati dan melatih perasaan husnuzon terhadap sesama muslim wajarlah kiranya ana meluahkan kebimbangan ana sekadar a'la hawa'(di atas angin)sahaja.

Sahabat2 yg moga2 bersama cucuran Ilahi..
Jika diperhalusi sekarang ini,
"Tangan2 yg berkuasa" lebih mengutamakan pembangunan material berbanding pembangunan dari sudut akhlak..
Populariti pembangunan material lebih diangkat dan diberi keprihatinan yg ketara berbanding permasalahan moral&akhlak baik remaja,dewasa,mahupun mana2 golongan sahaja..
Lihat sahaja pada paparan iklan di mana2 sumber..dan jika diperdebatkan lagi isu sebegini ana khuatir menjadi seolah-olah cuma memberanikan menelunjuk kekhilafan demi kekhilafan kepada satu pihak sahaja.

Kita bukan hadir untuk berdebat tetapi lebih mengaulakan konsep yg disyorkan Islam iaitu musyawwarah..

Sayang sejuta kali sayang,ana terpaksa mengundur diri "mumkin" untuk sementara.

Demi kemaslahatan Islam,
kita lembutkan hati..
rendahkan ego..
perbaiki diri..
Insya Allah,sama2.

Posted by: old friend | Sunday, March 18, 2007

"sekiranya kukuh iman di dada insyallah diri kita akan terjaga"
teringat aku kata2 ustaz waktu sekolah dulu. Berbalik pada isu ini,sudah lama kita berhadapan dengan situasi ini. Pokoknya sudah menjadi tggjwb kita kita untuk merubah keadaan.
memuouk nilai2 agama dlm diri merupakan salah satu keutamaan.

baca entry mu rasa teringat karangan2 mu masa waktu sekolah dulu..huhu..
good job amar!

Posted by: syah | Monday, March 19, 2007

salam'alayk

topik yg bagus utk dibicarakan.
teringat pepatah lama;
melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Ya ada benarnya dan memang benar. kerana rebung apabila sudah menjadi buluh, dilurut payah dilentur patah..

sama-sama kita renungkan dan fikirkan.

Namun,apa jua yg berlaku kita harus ingat bahawa kita pewaris generasi akan datang. anak-anak kita generasi yg bakal melalui kehidupan yg serba mencabar ini.
maka tidak dapat tidak < la budda > kitalah yg harus menjadi acuan kepada mereka agar mereka kelak tidak terjerumus ke lembah permasalahan sosial dan moral ini.
segalanya bertitik tolak daripada diri kita sendiri.
ayuh sahabat2 sekalian,kita baiki apa yg terkurang,kita perbetul apa yg terpesong dan kita lengkapkan mana yg terlompang agar generasi masa depan bisa bebas daripada serangan virus kebejatan akhlak ini..insyaAllah

--sekadar peringatan utk diri sendiri dan semua--

Posted by: jarr | Wednesday, March 21, 2007

assalammualaikum..
Just what i needed...thanks for the info k bro..
me just a kid passing through looking for an info..
ntah la cam ne leh terselit nengok ur interesting blog ni..well,keep up the good work!

Posted by: anne | Wednesday, April 04, 2007

pergaduhan di sek manir 2 x lah seteruk mane pun.. KOSMO je yang lebih-lebih tambah.Walaupun isu ini tiada jalan penhujungnya tetapi ia bukan hanya berlaku di sekolah lama aku 2..alah, kat sekolah mana2 pun berlaku pergaduhan tapi tak didedahkan oleh KOSMO. KOSMO ni sebenarnya nk JUAL akhbar dia je.Tapi yang pasti, SEKOLAH BUKAN UNTUK TUNJUK SAPE YANG HEBAT K..Adik2 kt luar sana 2, belajar lah sungguh2 sementara waktu masih ade..INGAT JASA IBU AYAH..HARAPAN MEREKA KAT BAHU KITE!!!..TERENGGANU MAJU 2015..Ganu Kiterrr.

Posted by: budak petai bubus. | Friday, May 25, 2007

gambar 2 nampak sangat TIPU!!!. nampak sangat gambar budak sekolah KEMALANGAN..Kalu nok tipu pun agok2 ar..aku dk dkt koloh manir..aku thu mende hok jadi..dok payoh kecoh2 ar..

Posted by: budak petai bubus | Friday, May 25, 2007

Tengah2 buat tugasan tentang akhlak remaja, dapat pulak yg ini.. Lepas baca dua-tiga kali... haiz... tak tahu la amar... benda mcm ni... ada jalan peyelesaian ke tak... tak tahu la..

Posted by: ivarer | Thursday, July 05, 2007

gambar nampok cm kemalangan jah, cam tipu...tp kawe respek penulisan mu, sarjana muda tul..

Posted by: mael | Wednesday, July 11, 2007

Rakan-rakan pembaca yang dimuliakan,

Saya mendapat tahu daripada ayah saya yang bertanya kepada pihak polis bahawa gambar-gambar tersebut merupakan gambar remaja yang terlibat dalam kemalangan.

Saya memohon maaf atas kesilapan yang telah dilakukan secara tidak sengaja ini.

Selamat membaca dan terima kasih atas komen yang saudara/i telah berikan.

Posted by: Amar Razali | Wednesday, July 11, 2007

pd pendapat sy,masalah sosial remaja zaman skarang bkn slh ibu bapa sepnhnya.dlm hal ini rakan sebaya jga menjadi faktor utama mslh ini.rakan org yg plg rapat dgn kita.remaja skang lbh ske bersme rakan berbanding ibu bapa mreka sndri.wlupun ibu bapa ada di rumah tetapi mreka msh mahu kluar bersme rakan mreka.lps tu slhkn mak bapak.kte mak bapak tak sayang ank2.patut ke mak bapak dislahkan apabila remaja terjebak dlm mslh sosial.guru2 pla terlampau membebankn remaja dgn krja sekolah yg melmbak2.mne bdk2 tu tak protes dgn ponteng skola...mreka yg lemah dlm study pla berse disisihkn apabila guru2 lbh utamakn plj2 yg pintar shj...mreka buat kecoh di skola untk mendpt perhatian drpd sekola....

Posted by: fazie | Wednesday, September 05, 2007

pd pendapat sy,masalah sosial remaja zaman skarang bkn slh ibu bapa sepnhnya.dlm hal ini rakan sebaya jga menjadi faktor utama mslh ini.rakan org yg plg rapat dgn kita.remaja skang lbh ske bersme rakan berbanding ibu bapa mreka sndri.wlupun ibu bapa ada di rumah tetapi mreka msh mahu kluar bersme rakan mreka.lps tu slhkn mak bapak.kte mak bapak tak sayang ank2.patut ke mak bapak dislahkan apabila remaja terjebak dlm mslh sosial.guru2 pla terlampau membebankn remaja dgn krja sekolah yg melmbak2.mne bdk2 tu tak protes dgn ponteng skola...mreka yg lemah dlm study pla berse disisihkn apabila guru2 lbh utamakn plj2 yg pintar shj...mreka buat kecoh di skola untk mendpt perhatian drpd sekola....

Posted by: fazie | Wednesday, September 05, 2007

no comment!!!
saje nak cuba masuk...
laen kali i bagi komen k

Posted by: caron mohamed | Friday, September 07, 2007

saje nk test laen kali ak kasi komen k

Posted by: noon | Thursday, September 20, 2007

Assalamualaikum w.r.t....

Alhamdulillah...syukur kepada Allah S.W.T kerana masih ramai anak-anak muda kita yang menyedari apa yang sedang berlaku sekarang... Masalah sosial yang melanda generasi sekarang...generasi yang bakal menjadi peneraju di masa yang akan datang... Inilah agenda yang di bawa oleh para penjajah.. menjajah generasi Islam secara senyap tanpa kita sedari.. dengan menghidamkan pelbagai bentuk hiburan..fashion..pemakanan...perubatan...dan sbgnya...sehingga kita semakin jauh dari nilai-nilai tatacara hidup Islam...cara yang paling senang melalui pemakanan..kerana melalui pemakanan akan membentuk hati dan jiwa seseorang...saya tidak pandai untuk berhujah tp sudah banyak penyelidikan di buat... Cubalah Amar kaji tentang ini....semoga Allah S.W.T sentiasa melindungi kita .....

Posted by: dila | Tuesday, September 25, 2007

saya berasakan bahawa gejala sosial semakin amat berleluasa sekarang ni. Remaja kini sudah tidak ada rasa malu walaupun sedikit untuk melakukan perkara yang dilarang sama ada oleh negara mahupun hukum agama. boleh saya tahu punca-puncanya?

Posted by: mahli | Wednesday, September 26, 2007

masalah remaja kini semakin parah,sedangkan kita tahu bhw remaja kini pemimpin masa depan...institusi keluarga amat penting dlm membendung isu ini..namun semua ini bergantung pada diri remaja sendiri sama ada nk jalan lurus atau jln yg bengkang-bengkok..kerana kita yg tentukan hidup kita..sya pon berada dlm landasan remaja.. pergolakan demi pergolakan berlaku..semuanya bergantung pada diri sendiry..
sebab kita yg tentukan masa depan kita sendiry

reLAx.respeK.resPOn....

Posted by: adrinaz | Monday, February 11, 2008

topik yg bagus
remaja!macam2 cite ada..kes rogol,syabu,dadah,rempit dll
berada dlm landasan bergelar remaja amat mencabar..pergolakan demi pergolakan berlaku..semua 2 bergantung pada individu itu sendry selain sokongan keluarga..sebab 2 insitusi keluarga amat penting....
so,sbgai remaja pikir dulu sebelum buat..semua benda ada pro n kontra..pikir r masa depan kita
pilih lah jal kita sama ada lurus, bengkok,ataupon nk jalan mati
kita yg tentukan diri kita sendry
ssalam untuk semua

Posted by: adrinaz | Monday, February 11, 2008

salam...
em,,sy x m'baca k'semua pun lg..
tp t'pgil untuk menaip pe yg sy tau srba s'dikt..
ini adlah topik sy bg asigmnt agama..
mgkin bg sy,,untuk aper kita sling m'nyalahkan walhal diri sndiri kita x nilai..
suma b'pnca dgan diri kita sndiri..
smmg ny bg knak2 adlh dr ibu bapa..
tp kita s'ptt ny m'nilai baik buruk untk kita..
d'cn bkn b'mksud yg lain x m'beri punca pd p'mslahan ni,,
tp majoriti ny dtg dr dri sndiri..
klau kita ada k'sdran n btl2 nk b'ubah,,bile2 ms bleh..
nk sribu daya,,xnk sribu dalih!!
dr pgalaman sy ada b'bgai2 jnis kwn..
yg pnting dlm khidupan..
jjr pd diri,,,kita akan jjr pd semua..t'utama ny pd DIA..
mmg sdh m'lihat remaja tp lg sdh klau remaja ini m'ningkat tua tnpa apa p'ubahan..
inilah hakikat dunia pd ms ni..
kita yg msh m'nyedari ni,,same2 la b'doa spy semua ny x seteruk yg d'jangka ni dr trs b'kkalan..

Posted by: lieynda | Wednesday, February 20, 2008

sebenarnya saya tak ada komen mengenai ini.bahkan hari ini sahaja saya buat kali pertamanya menjadi pendebat tak rasmi bagi isu institusi keluarga mampu membendung gejala sosial pelajar. sukar untuk memperdebatkan isu ini sebenarnay kerana sebab yang ada untuk menyatakan institusi keluara tak mampu membendung gejala sosial adalah amat sedikit.

Posted by: norshahira | Sunday, March 02, 2008

Strike for the best and let God do the rest...(n_n)...God willing

Posted by: NuR aKMar | Tuesday, March 04, 2008

Assalamu'alaikum...Permasalahan moral dikalangan remaja? emmm...Isu ini dah lama diperdebatkan.Bg sy punca utama masalah ini ialah kurangnya didikan agama drpd ibubapa itu sendr.

Posted by: ziyadi | Wednesday, March 26, 2008

bukan hanya ibu bapa shj y bertanggungjwb dlm kes2 begini...de sesetgh ibu bapa yg tlh memainkan peranan mrk sbg seorg ayah dan emak ttpi ank2 mrk yg tdk mengambil berat t'hdp pe yg ibu bapa mrk beritahu kpd mrk...malah pengaruh rakan y sebaya jg blh menybbkn mrk berani melakukn pe shj tnpe memikirkn kesan yg akan dialami..mrk hnye thu erti keseronokn shj.mrk tdk memikirkn masa dpn mrk.benar kata2 org tua"kita hendaklah pandai dalam memilih kawan.ini kerana kwn yg byk mempengaruhi kiti dan jgn lh sesekali terslh pilih kwn krn buruk padahnye".

Posted by: ratu | Tuesday, April 08, 2008

impressing!!!!go semesdian!hehe..
smsd_o4o8

Posted by: aleya | Saturday, April 12, 2008

Boleh saudara senaraikan implikasi salah laku pelajar terhadap keselamatan awam dan negara?

Posted by: Mohd Danial Ashby | Thursday, June 12, 2008

kerajaan harus mengambil pelbagai langkah inisiatif bagi membendung masalah buli di kalangan pelajar!!!

Posted by: gita | Thursday, June 26, 2008

knp la ngan pelajar zmn skg yg selalu sja popular di sebabkan masalah sosial??ke mana prginye harga diri mereka??kita diciptakan di dunia bknnye untk melakukan dosa..tapi kita diciptakan di dunia adalah untk memuliakan ciptaan Allah..adakah ini tanda2nye akhir kiamat apabila masalah sosial semakin berleluasa??kLu ya,taubat la sblm terlmbt..kerna Allah sentiasa terima taubat hambanye..dan taubat la sblm matahari terbit dr barat..kerna sesungguhnye,Allah tidak akan meneri taubat umatnye apabila matahari muncul dr barat..masa 2,pintu syurga akan tertutup rapat dan pintu neraka akan terbuka luas..Allah-huallam..Hnya Allah sja yg tahu..

Posted by: shuny | Wednesday, July 02, 2008

10q so muc

Posted by: tara | Wednesday, July 30, 2008

pd pndgn sye, ia bknlh b'gntung kpd institusi kluarga shje.. ini lbih kpd minda pljr itu sndri y x b'jye b'hdpn dgn konflik drinye sndri y m'ybbkn mrk x b'jye m'nyelesaikn mslh sndri. mgkin dri aspek rkn sbye dn mtlmt hdup y x jlas m'yebbkn mrka t'jbak dgn gjl y x baik. mk di sni, sye lbih mliht kpd mslh ini y b'punce dri rmje itu sndri. shrusnya, rmje t'babit sntiasa prlu muhasabah dri dn cbe m'cri identiti y sbnrnye. bkn hbye m'nuding jari ke arah pihak kluarga y ada kalanya dtgnye dri kluarga y sgt baik. jd, rnung2 knlh...

Posted by: erin | Monday, September 15, 2008

salam..terima kasih kerana artikel anda membantu saya menyiapkan tugasan saya. sama-samalah kita meningkatkan nilai-nilai moral dalam kalangan generasi masa kini.. bakal guru moral

Posted by: maria | Thursday, January 15, 2009

salam,
amar.....
boleh tak saudara amar translate article 'Permasalahan Moral Di Kalangan Remaja; Silap Siapa?
dlm b Inggeris? n reply my email ye...Tq

Posted by: hartini | Tuesday, January 20, 2009

salam,saudara amar.saya menyokong pendapat enta.tahniah!

Posted by: zaihasmi | Wednesday, April 01, 2009

salam..
erm pernasalahan moral dalam kalangan remaja;silap siapa??
pada pendapat saya lar kan semuanya berbalik kepada diri kita sendiri.
ya memang bagi kanak2 ibu bapa yg harus d persalahkan tp x kepada remaja.
bnyk punca kepada permasalan ini tapi majorirtinya dtg drpd diri kta sendiri
kita sbgi remaja harus bijak membezakan baik buruk sesuatu perkara sblm
melakukannya..
renung2kan lar ya..

Posted by: ayue | Tuesday, July 14, 2009

assalamualaikum saudara amar..
syukur alhamdulillah,masih ada sesama kita hamba ALLAH S.W.T yang prihatin dan ambil tahu akan permasalahan moral dikalangan remaja abad ini. Saya amat bersetuju bahawa institusi kekeluargaan merupakan tulang belakang dalam pembentukan akhlak dan moral remaja yang selari dengan tuntutan agama, "melentur buluh biarlah daripada rebungnya" sememangnya masih relevan. Anak-anak umpama kain putih terpulanglah kepada ibu bapa untuk mencoraknya, kalau betul caranya / pendekatannya insyaALLAH semuanya baik-baik belaka. Kedua, ibu bapa itu sendiri terlebih dahulu semestinya memiliki sikap dan amalan yang baik lagi terpuji. Kalau seperti "ketam mengajar anaknya berjalan", maka permasalahan bertambah menjadi dua sekaligus. Ketiga, peranan warga pendidik (guru) khususnya di sekolah rendah dan pra sekolah. Pada peringkat kanak-kanak, warga pendidik merupakan salah satu flatform yang penting dalam pembentukan akhlak dan moral kanak-kanak. Permasalahan moral dikalangan remaja akan menjadi-jadi dan melarat sampai bila-bila andai kata "guru kencing berdiri, murid kencing berlari". Keempat, pada peringkat dewasa sesudah mengenal dunia, lihatlah kepada diri sendiri terlebih dahulu. Perbaiki dan mantapkan diri terlebih dahulu, tidak perlulah mencari kesalahan atau menudung jari kepada orang lain. Muhasabah dirilah selalu, ya ALLAH ya Tuhanku. Saya tidak menafikan, diri sendiri merupakan juga titik tolak kepada pembentukan sahsiah dan akhlak yang terpuji. Kelima, mereka yang berada di atas sana iaitu pihak kementerian, jabatan dan yang berkaitan, teruskan segala dasar dan usaha murni kalian untuk melahirkan generasi yang terbaik dalam semua aspek merangkumi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Walau apa, kenapa, bagaimana dan bila. Kita jangan lupa kepada Dia maha berkuasa, ALLAH S.W.T. ALLAHUAKHBAR......
dengan rasa rendah diri umpama air setitik di lautan, telus ikhlas saya memohon maaf untuk apa-apa jua yang tidak baik, sesama kita hamba ALLAH S.W.T saling pesan dan ingat mengingati seperti yang dikatakan dan disarankan nabi Muhammad s.a.w. Akhir kata, buruk cela datangnya daripada saya sendiri, yang baik dan indah datangnya hanya dari ALLAH S.W.T. Salam keamanan dan perpaduan, wassalam.

Posted by: mohd yusof masal | Friday, July 24, 2009

Salam Sdr Amar*,

Sudah lebih 2 tahun posting ini dilakarkan oleh saudara, tetapi jelas ianya masih lagi relevan kerana belum nampak tanda-tanda ia telah berjaya ditangani, bahkan sebaliknya ia makin menjadi-jadi seolah-olah telah menjadi satu arus perdana yang tampak amat sukar untuk ditangani.. apatah lagi apabila kita bersendirian cuba mendepani arus deras tanpa persiapan dan kekuatan.. yang dibimbangi kita pula yang akan terbawa oleh arus yang melanda..

Satu perkongsian oleh seorang guru dan juga seorang motivator tentang persoalan yang sama, berdasarkan pengalaman beliau bersama-sama pelbagai ragam manusia dan pemerhatiannya terhadap masyarakat sekeliling, mudah-mudahan dapat lengkap melengkapi dalam mencari titik tolak untuk kita melakukan perubahan kepada yang lebih baik, insyaAllh.

http://my.opera.com/azmibhr/blog/2009/07/24/anatomi-remaja

Wassalam.
ps. Your name reminds me of allayarham Ammar Zulkifli - http://kalam-puncak.blogspot.com/

Posted by: iznan hasbullah | Sunday, August 02, 2009

sya suka artikel yg awak bwat. byk mbntu sya dlm research yg sdg sya ushakn. sya hrap akn ada byk lg artikel2 drpd awk.thanks...

Posted by: athirah aniya | Saturday, November 28, 2009

bakal2 ibu bapa tanamkan diminda anak2 anda,takut pada yang Maha Esa dan malu pada masyarakat

Posted by: arah | Thursday, February 18, 2010

assalammualaikum..
saya tertarik dengan topik ini kerana saya juga merupakan seorang remaja.Saya disini ingin memberi pendapat tentang isu yang diperkatakan.Masalah remaja????adakah ini sememangnye hanya masalah remaja sahaje???adakah ini semua berpunca dan pilihan remaja yang kita sendiri tidak tahu apa yang ada di hati mereka???perlu ke kita menunding jari kearah mereka??? iye mmg byk remaja yang sering membimbangkan kita terutama sekali pada zaman yang makin canggih dan berteknologi ini. kadang2 masalah remaja tidak juga boleh disalahkan kepada ibu bapa tapi pada setiap individu ini kerana tiap kali remaja yang ingin berubah dari kesilapan yang lalu akan dipandang serong oleh masyarakat sedangkan mereka lebih memerlukan sokongan dari kita tapi bukan tomah dan dihina dengan sesuka hati. tidak d nafikan setiap manusia tidak lepas dr kesilapan tapi adakah kita sedar kesilapan yang telah kita lakukan selama ini???
kita sering menuduh dan menyalah kan remaja sedangkan ada remaja yang tidak memilih jalan yang merosak kn mereka tetapi kerana tiada sesiapa yang sanggup menolong mereka maka mereka memilih jalan yang mudah dalam membuat sesuatu pilihan tanpa berfikir pannjang.
Peranan ibu bapa amat penting dalam mendidik anak2 dr terjemak dengan perkara yang boleh merosak kan mereka.ibu bapa perlu tahu setiap aktiviti anak2 mereka.Mmg sush untuk memahami seorang anak tapi tidak salah klau ibu bapa menunjuk minat ingin tahu ttg mereka agar mereka rasa mereka lebih dihargai di rumah berbanding di tmpt lain.Ini kerana anak2 memerlukan perhatian dari org yang mereka syg. apabila anak meningkat dewasa,ibu bapa perlulah menjadi kawan kepada mereka agar mereka senang meluah kan isi hati mereka kepada ibu bapa dan ajar lah mereka membuat pilihan dengan menggunakan akal fikiran,bukan ikut kata hati.
Hmm rakan2 juga memainkan peranan yang penting dlm hdp remaja.salah pilih kawan maka salah lah cara kehidupan yang bakal mereka alami kerana pengaruh rakan lebih kuat dan mudah di ikuti oleh remaja.Tidak salah berkawan tapi biar lah berkawan dengan owg yang boleh mendorong kita ke jalan yang betul.Sekarang kita sering mendengar tentang mslah remaja yang "kemaruk cimta",mereka sanggup meninggalkan family dari meninggal kan pasangan mereka yang blm tentu akan menjaga mereka seperti family menjaga mrk tetapi disebabkan faktor2 tertentu,mereka telah tersilap langkah.Jadi ini terbukti bahawa pengaruh orang luar akn lebih kuat berbanding ibu bapa.So ibu bapa perlu lah memainkan peranan terhadap anak2.Anak2 akan lebih selesa jika ibu bapa menjadi kawan mereka...

Posted by: ratul | Thursday, February 18, 2010

terima kasih,artikel spt ini perlu diperbanyakkan lg supaya semua pihak dpt berfikir sblum mlkukn apa2 tindakaan terutamanya dalam kalangan remaja..terima kasih juga krn artikel ini sdkit sbnyk tlh membantu saya dlm menyiapkan tugasan yg diberi olh guru

Posted by: madihah | Thursday, March 18, 2010

this is really good (: keep it up.

Posted by: michelle | Wednesday, March 24, 2010

ini masalah remaja... so pokok pangkaknya bergntung kpd remaja itu sendiri... disbbkn remaja masih mntah, mereka memerlukan bimbingan dri org yg lbih tua dan berpengalaman dri mereka.. kita xbleh menyalahkan remaja semata-mata... sbgai ibu bapa, kita msti sntiasa mmerhati anak kte, bkn mengongkong tapi memerhati... kdg2, disbbkan ibu bapa terlalu mengongkong anak2, anak2 xdpt kebebasan. mereka akn bertindak memberontak...

Posted by: mimie | Sunday, April 17, 2011

keruntuhan sahsiah, semua terlibat .tak perlu menunding jari kepada sesiapa. setiap yang dicipta mempunyai kelemahan . saling memerlukan diantara satu sama lain. kita tidak boleh hidup sendirian. betul kan....
remaja... mereka telah diberi ilmu pengetahuan yang banyak semasa di alam persekolahan. mereka sendiri boleh memilih sendiri ke arah mana yang harus di tuju .... malangnya mereka banyak menuju ke arah yang tidak sepatutnya menyebaabkan banyak pihak yang tergugat dengan kelakuan mereka. apapun diri sendiri yang patut disalahkan....kerana kita yang bertanggungjawab ke atas diri kita.

Posted by: razani | Thursday, April 28, 2011

Sepertinya persekitaran anda sekarang dikelilingi oleh semacam ini remaja. Saya berharap anda tidak salah satu dari mereka. masalah moral di kalangan generasi muda di Malaysia seperti berada invloved dalam amalan hubungan seks tanpa kondom juga berlaku di negara-negara lain. Kerajaan boleh menguatkuasakan pelbagai program untuk mengatasi masalah ini berkembang tetapi penyelesaian terbaik untuk hal ini dapat berupa alamat dalam keluarga itu sendiri.

Posted by: free essays | Tuesday, June 14, 2011

masallah!

Posted by: islam blog | Tuesday, September 13, 2011

Post a comment

NB: Comments are moderated on this weblog.