Wednesday, August 15, 2007
Ayahnya Carlos..
Saya mempelajari sesuatu yang berharga pada hari ini.
Hari ini seperti biasa, tiba di GCRC pada jam sekitar 9 pagi. Mengucapkan selamat pagi kepada Vicky, jururawat senior yang baru berpindah masuk ke ruangan Informatics dan tidak lupa juga kepada Carlos, Senior System Administrator, merangkap penyelia kepada saya. Kebetulan, saya dan Carlos memakai baju kemeja yang sama warnanya, putih. Seluar juga seakan sama, saya memakai seluar hitam dan dia dengan seluar biru gelap.
Boria kata orang-orang Melayu.
Saya meneruskan tugas semalam yang masih belum disiapkan. Bahagian Informatics baru sahaja menerima banyak komputer baru - 7 CPUs dan 12 monitors - yang perlu disediakan dengan pelbagai jenis perisian dan kemudahan yang lain. Setiap workstation bakal dilengkapi dengan dual screen monitor, termasuklah yang bakal menjadi hak gunaan saya nanti. Haha.
Jujurnya saya tidak pernah menggunakan dual screen monitor. Tengok pernahlah. Tak sabar-sabar juga mahu menggunakannya nanti.
Saya bekerja seperti biasa. Sibuk juga sebenarnya. Ketika ini saya bekerja sepenuh masa, iaitu dari jam 9 pagi hingga jam 4 petang. Jadual bekerja ini akan kekal sehingga bermulanya Fall Semester pada Ogos 29 nanti. Pada mulanya saya menyangkakan tidak banyak kerja yang boleh dilakukan dalam tempoh 7 jam itu, namun Carlos itu, seperti tahu-tahu saja. Terus diberikan begitu banyak kerja sehingga saya sendiri menjangkakan tidak mampu disiapkan dalam masa sehari dua.
Kira-kira sekitar jam 4 tadi, saya menerima emel yang sungguh mengejutkan daripada Lynda di bahagian pengurusan. Ayah Carlos meninggal dunia pada hari ini!

Saya terkejut benar! Carlos itu, tidak menunjukkan apa-apa reaksipun sepanjang hari ini. Air mukanya tidak pernah berubah. Sikapnya pun seperti hari-hari sebelumnya. Dia begitu tenang! Seakan tidak percaya, terus saya bertanya kepadanya meminta kepastian. Dia dengan tenang mengiyakannya. Tetapi reaksinya begitu tenang. Tabah sahaja dia menerimanya.
Dia akan cuti selama kira-kira seminggu, kemungkinan bermula esok. Justeru, tanggungjawab saya akan menjadi sedikit berat kerana jika dia tiada di pejabat, maksudnya sayalah yang perlu mengambil alih urusan-urusan berkaitan komputer dan alat-alat yang berkaitan di GCRC.
Ketenangan Carlos. Itulah yang menjadi igauan saya!
18:05 Posted in Journey | Permalink | Comments (1) | Email this


Comments
takziah buat keluarga carlos..
salam ziarah dr puteri =)
Posted by: puteri | Thursday, August 16, 2007
Post a comment
NB: Comments are moderated on this weblog.