Thursday, August 23, 2007
Crazy

Baca laporan penuh.
Saya benar-benar tidak faham mengapa sampai begitu sekali mereka mahu bertindak kepada orang-orang Islam. Hai, inilah dampak golongan-golongan 'melampaui batas' - extremist - yang telah tersilap tafsir terhadap ajaran dan perjuangan Islam yang sebenarnya. Sehinggakan perkataan 'pengganas' - terrorist - itu mudah saja dihubungkaitkan dengan penganut ajaran Islam yang suci dan mudah ini.
Ayuhlah kita berwaspada dan mawas diri. Janganlah bersikap melampau-lampau dalam agama, namun jangan pula sampai terlalu memudah-mudahkannya. Ayuh kita tunjukkan contoh teladan yang baik kepada rakan-rakan kita, jika kita seorang pekerja, tunjukkan komitmen dan teladan kepada rakan sekerja, dan di mana-mana jua kita berada, jangan berasa malu untuk menunjukkan identiti sebagai seorang Muslim.
Oh, saya juga menemui satu berita yang agak menarik. Ada seorang paderi mencadangkan agar penganut semua agama memanggil Tuhan dengan panggilan Allah.

Baca berita di sini. Ada juga respon dari berita itu di sini.
15:35 Posted in Ideas | Permalink | Comments (0) | Email this


Post a comment
NB: Comments are moderated on this weblog.