Tuesday, March 18, 2008

Oo Allah..

It was around 1130 p.m. and I was studying at Lewis House when I received a sms from papa.

"Acik papa jadi xxxx"

It was like a big blow in my head. I was speechless.


Oh Allah Yang Maha Pemurah, Lagi Maha Pengampun, Lagi Maha Mengasihani,

Segala pujian hanya layak kepada Engkau ya Allah, Tuhan semesta alam, tiada yang layak disembah Ya Allah melainkan Kau, dan aku memegang erat pada kalimah syahadah yang suci, bahawa Nabi Muhammad itu pesuruhMu ya Allah. Selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad (saw) yang daku sayangi, melebihi kasih sayang kepada diriku sendiri.

Oh Allah yang Maha Mengasihani,

Ampunilah dosa-dosaku ya Allah sama ada yang aku sedari, tidak sedari, dosa kecil ataupun dosa besar. Daku hambaMu yang lemah ya Allah. Selalu tertewas pada godaan nafsu dan syaitan yang dilaknat. Daku memohon agar Engkau mengurniakan daku kekuatan dan kesabaran, dan tempatkanlah daku bersama-sama para anbiya', para Syuhada, para saleheen Ya Allah.

Ya Allah yang Maha Mengasihani,

Ampunilah dosa-dosa kedua ibu bapaku Ya Allah. Razali Ismail dan Noraini Lob Yusuf ya Allah. Mereka insan yang kusayang Ya Allah. Jauhkan mereka daripada godaan nafsu, hasutan syaitan dan sentiasalah mengurniakan mereka petunjukMu untuk ke jalan yang Engkau redhai Ya Allah. Aku redha atas segala ketentuan yang telah Engkau kurniakan Ya Allah. Berikanlah mereka kekuatan, dan tempatkanlah mereka bersama-sama aku dengan para anbiya', para Syuhada, para Saleheen pada hari perhitungan nanti Ya Allah.

Ya Allah yang Maha Pengampun,

Berikanlah kepada keluarga kami kekuatan, jauhkanlah keluarga kami daripada fitnah yang merosakkan, jauhkanlah kami daripada terleka dengan nikmat kemewahan dunia yang tidak bernilai ini ya Allah. Daku takut ya Allah, sekiranya nikmat dunia yang hina ini, menjauhkan kami daripada menghampiriMu ya Allah. Ya Allah.

Ya Allah yang Maha Mengasihani,

Berikanlah keluarga kami kesabaran, tambahkan keluarga kami dengan ketaatan kepada suruhanMu ya Allah. Ya Allah, ya Rahman, ya Raheem, ya zal jala liwal ikram.

Ameen ya Allah. Ameen ya Rahman. Ameen ya Rab'bal 'alameen.

Razali Ismail
Noraini Lob Yusof
Muhammad Nurazli Razali
Asrul Shah Razali
Khairul Amar Razali
Khairul Anwar Razali
Khairul Arif Razali

23:55 Posted in Ideas | Permalink | Comments (1) | Email this

Comments

congratulations lah encik razali ismail... :)

Posted by: Q | Friday, March 21, 2008

Post a comment

NB: Comments are moderated on this weblog.