Thursday, March 20, 2008
Katakan Tidak Kepada Hipokrasi
Saya melihat sejak akhir-akhir ini ramai rakan yang bersemangat bercakap, menulis mahupun berkarya sebagai satu reaksi balas terhadap program-program yang "langsung tiada membawa persefahaman terhadap golongan Muslim" yang dilaksanakan di sekitar kampus. Bermula dengan Ayaan Hirsi Ali, kemudian bangkit pula isu Salman Rushdie, dan kemudian kemunculan Amina Wadud tidak lama lagi.
Sememangnya kita tidak boleh mendiamkan diri sahaja.
Saya amat menghargai pendapat, pandangan, dan juga begitu gembira kerana masih ada rasa sayang dan ambil kira terhadap agama yang kita miliki ini.
Cuma..
Saya tidak mengharapkan perasaan itu bukanlah lahir atas rasa amarah. Tetapi, biarlah benar-benar lahir atas rasa keimanan dan ketakwaan kepada Allah. Apalah gunanya berapi-api kita menulis, mempertahankan kesucian agama ini, namun solat kita entah ke mana, perhubungan kita dengan Allah entah ke mana, pergaulan kita sesama manusia entah ke mana.
Cakap atau menulis memang senang, alangkah indahnya jika kita dapat melaksanakannya.
Marilah sama-sama kita memperbaik diri kita, dalam pada masa yang sama, meneruskan usaha mempertahankan agama suci ini daripada dicemari. Kadangkala kita sibuk mengkritik orang yang mencemari agama, namun kita tidak menyedari, bahawa kita sendiri mencemari agama ini dengan perbuatan-perbuatan yang ditegah dalam agama.
"Hai orang-orang yang beriman, mengapa kamu menyatakan apa yang tidak kamu perbuat? Amat besar kebencian di sisi Allah bahwa kamu mengatakan apa-apa yang tiada kamu kerjakan." (Ash-shaff: 2-3)
18:35 Posted in Ideas | Permalink | Comments (12) | Email this


Comments
Ringkas tapi bernas.. sesungguhnya, Islam itu datang secara asing dan pergi secara asing.
Posted by: Ariff | Thursday, March 20, 2008
Cakap atau menulis memang senang, alangkah indahnya jika kita dapat melaksanakannya
the same goes to you too. pls jangan hipokrit dan bidas kawan2 when its so obvious youre talking about someone
Posted by: anonymous | Friday, March 21, 2008
Yup that's my point and I never say that i'm too good either. as a matter of fact, this advice should goes to myself first.
But I am not really understand when you said "bidas kawan2 when its so obvious youre talking about someone."
if you are a vandy student, feel free to meet with me and let's talk more about this issue.
boleh? YM ada. hp ada.
Posted by: Amar Razali | Friday, March 21, 2008
haha.. i dont think you need my explanation sebab deep down you know who you're talking about when you're writing the post.
Posted by: anonymous | Friday, March 21, 2008
curiosity kills the cat.from your point of view, indeed!
Posted by: anony1 | Friday, March 21, 2008
Naudhubillah summa naudhubillah.
Saya meminta perlindungan daripada Allah daripada perbuatan keji dan juga nafsu yang keji.
Saya menasihatkan kepada diri saya serta diri anda juga untuk sama-sama berubah kepada yang lebih baik, lebih mencerminkan peribadi seorang Muslim yang sedar tindak-tanduknya tidak mencemarkan Islam itu sendiri.
Posted by: Amar ibn Razali | Friday, March 21, 2008
sabar2.. tak elok kite buruk sangka kat orang laen.. jangan tuduh menuduh.. orang nasihat, kite terima je..
for all we know, skali amar tuju kat aku je tuh.. hehe.. so anonymous takyah r ko riso.. hehe.. jk amar..
Posted by: hubab | Friday, March 21, 2008
ayaan tu kut hipokrit. selamba je sebab dah minum arak nak convert. taubat sudey.
Posted by: myname | Saturday, March 22, 2008
Salam,
I really believe the post is in general and i am totally with Amar. I, myself do feel that most of the time, it's really easy to see how somebody does wrong and it's really hard for ourselves to improve.
What i feel is, amalan nasihat menasihati ni is really important. Nasihat jugak is not only pointed one direction and always to remind ourselves. It's impossible for us to advise somebody if we have to be perfect to give advice. As we always hear, Nobody's perfect.
So, i believe this advice by our dear Amar goes to EVERY body on the face of the earth and we have to improve ourselves and stop pinpointing others or offended.
And here I am, sedar jugak that i'm NOWHERE near perfect.
Maaf jika terkasar bahasa.Minta jangan kasar dengan saya juga. Saya juga mudah terasa:P
Salam
Posted by: wisdombin | Saturday, March 22, 2008
min last tu kau reka pantun ke? mantap ar.
Posted by: shrimp | Sunday, March 23, 2008
wisdombin: I pray to Allah to give us strength, prevent us from evil deeds and evil soul, and to lead us to the straight path, insyaAllah.
shrimp: hehe. pantun 3 kerat tu awatif. boleh la tu.
Posted by: Amar ibn Razali | Sunday, March 23, 2008
come and joint us http://www.kpmu.net
Posted by: zinta | Monday, March 24, 2008
Post a comment
NB: Comments are moderated on this weblog.