Sunday, March 23, 2008

Help One Another in Righteousness and Piety

Assalamu'alaykum;

Aku menjadi kurang berminat untuk mengutarakan pendapat berkenaan pelantikan Menteri Besar Terengganu yang baru. Aku sebenarnya boleh sahaja berkongsi pendapat, namun setelah mendapati amalan menghormati pendapat masih lagi kurang di kalangan sesetengah masyarakat kita, aku hilang minat. Seolah-olah hanya ada satu pendapat sahaja yang benar dan aku kurang suka dengan keadaan sedemikian. Aku menyukai perbincangan pendapat secara sihat, berdasarkan fakta yang kukuh dan jelas, bukannya berdasarkan infomasi yang belum tentu kebenarannya atau tidak. Itu fitnah namanya.

Biarlah. Tinggalkan isu pelantikan MB Terengganu itu kerana sememangnya aku kurang berminat pada masa ini. Tambahan pula perkara ini diluar kemampuan aku dan aku tidak mampu mengubah apa-apa pun terhadap isu tersebut.

Aku baru pulang dari rumah Dr. Awadh Binhazim. Kali ini aku tidak lagi berseorangan seperti sebelumnya. Aku kini berteman. Teman yang benar-benar aku percayai dan moga-moga terus bersamaku di syurga Firdaus kelak. Ameen. Hasan namanya. Dia ahli baru untuk Olive Tree Education.

Terdapat beberapa perkara menarik yang dibincangkan semasa pertemuan tersebut. Bercerita dengan Dr. Awadh sememangnya mengingatkan aku pada ayahku sendiri. Sememangnya aku merindui kata-kata motivasi yang lahir daripada bibir ayahku, dan apabila mendengar Dr. Awadh berbicara, sedikit sebanyak mengubati rindu kepada ayahku.

Dr. Awadh sebenarnya cukup hairan dengan sikap sesetengah masyarakat Muslim di sini, khususnya pelajar-pelajar di kampus. Dan kehairanan Dr. Awadh itu dikongsi bersama oleh diriku sendiri. Aku cukup hairan melihat bagaimana susahnya untuk sesetengah daripada kita untuk belajar menghargai. Aku juga kadangkalanya sebenarnya berasa cukup kurang senang dengan sikap acuh tak acuh yang ada pada sesetengah orang dalam melibatkan diri dalam kegiatan Islamik di kampus. Contoh mudah aku bawakan, kelas Introduction to Islam.

Mari aku ceritakan satu kisah benar.


Aku sentiasa cuba untuk hadir lebih awal ke kelas kerana aku perlu menyiapkan beberapa perkara sebelum kelas bermula. Setiap kali aku tiba di kelas, orang yang aku lihat, kalau bukan Mr. Bishop, mesti isterinya. Juga mesti ada Mrs. Hunt, ataupun Mrs. Shirley. Mereka semua ini ialah bukan Islam. Mana pelajar-pelajar Muslim?

Jika yang bersemangat, paling hebat akan muncul kira-kira 5 minit selepas pukul 10. Ada juga yang terbabas sehingga jam 1030. Paling malang, tak datang terus. Alasan? Tertidur.

Tertidur?

Tertidur?

Oh alangkah hebat dan besarnya alasan itu. Adakah ini yang mahu kita tunjukkan kepada masyarakat bukan Islam? Adakah ini caranya bagi kita menghormati guru? Adakah ini caranya kita menghormati ilmu? Ya benar, kelas ini tidak menyumbangkan apa-apapun terhadap CGPA anda. Namun apakah sebenarnya tujuan anda untuk menyertai kelas ini? Mengapa begitu sukar untuk kita menghargai peluang untuk mempelajari sesuatu perkara yang sesungguhnya boleh mendekatkan kita kepada Allah, memberi kita lebih pengetahuan di dalam agama?

Walaupun atas pada dasarnya dinamakan kelas Introduction to Islam - Pengenalan kepada Islam, tetapi mengapa masih ramai tersipu-sipu malu dan yang mahu meminta orang lain menjawab soalan berkaitan asas dalam Islam apabila ditanya oleh masyarakat bukan Islam? Mengapakah masih ramai yang suka melalaikan solat walaupun mengetahui di dalam kubur nanti akan ada makhluk yang akan bertanya berkenaan solat kita dan di hari perhitungan nanti solat perkara pertama yang ditanyakan? Mengapakah yang masih ramai tidak mampu menjawab soalan asas akidah seperti di manakah Allah berada? Mengapakah masih ramai yang mengambil ringan soal kematian walaupun mereka tahu perkara tersebut pasti akan berlaku?

Aku menyedari bahawa aku juga seorang manusia yang tidak sempurna dan sentiasa lalai. Namun apabila menghadiri kelas sebegini, sedikit sebanyak menyedarkan diri aku sendiri dan meningkat iman dan rasa takwa kepada Allah. Adakah banyak peluang yang kita dapati untuk menghadiri kelas mengingati Allah di tempat majoritinya bukan Islam? Adakah banyak peluang yang kita dapati untuk mengikuti program kerohanian yang bertempat kira-kira hanya 5-10 minit perjalanan daripada bilik kita sendiri? Adakah banyak peluang untuk kita mempelajari agama daripada yang benar-benar 'aarif dan 'aalim?

Mengapakah begitu sukar manusia menghargai?

Aku cukup kesal dengan sikap memalukan ini. Aku berdoa moga-moga Allah sentiasa redha dengan apa yang kita semua lakukan dan sentiasa memberi kita semua kekuatan untuk terus mencari ilmu yang sentiasa dapat mengingatkan kita terhadap kebesaran dan kekuatan Allah. Ameen.

23:35 Posted in Ideas | Permalink | Comments (9) | Email this

Comments

aduh pedihnya realiti ini..

Posted by: ahmadsaid | Monday, March 24, 2008

oh oh oh akan cuba datang awal kelas seterusnya. cuba cuba dan terus mencuba.

Posted by: shrimp | Monday, March 24, 2008

salam,
betul tu amar..
kita bkn dpt buat ape2 pun..
tgk je la dari jauh dan doakan tiada apa2 kejadian yg tak diingini berlaku di Terengganu.

Posted by: farhan | Monday, March 24, 2008

salam alayk...
benar..benar...benar....
saye sgt menyokong Amar...
perbincangan yang kosong takkan mampu dapat mengubah ape-ape yang berlaku...
melainkan kalau kite berkuasa terhadap PM..
biarkanlah melayu dengan politiknya yang kurang matang..
kite selaku generasi yang bakal memimpin masa akan datang, ambil pengiktibaran dengan kejadian masa kini..
jangan biarkan ia berulang..
sama-sama kite doakan keselamatan negeri Terengganu dan juga negeri-negeri lain...

sifat muslim yang acuh tak acuh...
saye turut bersedih dengan apa yang diutarakan oleh Amar..
kite hanya berusaha tetapi hidayah itu milik Allah..
bukan tak ade hidayah cume masih belum sampai sepenuhnya ((saye tak 'alim ttg agama, betulkan kalau tersalah))..
bersamalah kite doakan semoga Taufiq dan HidayahNYA milik kite semua...
ingin saye kongsikan sesuatu kat sini..setelah saye explore and explore aktiviti keagamaan Amar kat US sana cukup mengharukan saye...kadang-kadang saye cemburu melihat kemudahan kamu menuntut ilmu agama kat sane..
sedang kami di sini terhimpit dan tersepit...
ape yang kami inginkan tak semudah yang kamu dapat...
kami kene fight dgn pihak atasan, pertahankan hak kami...
nak belajar agama kene senyap-senyap...
kalau cakap bab tauhid, bab feqah kami kene perlekeh...
wal'iyazabillah...

so kawan-kawan yang berada di sana,
hargailah segala kemudahan sementara ada....
jangan dah terhantuk baru nak terngadah...((betul ke peribahasa ni ye???!!))
all the best ye kawan!
teruskan usaha...
yang penting betulkan niat...
bile niat kite keranaNya, insyaAllah dipermudahkan jalannya..

Posted by: syauqah wardah | Tuesday, March 25, 2008

Saya tertarik membaca comment syauqah wardah mengenai mudahnya opportunity mencari serta menyebarkan ilmu agama di sini esp at Vanderbilt sendiri.

Kebanyakan daripada kita apabila lahir, sudahpun bergenggamkan nama Islam. Namun jika dibiarkan genggaman itu ditangan selamanya dan bukan di hati, rugilah kiranya kita ini.

Bg saya, salah satu cara untuk mengeratkan hati kita dgn Islam itu sendiri adalah dgn berdakwah. Saudara saya semua,(terutama yg berada di Vanderbilt ini) ambiklah peluang seketika kita di US nie untuk berdakwah, kerana di Malaysia peluang macam nie susah nk dapat.

Cara yg paling senang untuk kita berdakwah ialah dgn practice islam dgn sebetul2nya. Tiba2 lak saya teringat kes nie:

Saya berasa kesal berbaur sedih dgn sikap rakan2 saya yg mengaku dirinya Islam, namun perkara yg paling senang sperti menutup aurat pon susah dilakukan. Bukan itu sahaja malah, ada dikalangan sahabat saya yg dahulunya memakai tudung, namun sekarang tidak lagi. Minta maaf saya katakan, saya KESAL, saya kesal dgn tindakan sahabat2 saya ini. Saya doakan agar mereka kembali sperti sebelumnya dan semoga Allah maafkan kesalahan mereka.

Kita yg sepatutnya berdakwah kepada mereka bukan kita yg mengikut cara mereka. Ingatlah kata2 saya ini, jngnlah kita berasa regret ketika disoal di Judgment Day nnt kerana, dahulunya kita diberi peluang yg banyak untuk mencari/menyebar/mengamal ilmu agama tetapi dipersia2kan begitu sahaja. Ruginya kita....

Ya Allah janganlah Kau masukkan aku dikalangan orng2 yg rugi di Akhirat kelak.

Posted by: danny-o-frenly | Wednesday, March 26, 2008

Baik. Mari-mari. Azam baru. Tidur awal tiap-tiap malam Jumaat. Hari Sabtu pegi kelas awal :D

Gambatte kudasai!

Posted by: dayana | Friday, March 28, 2008

ahmadsaid: Ubati kepedihan dengan perubahan.

shrimp & dayana: korang datang awal ye kelas. ni juga peringatan untuk diri aku sendiri. ada 3 lagi left lepas tu khalas, habis.

farhan: politik negeri terengganu dan negara Malaysia yang kadangkala memeningkan, melucukan dan menghairankan.

Posted by: Amar ibn Razali | Friday, March 28, 2008

alhamdulillah Allah kurniakan jiwa yg penuh semangat utk berjuang buat kamu..
moga terus istiqamah + tsabat dlm perjuangan insyaAllah

Posted by: hajrun | Saturday, March 29, 2008

teringat semasa pembentangan kelas islam dan isu2 semasa...
pertanyaan yg diutarakan:
'bagaimana nk mengatasi dekadensi moral?'
huh...presenter dgn lancar menjawab 'agama'...

tergelak kecil hatiku bercampur kecewa...
kerana ku tahu sangat2 bagaimana si pembentang itu...
bagaimana cara dia mengamalkan agamanya...
bagaimana dia melupakan solatnya...waima solat jumaat!!
ah aku geram!
ingin sekali aku mengutarakan soalan lg pd masa itu:
"bagaimanakah anda maksudkan dgn agama itu!?
adakah cukup dgn menganutinya?solat saudara bagaimana?"

huh!sudah lama aku pendamkan!

Posted by: ejim | Tuesday, April 15, 2008

Post a comment

NB: Comments are moderated on this weblog.