Friday, March 28, 2008
Islamic Awareness Week 2008 - Imam Siraj Wahhaj

Aku memutuskan untuk menulis komentar aku sendiri sekitar ucapan perdana yang disampaikan oleh Imam Siraj Wahhaj tempoh hari. Komentar Hasan aku dapati juga bagus, tapi saja aku mahu berkongsi pada perspektif aku pula.
TETAPI, aku mahu berkomentar berkenaan aspek yang lain. Aku rasa tidak perlu lagi aku menghuraikan apa yang telah diperkatakan oleh Imam Siraj Wahhaj kerana video sudahpun tersiap sedia di atas sana. Untuk menonton ucapan beliau, rajin-rajinkanlah untuk menonton video tersebut.
Sila betulkan aku sekiranya aku ada tersalah dan tersilap:
Aku begitu semangat berkobar-kobar dan berapi-api sekali datang awal untuk menghadiri ucapan oleh Imam Siraj Wahhaj. Campur kali ini, sudah tiga kali aku mendengar ucapan daripada beliau, dua kali di Texas Da'wah Conference dan sekali di Islamic Society for North America Conference. Aku tidak boleh nafikan, Imam Siraj Wahhaj antara pemidato yang hebat dan petah berbicara. Pertama kali aku mendengarkan ucapan dan nasihat daripada beliau, hati aku sudah terpana dan terpesona.
Justeru, peluang untuk mendengar tirisan ilmu daripada beliau secara lebih jelas dan dekat tidak wajar aku lepaskan begitu saja. Seawal jam 630 petang lagi aku sudah bersiap-siap untuk ke lokasi ucapan dan aku menjangkakan beribu manusia yang akan hadir ke ucapan tersebut. Berdasarkan pengalaman aku di conferences, ketika sesi ucapan daripada beliau, penuh dan tidak cukup tempat duduk dibuatnya. Oleh itu aku menjangkakan perkara yang sama akan berlaku di sini.
Sekitar 640 petang aku tiba di Student Life Center, tempat yang sama mak cik Hirsi Ayaan Ali datang untuk bercakap perkara merepek, mengarut dan meraban terhadap Islam.
Makkaui, Faris, Anas, Ena, Hasan Atassi berada di sana. 5 orang pada pukul 640 petang di Student Life Center. Kerusi masih penuh beratus-ratus tetapi masih kosong. Oh, mungkin aku yang terlalu awal, program bermula jam 7 petang. Tetapi aku tidak boleh menolak kenyataan bahawa aku tercengang juga seketika. Di luar dewan adalah 5-6 orang Muslim dari sekitar Nashville.
Sekitar 7 petang, Imam Siraj Wahhaj hadir, dan dewan belum lagi penuh. Kerusi beratus-ratus masih lagi kosong. Masyarakat bukan Islam adalah sekerat dua, walaupun aku pasti program yang dibuat ini adalah disasarkan kepada mereka. Seusai kami menunaikan solat Maghrib sekitar jam 730 petang, dewan bolehlah aku kata 80% penuh, walaupun pada mulanya dalam kepala aku membayangkan kerusi tidak cukup dan ramai perlu duduk di atas lantai.
Rupa-rupanya aku tersilap sama sekali.
Aku mendapat tahu daripada Dr. Awadh Binhazim yang juga penasihat kepada MSA (Muslim Student Association) di Vanderbilt bahawa perancangan secara serius untuk program Islamic Awareness Week ini dibuat 2 minggu sebelum program bermula.
2 minggu?
Aku berpendapat terdapat sedikit kelemahan dalam bahagian pengurusan untuk program ini. Ya Allah, seharusnya perancangan dimulakan jauh lebih awal, mungkin satu semester sebelum bermulanya program. Aku membayangkan bahawa kita mampu menarik lebih ramai lagi masyarakat, khususnya yang bukan Islam untuk hadir ke program-program Islamic Awareness Week.
Baik, sebelum aku melangkah dengan lebih jauh, aku ingin tegaskan di sini bahawa aku menghormati semua ahli tertinggi MSA pada tahun ini. Juga, aku sangat suka pada MSA dan berusaha untuk sentiasa hadir pada program dan mesyuarat yang diadakan. Aku bersyukur kepada Allah dan berterima kasih kepada MSA kerana banyak memudahkan urusan Muslimeen dan Muslimaat di Vanderbilt ini.
Aku tidak lupa itu.
Tetapi aku cuma berasa sedikit hampa dengan MSA pada tahun ini. Sayang aku pada MSA tidak pernah luntur tetapi sungguh aku berasa sedikit hampa dengan MSA lebih-lebih lagi sejak mutakhir ini. Aku berfikir bahawa MSA belum sampai pada puncak kemampuannya. MSA belum sampai ke tahap maksimum untuk menggerakkan aktivitinya. MSA masih banyak potensi yang belum diterokai. MSA masih banyak peluang untuk menggiatkan usaha dakwah!
Mungkin sebelum ini pandangan aku terhadap MSA terlalu sempit. Aku ingatkan MSA di Vanderbilt ini sudah bagus dengan aktiviti yang ada. Wah, apabila aku mendengar Ahmed saudara Al Maghribku bercerita berkenaan MSA di Ohio State University suatu ketika dahulu menjalankan aktiviti 'speak out' menerangkan Islam hampir setiap minggu, apabila aku mendengar Dr. Awadh bercerita betapa hebatnya MSA di University of Houston sehingga melahirkan mutiara-mutiara seperti Syeikh Yasir Qadhi dan Imam Gyasi Mckenzie, di manakah aku mahu meletakkan MSA Vanderbilt?
Seperti yang aku katakan sebelum ini, aku percaya bahawa MSA masih belum sampai ke puncak kemampuannya. Masih banyak peluang yang tidak diterokai. MSA adalah persatuan yang awal aku sertai ketika tiba di Vanderbilt, atas dasar satu akidah, satu syahadah, dan satu kemahuan - mencari keredhaan Allah. Aku percaya kini tibalah masa untuk kepimpinan MSA beralih kepada kepimpinan yang benar-benar lebih layak. Aku kadangkala melihat bahawa kepimpinan itu, kadangkala jatuh pada orang yang aku rasa kurang tepat pada posisinya. Mereka yang punyai kemampuan dan kelayakan pula, memilih untuk mendiamkan diri.
Kepimpinan adalah satu perkara yang amat penting dan aku tidak sesekali mahu melihat ia jatuh pada orang yang tidak seharusnya. Yang sudah sedia ada, kita bantulah mereka dengan sedaya yang kita ada, dan kepimpinan MSA yang baru nanti, kita pilih yang benar-benar layak, benar-benar mahu memberi komitmen kepada MSA ini.
Ayuh kita gerakkan langkah pertama - Menyokong aktiviti MSA yang sedia ada.
Kelak, ayuh kita gerakkan langkah kedua, langkah yang perdana, langkah yang saujana - Memilih kepimpinan yang benar-benar layak, benar-benar berkemampuan, benar-benar tepat pada posisinya.
Kita tolak jauh-jauh total authority! Kita tolak jauh-jauh full control! Kita tolak jauh-jauh jealousy!
Dan ya, anda. Andalah. Anda yang boleh memahami bahasa tulisan saya ini. Anda yang menjadi ahli seramai 120++ keluarga Malaysia di Vanderbilt ini. Ya, anda mampu mengubahnya. Ayuh kita mulakan perubahan!
11:10 Posted in Thoughts | Permalink | Comments (21) | Email this


Comments
Minta maaf amar.selama nih hanya membaca, hari nih terpanggil untuk komen panjang.
kritikan bagus. cuma, ke mana anda pada meeting2 sebelum IAW? oh mungkin sibuk. Jangan meletakkan standard yang tinggi sedangkan perlu disoal kembali, apa yang mampu kamu, Amar Razali sendiri telah bantu untuk IAW MSA bukan sekadar menulis shj?
Jangan terlalu senang utk kecewa dengan orang lain, kerana bila kecewa dengan manusia, kamu sebenarnya meletakkan harapan pada manusia bukan pada Allah.
Pencarian speaker nih dah start sem lepas. Semua perancangan dah dijalankan last year esp speaker punya part. If you are not aware of this, semua speaker kebanyakannya memang dah berbooked sepanjang tahun even for next semester or next year, most of the speaker dah berbooked.Alhamdulillah, dapat juga risik2 Imam Siraj Wahhaj untuk datang.I will email the list of the speakers. If you really think kami buat kerja sekadar melepaskan batuk di tangga. ok? fair enough?
Dan proses beliau datang ke sini bukan mudah. I experienced some of it.Me myself experienced it. Bila baca entry ini, seolah2 sia2 usaha kami. "melepaskan batuk di tangga?" SubhanaALLAH, if you only knew what was happened!La hawla wala quwwata illa billah.
dan kami, committee MSA difahamkan yg akan record hanya satu kamera. dan difahamkan juga, anda sudah maklum ttg ini. bagaimana prinsip menghormati prinsip orang lain?- dengan merecord juga tanpa mengherankan pandangan MSA sendiri.
Maaf jika berkeras.(kadang2 niat itu tidak menghalalkan cara)
ya kepimpinan adalah penting.tapi perlu diingat (sebgai peringatan), ketaqwaan & kepimpinan tidak boleh disamakan.meskipun seseorang itu mempunyai ketaqwaan yang tinggi, tak bermaksud dia perlu menjadi orang tertinggi. (sila rujuk seerah Rasulullah - ketika Abu Dzar menemui Rasulullah untuk menjadi ketua - tetapi Rasulullah menasihatkan Abu Dzar sebaliknya - akan dicari selanjutnya cerita ini - I have it in my Al-Maghrib's notes). Semuanya mengikut situasi.
dan ingat Amar, memberi komitmen itu sepanjang semester. bukan hanya ketika ada event. Jangan terlalu membanding sana sini, dan expect tinggi sana sini. try to be in our shoes. Tapi jangan nanti, frust tgh jalan, lari. Islam tak mengajar begitu. Even sahabat2 Rasulullah, bila kalah dalam peperangan, mereka masih setia bersama Rasulullah. melainkan orang2 yang munafiq. Nauzubillah.
think back Amar..
kalau kamu rasa tak seberapa event nih, orang yg dr Kentucky datang pun appreciate gile2 event nih, family dr clarksville pun berterima kasih for the event, sebalinya boleh orang Vandy kata melepaskan batuk di tangga? Allah Maha Mengetahui!
la hawla wa la quwwata illa billah ---
Posted by: ena | Friday, March 28, 2008
May Allah get rid of this 'feeling' from me soon, insya Allah!
Posted by: ena | Friday, March 28, 2008
Jazakillah khaer Ena yang sudi memberikan pendapat beliau. Bagus, aku sudah mengagak kehadiran komen sebegini, mendengar bagaimana pihak dari 'dalam' bersuara.
Tak apa, aku tahan dahulu balasan pendapat yang akan aku berikan. Maaf Ena, bukanlah aku bermaksud aku tidak menghormati pendapat kau dengan tidak memberi balasan segera, cuma aku mahu tunggu pendapat yang seterusnya.
InsyaAllah aku akan menjawab komen itu apabila sudah bersedia, seperti mana aku bersedia sebelum menulis artikel ini.
Posted by: Amar ibn Razali | Friday, March 28, 2008
assalamualaikum...
saye bukanlah sesiapa dalam MSA, cume saye rase boleh laa jugak di kira sebagai ahli....so..here's my comment for you...harapnye tadelaa harsh kot ape saye nak kate....
saye sokong gile2 ape yang kak ena dah tulis....in my personal opinionlah kan...if this post came from someone yang active dalam MSA and selalu turun padang...i won't mind that much...but coming from someone yang tak penah nampak muka dekat meeting, atau tolong mane2 activity...i think it's just not right...how would you think orang2 yang bekerje keras...not only tolong cari kan speaker, yang penat pk gak topic2 yang boleh nk provoke americans but at the same time not bring problem to the Muslims...and yang habiskan banyak mase and duit gak untuk poster yang lawa giler tuh..awak kate...awak ambil mase untuk bersedia dulu sebelum tulis post nih....tapi...ape persediaan yang awak buat?...awak ade tanye ke pihak MSA...betul ke planning IAW nih hanya 2 minggu nih jer?...awak tak tanye ke dekat MSA sendiri mengenai masalah2 yang derang face?...kenape tak letakkan sekali wat happend dari side MSA sendiri?...sepertinye...persediaan awak tak cukup lagi...maaf....
so...i hope you would take the time to apologize to these people yang dah banyak membantu menjayakan IAW kali nih...and thanks jugak laa pada awak yag mem-promotekan IAW nih di celah2 kesibukan...terima kasih.....and saye harap...kite ade setahun lagi di Vandy nih...kirenye..awak dapatlah mengactivekan diri balek...kalau tak...cakap tidak serupa bikin laa kan encik amar?
no hard feelings eyh?
and inilah kisah yang kak ena mention di atas tuh...
Abu Dzar ra. pernah berkata: Aku pernah bertanya kepada Rasulullah SAW, Wahai Rasulullah, apakah engkau tidak hendak mengangkatku memegang suatau jabatan?
Rasulullah SAW menepuk bahuku dan berkata: Wahai Abu Dzar, engkau ini lemah sedangkan jabatan ini amanah yang pada hari kiamat kelak harus dipertanggungjawabkan dengan risiko penuh penghinaan dan penyesalan, kecuali orang yang memenuhi syarat dan dapat memenuhi tugas yang dibebankan kepadanya dengan baik. (HR. Muslim).
wallahua'lam...
Posted by: ashwaq | Friday, March 28, 2008
i smell accountability. check and balance. Wallahua'lam
Posted by: fromafar | Friday, March 28, 2008
oh heeyyy another fight. somehow the freedom of giving opinions are no longer acceptable? everyone gets emotional and become extremely defensive. sometimes you need to learn to suck up, take honest criticism and learn from it. there was nothing wrong with what amar said, you guys had to bring up unnecessary things like him not going to meetings affected the fact that the whole supposedly HUGE EVENT for muslims in vandy was planned merely in 2 weeks? Take what he said as a concerned individual, not as an attacker, cause I believe that that wasn't his intentions at all.
Posted by: hello | Friday, March 28, 2008
sucking up criticism,reflecting on it soundly within ourselves without putting a smallest of blame to others is one of the most scarcest of qualities.no?
Posted by: wiratunggal | Saturday, March 29, 2008
Ini pandangan dari orang luar Vandy, mgkn tak arif dengan suasana di sana.
Aku merasakan bahawa kurang sesuailah untuk Amar menyalahkan pucuk pimpinan MSA kerana persiapan 2 minggu sblm event. Hanya dengan berjaya mendapatkan Siraj Wahaj itu saja aku rasa dah cukup untuk beri gambaran perancangan awal yang telah dibuat. Mungkinkah ada silap paham dengan maksud persiapan 2 minggu? Adakah ia bermaksud banyak perkara sudah diselesaikan awal2 lagi dan 2 minggu sblm, MSA bercadang untuk membangkitkan isu itu kembali? Dan juga kemungkinan MSA sudah cuba sedaya upaya untuk promote talk Siraj Wahaj, cuma audience saja yang tak tepati waktu? Ingat firman Allah, lebih kurang maksudnya, kalau sesuatu kaum ingin memberi manfaat, tapi Allah tak izinkan, maka ia tak akan berlaku. Kita lihat kepada usaha, bukan hanya pada natijah.Kurang wajarlah kalau mengecam hanya berdasarkan natijah saja.
Memang Amar, sukar kalau nk kritik kalau kita sendiri kurang menyumbang. Tapi baguslah, post ni boleh mengingatkan kedua2 pihak. Siapa yg bertanggungjawab, kalau natijahnya adalah kerana usaha yang 'melepaskan batuk di tangga', bersedialah untuk jawab di akhirat kelak. Bagi yang mengkritik, gerakkan diri untuk menyumbang, agar bolehlah sekurang-kurangnya dijadikan baju kebal untuk mempertahankan kritikan.
Bear in mind, aku tak bias kepada mana2 individu, ini cuma perspektif peribadi sahaja. Mudah-mudahan org kampung Vandy berdamai..hehe
Posted by: ansari | Saturday, March 29, 2008
Assalamu Aluykum,
I hope this post finds everyone who reads it in the best state of Iman and health.
Firstly, I would like to thank Amar for his candid and honest criticism. Inshallah it will help to improve the MSA in the future as we can all learn from our mistakes.
However, there are a few things that must be clarified here for everyones benefit. Firstly, criticism should not be done in an open manner like this. If you have an issue with the MSA why not E-mail the president or the board members first, and see how they respond? Maybe then you can actually help change something. Posting your comments here, where only a minority of the board will see it, only spreads fitna and disunity among the Muslims (as you can see from the above posts). Also, imagine a Muslim was debating about coming to school here and was researching the MSA, when they read posts like these, it will deter them from coming and ultimately hurt our already small community here. One should be wise, and think about the outcomes of their decision from all angles before deciding to perform an action like this, especially if it is a public one.
Secondly, one must be careful where they get their sources and look at both sides of the story. I know Imam Siraj very well. I visit his Masjid in NY often, and have moderated events for him many times. This being said, I know for a fact that when Imam Siraj speaks, the room is not always full. I have attended lectures by him where only 3-0-40 people were present, much fewer than the few hundred we had at our event. When you compare our event to lectures at TDC or ISNA, where there are already thousands of Muslims present at the conference, it is a completely diffrent ball game with a completely diffrent method of publicity. I know as I have planned and organized conferences such as these. Hence it is unreasonable to compare our event to conferences such as these. Although, this doesn't mean that we can't do a better job here at Vandy, there is always room for improvement.
As fas as planning is concerned, the MSA began talking about IAW at our first meeting of the year back in September and has been planning ever since. It is not easy to find speakers, reserve locations, do publicity, and deal with budgeting issues when there are only 5 people that are doing work. Inshallah, in the future if everyone shows up to meetings, and volunteers their time, only then will our events be more successful. It doesn't matter who the leaders are, and how active they may be, if they are the only ones working on the event, it can never be a big success without everyones corporation. Dr. Binhazm, may Allah bless him for all his work and effort, does not come to MSA meetings and is not aware of what is going on internally. His judgment was what he saw on the outside and not what was really going on inside.
Lastly, we should look more towards the posiive of the MSA and not the negative. Look at how much this MSA has accomplshed this year: Weekly friday khutbah with the biggest attendance the school has ever had, prayer space for salatul zuhr, new converts that learned about Islam by the Da'wah work of the MSA, and an amazing website with excellent and useful information. It takes time for progress to happen. We cannot become the best MSA overnight. However, if you feel that you can do a better job then run for board! (elections will be in a few weeks) As the hadith goes "When you say a bad thing it is best to correct it with your actions, if that is not possible then with your words, and if not then, atleast feel bad about it in your heart, but this is the lowest of Iman."
I apologize if I have offended anyone with the post. It was meant as a reminder for myself first, before anyone else.
Waslaam,
Hassan
Posted by: Hasssa Atassi | Saturday, March 29, 2008
"Hai orang-orang yang beriman, mengapa kamu menyatakan apa yang tidak kamu perbuat? Amat besar kebencian di sisi Allah bahwa kamu mengatakan apa-apa yang tiada kamu kerjakan." (Ash-shaff: 2-3)
I remember u saying that we have to berbaik sangka kat orang laen.. but are you implementing what you said here? i don't think so.. owh, and hari tuh.. peh just tanye what your father's opinion was regarding the MB issue in Terengganu. he may have mis constructed the sentence, but then again not all of us is good with words. did you take the time to ask him what he really meant? i think not.
and like hasan mentioned. i was thinking the same when i first read this post. the people in msa are your friends. you could've simply emailed them and get a response from them. Why did you have to do this? You are not trying to reach a government of a a country di mane care paling senang ntuk orang bawah berhubung ngn derang melalui akhbar2 or anything similar. It's just the MSA! a simple email would work out perfectly!
and another point. Why not make the post in English? The president of MSA is an American. I don't think it's easy for him to understand malay.. most of the board is american or speaks english. only 2 committee members je melayu.. kan2? macam mane nak bagi kesedaran kpd suatu pihak if you don't speak their language?
another point. you like to run away when it matters most. you ran away from misg when you found out it didn't fit you. why? you were given a huge responsibility back then. why didn't you fulfill it? why didn't you learn what misg is and it's vision and missions before accepting the post. why? and now you're talking about commitment? so ironic!
well, that's just my opinion. I'm no active member of msa either and i didn't go to much of the iwa this year because i had some unpreventable things.
wallahua'lam... may ALlah guide us to right path. insyaAllah..
Posted by: hubab | Saturday, March 29, 2008
wah gue rasa tak elok la tempat ini jadi tempat attack amar pulak.dengan cerita2 lama pasal dia lagi.membela msa tak semestinya perlu menceritakan past or keburukan amar.walaupun gue pun tak setuju dengan tindakan amar menulis di sini instead of email kepada msa, mungkin amar ada sebab2 tertentu yang dia saja tau.bukan gue rasa perbincangan sebegini tak elok,cuma gue rasa lebih banyak buruk dari baiknya (MAYBE:people get mad,blaming one another,increase gap between one another).tapi yang hassan cakap tu gue sokong la memang masuk akal.pada gue baik tutup cerita ini di sini,buka cerita ini di dalam msa tu sendiri pula.lepas itu nak panjang2 tu silalah.at least orang luar tak nampak.
Posted by: gue | Saturday, March 29, 2008
ok, i admit.. i've been rather harsh and nasty. I'm sorry amar.
Posted by: hubab | Saturday, March 29, 2008
Salam.
Here is my penny's worth. Sit down with MSA, talk it out in a proper manner, and come up with solutions.
You've got really good points Amar but as been pointed out in most comments, publicly posting them in a blog won't do much. Also, the content might be misconstrued by people reading it which might lead to fitna; that is never good for unity in an Ummah.
But then again maybe that's just your style of getting your message across. If that's the case I hope you've learned that there are better ways to go around.
Well I'll see you in class tomorrow insyAllah.
Jazzakallah Khair.
Posted by: Abdullah | Saturday, March 29, 2008
Assalamualaikum, mohon maaf sekiranya ada sesetengah pihak yang berasa tersinggung dgn tulisan saya ini. Lihatlah comment ini sebagai satu perbincangan yang boleh membawa faedah kepada semua pihak rather than an argument yang menyebabkan kita saling tuduh menuduh yang akhirnya tak sampai kemana.
*(Baca keseluruhannya untuk mengelakkan salah paham, dan saya TIDAK menyebelahi mana2 pihak dalam isu ini)*
Kisah post Amar kali ini sangat heboh dibincangkan sehinggakan pada mulanya saya merasakan tindakan Amar adalah salah SELEPAS mendengar isu ini dibincangkan oleh rakan2 kita di merata2 tempat termasuk di meja makan.
Tetapi selepas saya sendiri membaca komentar Amar dgn tiada perasaan bias di minda, saya agak bersetuju dgn beberapa pendapat Amar(certain points). Ramai yang tidak nampak antara isu penting yg dibincangkan oleh Amar seperti "... tidak ramai non-muslims hadir masa Imam Siraj's speech". Rata2 dari kita hanya memfokuskan hala tuju perbincangan tulus Amar kepada kritikan dia terhadap kepimpinan MSA.
Pada pendapat saya, tujuan utama program IAW adalah untuk memberi kesedaran kepada kita orang muslim sendiri dan membantu menunjukkan jalan yg benar kepada mereka yg masih belum menemuinya (non-muslims). Sekiranya program Imam Siraj (sebagai contoh) dihadiri oleh majoritinya muslim, saya rasa matlamat program IAW ini tidak tercapai sepenuhnya. Mengapakah persoalan ayam Tyson dipersoalkan sedangkan tajuk asalnya adalah War & Peace? Mungkinkah soalan yg lebih mencabar dan membina pemikiran orang muslims dipersoalkan sekiranya lebih ramai orang non-muslims hadir ke majlis2 ini?
Mengapakah tidak ramai non-muslims`yg hadir ke program2 IAW ini?
SAYA SANGAT MENYALAHKAN DIRI SAYA SENDIRI kerana kurangnya usaha menyebarkan maklumat mengenai IAW. Itu di bahagian saya.
Saya ingin bertanya kepada pihak kepimpinan MSA? Kenapa masalah ini terjadi? Saya tahu anda semua telah menjalankan tugas dengan baik (May Allah reward you for that), tetapi adakah sudah cukup baik? Apabila kita dipilih menjadi pemimpin, berat sungguh tanggungjawabnya. Dan tahun ini matlamat IAW ini (probably the biggest event yang kita organized this year) tidak tercapai sepenuhnya. Adakah anda pemimpin2 MSA tidak berasa kesal terhadap diri kalian sendiri.
Dari sudut kepimpinan, saya tidak nafikan, hebatnya pemimpin2 MSA ini, tapi seperti Amar katakan kita perlu berubah dan menjadi satu organization yang lebih professional.
Anda mungkin bertanya, "Hey Danny, mana meeting x nampak muka pun?" I have no excuse, itu adalah kesalahan saya dan saya mohon maaf kepada MSA atas tindakan acuh tak acuh saya ini. InsyaAllah saya akan berubah. Tapi bagaimanakah MSA dapat menarik minat orng2 muslim di Vandy ini terutama budak melayu untuk datang meeting or involve dgn event2 MSA selain offer pizza? Itu soalan saya kepada MSA. Saya tidak ada jawapan untuk soalan itu, dan saya harap pembaca2 comment ini dapat memberi idea2 bernas untuk menangani masalah ini.
Usul meMANTAPkan MSA:
1) Lantiklah lebih ramai AJK dan bureau (i.e lebih terperinci like bureau event, bureau publicity and etc, dan dalam satu bureau tu, ada beberapa orng AJK dan member2 di bawah AJK ini) *mungkin sudah ada cuma dalam pengetahuan saya yg cetek ini, rasanya masih belum. Kadang2 xder orng nk volunteer kan? xper, lantik jer dulu saper yg nampak macam ader credibility dan kita pantau tugasnya, bagi motivasi sket. Kepimpinan tinggi MSA jgn lepas tgn jer. Orng Islam ni bila dia rasa ader tanggungjawab dan dihargai baru nk buat. Bila x cukup orng baru la HICOMM kener buat suma kejer. Mungkin ada orng cakap, saya nie cakap lebat but hey, belum cuba belum tahu. Atleast nie satu pendapat.
2) Memandangkan ramai yg tak dtng meeting sebab penat/malas/xminat, mengapakah MSA tidak email jer tanya pendapat kita suma? aper2 yg boleh ditambahkan kepada yg sudah dibincangkan time meeting ker. mmm... Sounds like tugas MSA nie, ain't it?. Updatekan lah kita ini dgn aper yg dibincangkan time meeting tue (selain citer kat website jer). Ini tugas AJK publicity kalaulah nnt diwujudkan.
3) Tugas memantapkan MSA nie x dapat dijalankan oleh beberapa orng jer, so saya tegaskan skali lagi tanyalah pendapat orng lain. MSA tak pernah tnya saya, "MSA kita nie bagus ker tak?" jwpnya x penah tanya. So aper salahnya tanya orng2 yg banyak pengalaman, Dr Awadh ker... Omar, Nuruddeen dan lain2 lagi. Tanya camner nk mantapkan MSA nie. Tak salah tanya pendapat orang2 nie. Pernah anda buat bender2 nie?
Again, saya kesal dgn diri saya kerana kurang membantu selama ini. MSA mempunyai pemimpin2 yg berkebolehan (jauh lebih hebat dari saya) but lack of interactions dgn MSA members dan kurangnya idea2 bernas dari member2 nya menyebabkan MSA Vanderbilt tidak sehebat yg dimahukan oleh setengah2 pihak. Cabaran kpimpinan MSA, bagaimanakah nk satukan budak2 Islam kat Vandy nie. Solve problem nie dulu. PENTING!!!
Tapi saya berterima kasih kepada MSA kerana telah mengadakan activity2 yg hebat.
Amar, kata2 boleh mengubah kawan menjadi lawan. Tajamnya lebih hebat dari pedang dan ia membunuh seseorng bukan dari luar tp dari dalam. Saya tahu niat anda bagus dan anda sangat berwawasan, tapi MUNGKIN, MUNGKIN waktu, cara & masa tidak sesuai dan kata2 anda MUNGKIN menyinggung sesetengah pihak. THAT GOES FOR ME TOO!!!
Mohon lah maaf skali lagi (walaupun anda dah buat), x rugi aper2 buat macam tue. Kepada sesiapa yg menulis kepada Amar, mohonlah maaf kepada Amar ANDAI KATA dia tersinggung dgn tulisan anda.
Penat dah tulis nie. So lihatlah tulisan saya ini sebagai kritikan membina untuk faedah kita suma. Ayuh masyarakat melayu di Vandy, ayuh bantu MSA.
Mohon Maaf, Danny. shucker-shnaw =)
Posted by: danny-o-frenly | Saturday, March 29, 2008
Oh yeah lupa, hebat sungguh pose Imam dalam gamba itu
Posted by: danny-o-frenly | Saturday, March 29, 2008
assalamualaikum....
memang tak dinafikan apa yang Amar cakap itu semuanya betul...tapi...kita kena tengok dari segi contextnya juga...ia adalah umpama membina rumah...arkitek dan jurutera and tukang bina rumah dah berusaha dah membina rumah tuh mengikut apa yang mereka rase terbaik...tapi si tuan rumah itu pula banyak meng-komen dan juga meng'kritik' design rumah tu..walhal dia tade langsung menyumbang sebarang idea untuk design rumah tuh...cuma yang ada dalam pemikirannya hanyalah 'rumah aku mesti lawa...tangganye tinggi dan pusing2 macam hindustan, window dia besar, tandasnya ade bath tub dll'....disini...nampak sangatlah tuan rumah tu sebenarnya tak boleh pon nak salahkan orang yang dah penat buat rumah tu, dia sendiri yang tak penah nak take time untuk membantu dan menyumbang dalam pembinaan rumah tu...inilah sebenarnya dilemma melayu...semua pandai mengkritik..tapi bila tiba masa untuk berkerja, habuk pun tarakk..
mengkritik adalah bagus..tapi..does not mean we have to do it ALL THE TIME...semua benda pon mahu kritik...benda yang diri sendiri tak tahu menahu pun nak kritik...menggunakan alasan kritikan membina...macamane nak anggap sebagai kritikan membina kalau pengkritik sendiri tiada pengetahuan dalam apa yang sedang dia kritik?....seolah2 seorang engineer mengkritik seorang doktor yang sedang operate patient..macamane tuh?..macamane kritikan tu dapat membantu doktor tu membedah dengan lebih baik kalau yang kritik itu tak tau pon pasal ilmu doktor...you see my point?
tidak dalam semua keadaan kita nak mengkritik, sebolehnya, disagreement tuh kita elak...if you have nothing good to say, keep quiet...honestly, i don't think it was necessary to write out your opinion dekat sini both goes to Amar dan juga danny-o-frenly....dan untuk menjawab soalan2 danny-o-frenly, 1. dah ada dah semua AJK dan juga committee yang anda cadangkan tu, and I think that they did their job well, yes, there are room for improvement and anda kata letak beberapa orang bawah AJK tuh...dah kalau yang turun ke meetingnya pon tak sampai beberape kerat, terpakselah yang jadi AJKnya jadi ahli sendiri...basically sorang2 tuh jelaaa yang bergerak
2. kalau anda sign up for MSA e-mail, ada aje, walaupun mungkin tak selalu, e-mail2 dari MSA yang mintak pendapat, ask for volunteers...dekat sini rasenye kene tanye diri sendiri balek..bukan menuding jari pada orang MSA kate tak buat kerja (this goes to myself, kadang2 tuh malas je nak sign up)
3. yang pasal minta pendapat tuh...payah nak kate...sebab dulu setahu saya sepanjang dalam join meeting MSA, Dr Awadh selalu je ade, mungkin sekarang busy dengan komitmen lain, takpela yang itu, bagus cadangan saudara untuk minta pendapat orang ramai, tapi kalau setakat dapat pendapat tapi tade penggerak..itu payah tu...
yang pasal cara nak tarik ke meeting tu...emmmm...rasenye memang tade cara lain dah kot...kalau dah di inform mengenai meeting..kenela inisiatif sendiri..kalau diletakkan syarat..nanti datang pula kritikan baru kata MSA ni memaksa, takkan nak kene ajak meeting kat Best of India kot baru nak turunn?..takkan nak kene saji dengan lauk pauk ayam kot baru nak turun?...itulaa kate...ini semua sebenarnye inisiatif dan rasa mahu yang datang dari diri kita sendiri....MSA hanya mampu mengajak
memang MSA sentiasa mencari jalan sebenarnya untuk promote IAW to more non-Muslim...salah dari pihak saya sendiri jugak yang tak berape banyak sebut mengenai IAW ni pada rakan2 American saya
before i stop writting, ingin meminta maaf kepada yang di kritik...dan minta maaf atas kelemahan comment ini yang terlebih panjang tapi tak sebagus mana...tapi harapnya...next time kita rase nak mengkritik tuh...pk2 lah dulu impaknya...mane yang lebih bagus...mari bersama renung2kanlah ayat surah as-saff 2 dan 3 itu dalam keadaan kita nih sekarang...
maaf kepada sapa2 yang tersinggung...tapi yang menulis ni juga sebenarnya tersinggung dengan comment yang saya rase tak patut pon dari danny-o-frenly dan dari Amar sendiri..aasif
Posted by: musafir lalu | Saturday, March 29, 2008
Minta maaf Musafir lalu.
Saya sepatutnya mengusulkan cadangan2/perbincangan2 itu terus kepada president MSA rather than posting it here, kerana penulisan saya tadi mungkin telah memecahbelahkan sedikit perpaduan kita sesama saudara. Maaf.
Insan yang bersalah, Danny
Posted by: danny-o-frenly | Saturday, March 29, 2008
Untuk pengetahuan saudara saudari sekalian,
3 events berlaku pada yang sama ketika slot Imam Siraj Wahhaj @interfaith, @jewish center, dan satu lagi saya tak ingat).Harapnya apabila kita membuat assumption, cepat2 cari jalan buktikan assumption kita tuh betul ke tak.
Kepada Danny, Amar dan sesiapa yang hebat mengkritik,sila tampil ke Meeting MSA dan bentangkan segala macam yg telah anda tulis. Me myself will make sure you guys speak out all the points. I'll have a list for it, insya Allah.
or maybe
Sebelum fitnah terus berkembang, i urge you,Amar Razali to speak & discuss with the MSA Committee first (maybe with Dr. Binhazim too) BEFORE you start writing your reply.I'll inform Emad and other board members too. This is a request from me. Since its regarding the MSA, hope you'll consider my request.
OK, Amar? Alhamdulillah, Allah helped me get rid of that 'feeling' yesterday. Be professional(as danny mentioned above :so please act upon it).
may Allah facilitate our affairs,ameen~
Posted by: ena | Saturday, March 29, 2008
Salam,
Ok, now minus all the emotions in the post and comments.
People need to stop blaming already.
At least now we learn how to resolve and issue. People are now aware that they should give more commitment to MSA. And MSA themselves, know that they need to find an alternative on how to improve the events.
After all, Amar's post make us open our eyes. Honestly, i think people will be more responsible in showing up in MSA meetings now, after reading these. I don't know about others but I, myself feel the guilt for not showing up before and i am sorry about it.
Commitment from the members, YES, we need to give more.
MSA themselves now can see how some people perceive them from outside. Nobody's perfect. Bila ditegur, bolehlah defend sikit why we do so and so namun, janganlah tolak semuanya. Mesti ada isi juga, kan?
Posted by: Muhaimin | Saturday, March 29, 2008
salam amar,
kau selalu mendengar cerita sebelah pihak sahaja lalu menyimpulkan sesuatu.. dan menulisnya di blog...
kau cuba atau tidak mendalami view dan situasi pihak yang satu lagi? atau perasaan mereka?
kau tak kesian ke kepada mereka? orang mungkin pandang serong kat mereka sebab baca blog kau? dan tidakkah itu dinamakan fitnah?
gunalah saluran yang tepat dalam menyuarakan ketidakpuasan/pendapat...
jangan nanti jadi fitnah atau mengumpat...
wallu 'alam
Posted by: sedih tau | Tuesday, April 01, 2008
salam...
wpun aku kat m'sia,tp aku slalu ke blog amar ni...
oh,begini rupanya kat vandy...hehe
just ingin memberi pendapat,
jadikan halangan/rintangan sbg pemangkin kejayaan
mcm main golf,
player jadikan angin sbg rintangan atau bantuan?
huhu...peace...
Posted by: tiger wood | Wednesday, April 16, 2008
Post a comment
NB: Comments are moderated on this weblog.