Saturday, March 29, 2008

Balasan Umum I

Bismillah,

Assalamu'alaykum,

Alhamdulillahi rabbi 'alameen. Aku memanjat setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah atas nikmat Iman dan Islam yang telah Dia kurniakan kepada aku dan sekalian muslimeen dan muslimaat di atas dunia ini.

Aku membuat komentar berkenaan MSA ini hasil daripada perjumpaan aku dengan penasihat kepada MSA sendiri. Hasan, sahabatku fillah ialah saksinya. Janganlah sesekali menyangkakan bahawa aku sesuka hati sahaja mahu mengkritik jika tiada sebabnya. Aku pada mulanya memanglah tiada sebarang masalah pun dengan MSA dan aku hanyalah ahli biasa sahaja yang sentiasa berusaha terlibat dan menghadiri program anjuran MSA. Akan tetapi luahan hati daripada seorang penasihat organisasi, yang layak dipanggil 'bapa,' benar-benar menjentik minda dan sanubari aku. Aku tidak pernah meminta beliau untuk menceritakan perihal MSA dan sememangnya aku terkejut sungguh dengan apa yang aku dengari daripada luahan hatinya.

Aku pasti sekiranya ramai yang bersama-sama dengan aku dalam perbincangan pada malam itu, pasti memahami perasaan yang aku dan Hasan alami. Aku pasti sekiranya Ena, Ashwaq, fromafar, hello, wiratunggal, Hassan Atassi, hubab, gue, Abdullah, danny-o-frenly, musafir lalu, hatta Ansari di UIUC bersama-sama dengan aku pada malam itu, mendengar kisah sebenar, luahan rasa daripada seorang penasihat MSA terhadap MSA, aku pasti mereka akan menyokong terhadap apa yang aku katakan.

Aku tidak pasti sekiranya masih sempat kepada kepimpinan ketika ini untuk mengambil tindakan ini, tetapi aku berharap kepada kepimpinan akan datang agar mempunyai hubungan yang lebih baik dengan penasihat MSA kita. Tidak perlu aku bercakap banyak tentang kredibiliti yang ada pada penasihat kita. Tidak ramai yang tahu bahawa sebelum ini, penasihat MSA ialah seorang yang bukan Islam. Tetapi adakah kita benar-benar belajar menghargai?

Sebelum aku memulakan balasan, aku sungguh-sungguhnya ingin memohon ampun dan maaf sekiranya komentar aku menghiris hati sesiapa. Aku tiada niat untuk berbuat sedemikian. Justeru maafkan aku atas kesalahan yang tidak disengajakan itu. Aku pasti semua antara kita ini mempunyai kemahuan yang serupa; mahukan yang terbaik untuk MSA kita. Aku tidak pasti sekiranya ada yang berpendapat komen aku hanya untuk merendahkan MSA. Alangkah dangkalnya bagi aku untuk berbuat demikian dan alangkah jumudnya golongan yang berpendapat sedemikian.

Juga, aku ingin berterima kasih atas komentar balas, nasihat serta 'hikmah' yang telah ditunjukkan dalam tulisan-tulisan tersebut. Seperti yang aku tegaskan pada entri yang sebelum-sebelumnya, juga perkara yang menjadi salah satu prinsip aku sendiri, bahawa aku terbuka pada perbincangan pendapat, aku bersedia menerima kritikan, aku bersedia mendengar nasihat dan aku tidak mahu perbincangan berada pada sebelah pihak sahaja. Justeru, aku mengharapkan tindakan yang serupa akan diambil oleh pihak yang ingin berbincang dengan aku, mereka perlu terbuka pada perbincangan pendapat, bersedia menerima kritikan dan bersedia mendengar nasihat.

Aku juga sempat menganalisis beberapa bentuk komen daripada pengunjung. Walaupun artikel aku bertumpukan perkara-perkara yang boleh dibaiki dalam MSA, aku melihat ada perbincangan balas lebih tertumpu kepada peribadi aku pula. Aku berterima kasih atas peringatan, nasihat dan kritikan yang ditujukan kepada aku dan aku menerima dengan seadanya. Cuma, pokok perbincangan ialah perkara-perkara dalam MSA yang boleh dibaiki. Isu itu tidaklah pula dihuraikan secara jelas dan perbincangan tidak akan ke mana-mana.

Bagi aku, aku tidak kisah sekiranya komen itu berbentuk kritikan peribadi, setidak-tidaknya menyedar dan mengingatkan diri aku, tetapi aku lebih suka kepada perbincangan isu yang sebenar kerana aku rasa lebih memberi hasil.

Aku berharap moga-moga percanggahan pendapat kita semua ini tidak sesekali merenggangkan hubungan persahabatan yang terjalin antara kita semua. Seperti yang aku nyatakan di atas, kita semua sebenarnya mempunyai keinginan yang sama, dan kritikan yang diberi bukanlah sesekali bermaksud mahu merendahkan MSA ini. Keinginin dan kemahuan kita yang tertinggi, tentunya untuk mendapat redha daripada Allah.

Akan tetapi, maaf, aku tidak berupaya mendiamkan diri setelah membaca sesetengah komen yang telah dilontarkan. Bukanlah aku bermaksud melenting, bukanlah aku bermaksud ego, tetapi aku perlu menjelaskan beberapa perkara agar tidak timbul sebarang fitnah atas diri aku kelak, juga atas diri rakan-rakan yang sudi berkongsi pendapat. Namun, berikan aku dengan sedikit masa lagi untuk memberi ulasan balas satu persatu.

Nantikan, InsyaAllah.

07:55 Posted in Ideas | Permalink | Comments (14) | Email this

Comments

Dua-dua pun ada poin masing-masing dan dua-dua pun ada betulnya. Buang yang keruh ambil yang jernih. Yang buruk jadikan sempadan yang baik jadikan teladan.

Posted by: naga tasik chini | Saturday, March 29, 2008

Bismillah..

Assalamualaikum,

hebat perbincangan kali ni. sebelah pihak dgn niat utk menegur ape2 kekurangn yg da belaku juge beharap dgn poskn entry ni, akan ade improvement utk event2 akan dtg. sebelah pihak lg da explain in detail betulkn ape2 kesilapan dlm entry tu supaye xde salah paham dr pembace2. both sides, good job!

sy rase betape hebat nye susunan yg Allah da buat. Die gerakkn jari jemari amar utk tulis sesuatu yg mmg agak terlalu menuding jari. tp kalo amar x luahkan kata2 yg tercabar mcm tu, things akan jd the same je smp bile2 kn. atleast bile da kene cabar cm ni, mesti semngat makin bekobar2 nk wat lebih mantap. org2 luar pn, atleast baru la sume org nk bukak mate, sedar salah sindri la ape la tak g meeting n involve ngn MSA slame ni. bdak2 malayu len yg x pnah invole, sedar salah sendiri spe suh xjoin MSA. MSA, ni la peluang nye utk tarik ramai lg ahli.

sy dpt berade kt tgh2. tgk sendiri mcm mane pihak A, mcm mane pihak B. kedua2 pihak ni mmg layak utk saling tegur menegur. committee MSA, sume hebat2! sumenye betul2 committed dgn ape yg dowang buat n sentiase nk kn yg terbaik. Amar, die byk menyumbang dlm islam dn bukan sekadar ckp mulut je. mcm mane tgk amar improve dr mule2 knal die dulu.. both sides, mmg walk the talk!

sy harap kalo due2 pihak ni jumpe face-to-face, sy yakin xkn ade marah atau benci same sendiri sbb insyaAllah dowang ni selalu memaafkn semua org seblm tido kn? jd da bgn pg besok, xde da mara2 atau dendam.


Think of the future, pebincangan ni bole membawe byk kebaikan. Bile xde kontroversi cm ni, xde sape nk amek tau pn hal2 MSA ke ape ke. Ni smp da jd pebincangan kt meje mkn, wow bagus la kn!

conclusion sy ,

jgn la nk asyik cari salah amar, korang x nampak ke betape bagus da die sekarang? Alhamdulillah.. harap2 sy pn bole jd hebat cm die n better insyaAllah.

Amar, jgn la salahkn committee MSA. 5 committee tu da pnat lelah cube give their best. Dpt invite Imam siraj tu! setanding ISNA n TDC?? insyaAllah2.. suatu hari. rasenye bukan dlm committee la masalah die, hmm ntah la. cube cari root die. maybe sbb advisor x rapat dgn committee member?? cube solvekn tu dulu.. sket2.. insyaAllah

(Allah knows best!)

Posted by: Observer | Saturday, March 29, 2008

salam semua

betul kata ko amar dalam entri 'Help One Another in Righteousness and Piety'.orang kita masih sukar menghormati pandangan dan kritikan orang lain.

tak pasal peribadi ko disentuh..

teringat pula dkt entri 'Buntu & kecewa' di ansarullah.
tujuan nak menegur juga.tp lihatlah apa jadi.
bila aku bandingkan dua situasi ni,malaysians di Vandy aku tgk lebih matang dalam menanganinya(berdasarkan komen2 di entri ko yg sebelum ni). tahniah!

orang luar tak leh komen banyak-banyak.
sekadar memerhati.

sekian..

Posted by: pemerhati PBB | Saturday, March 29, 2008

Komen ini peringatan untuk aku dan semua termasuk kamu, Amar,

berkenaan komen dr Observer,

"jangan asyik cari salah amar.."

amar pun sama, jangan asyik tegur cara begini.

Tegurlah secara berhikmah. Berhikmah = betul pada 'tempatnya', betul pada 'masanya', betul pada 'orangnya'. benar kata beberapa komentar entry sebelum ini, datangkan fitnah, memecahbelahkan orang Islam sendiri. Sila lah semua praktikkan apa yang kamu dengar/belajar dr lecture. Sia2 kamu kumpul semua theory dan simpan dalam peti otak kamu, dan hanya guna bila nak menyampaikan kepada orang lain tp tak praktik.

"kenapa peribadi anda dipertikaikan?"

apa yang kita lakukan nih reflect attitude,sikap kita. 'Ammu Fisal Chicago sendiri pernah kata, manusia boleh evaluate melalui sikap & attitude. Ianya melambangkan diri kita.
Think about it Amar & pemerhati PBB.

"bila bercakap ttg pandangan - sejauh mana kamu menghormati/menerima pandangan orang lain?"

reflect kembali, kadang2 kenapa sukar orang menerima pandangan kamu kerana kamu juga sukar menerima pandangan orang lain. what goes round come around.

aku rasa kerana itu ramai yang against kamu. kamu perlu cermin2 kembali Amar, jangan amek yg memuji kamu aja. Cuba fikir kenapa komentar2 lain bercanggah pendapat kamu dan menyentuh peribadi kamu.There must be something wrong.Jangan kerana sahabat2 kamu kata kamu ok, tak tegur kamu, kamu go on.
Aku rasa sbb orang tak suke tengok kamu ada attitude macam tuh, orang tegur kamu.

(nih bukan tuju utk Amar shj, other people juga, please think about it)

so please take into account semua yg komen di entry sebelum nih amar. take it, and act upon it. jangan rasa diri kita betul sentiasa. sometimes kita tak rasa pun diri kita betul sentiasa, tapi.. action kita melakukannya. so be concious about it!

-beruntung bagi mereka yang berfikir (diperjelas di dalam Al-Quran berulang kali)

Posted by: bintAlimah | Saturday, March 29, 2008

hm aku rase betul jugak kalo amar xtulis,mungkin xde la org concern sgt kat msa and mayb msa akan rase diorg dh cukup mantap tanpa perlu perubahan yg signifikan.at least lpas ni sume concern kan so sure nk wat the best,give the best.meeting pn pergi insyaALlah.the beginning of the new era 4 a better msa insyaAllah!

Posted by: pak lawak | Saturday, March 29, 2008

Salam,
Tentang teguran kepada Amar. Saya fikir itu bukanlah isu lagi. Amar sendiri mengatakan dia berterima kasih atas teguran yang diberi. Dia cuma menyatakan bahawa isu yang dibangkitkan tidak pun disentuh tetapi yang lebihnya pada peribadi dia pula.

Tegurlah peribadi dia, tetapi isu utama yang diberi kritikan atau komen itu perlulah juga diterima.

Satu perkara di sini, saya rasa semua yang baca dan menulis komen dan juga pasti menerima teguran tersebut dengan hati terbuka. Cuma tak ditulis. Lalu, dilihat seperti kita pandai menkomen saja semata2. So, diharapkan semua pun dapatlah mengambil pengajaran dan betulkan apa yang salah.

Posted by: Muhaimin | Saturday, March 29, 2008

Assalamualaikum
I got pumped up a little bit when I read Amar's post about MSA and was really hoping people will discuss whatever issues he raised. However, I became rather dissapointed after I read most of the comments because rather than discussing the issues at hand, people became so emotional and started attacking on one's peribadi. Comments such as " x nampak kau kat meeting pun, ape sumbangan ko, etc" does not solve the issues, instead it will only sew more disunity among us.
It sounds more like " ko dah la x datang meeting, pastu nak comment2 kitrg buat keje x betul plak". Well on one hand it is true but if we reanalyze, it is not the people inside who should determine whether they had done a good job. It is the people outside who will ultimately judge you.

Yes for those who contributed a lot to the MSA (organizing events etc), I would say thank you so much and good job and may Allah rewards you all. But my point here is when someone raise an issue or start criticizing, dont become so defensive. A simple comment such as "Please bring forth your evidences" is way way better than " aku x nampak ko pun kat meeting, so shut up la".

Nevertheless, for me to fully believe what Amar is trying to convey, I think I need to hear Dr Awadh comments' on MSA before coming to any conclusions.

Posted by: stalker | Saturday, March 29, 2008

salam,

harapan saya semua orang ambil iktibar atas kejadian ini. dua- dua pihak ada salah dan dua-dua pihak betul. tak kisah la siapa lebih salah atau lebih betul. Walaupun kewibawaan kita tercalar selepas apa yang kita usahakan dengan blog "orang luar", jangan biarkan kata-kata itu terserap dalam hati langsung. Teruskan perjuangan! sehingga titisan darah terakhir! kalau benar-benar apa yang kita lakukan adalah kerana Allah tak patut kita peduli apa yang orang kata. memang dalam berdakwah ni akan diganggu dua-dua pihak orang bukan Islam dan orang Islam. Yang penting jangan mengaku kalah! Jalan dakwah adalah jalan yang penuh onak dan duri. Kita perlu faham perkara ini adalah salah satu proses dalam perjuangan kita. Saya akui memang tidak mudah.

Kalaulah lepas kejadian ini ada yang rasa benci dan bermusuh, tak bertegur sapa, mencemuh, dan mengelak, sesungguhnya yang menang adalah Syaitan. Dia gelak kat kita bila benda ni terjadi. Rasulullah (peace be upon him) sangat marah kalau kita berpecah belah. Nak ke Rasulullah (peace be upon him) murka dan menangis atas perbuatan kita? hah?!

so, saya nak lepas ni kalau golongan-golongan ni berjumpa, bagi salam for Allah sake. spread love to each other for Allah sake.

Saya nak semua orang read, reflect, respond dan remind terutama ayat ini :

يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱجۡتَنِبُواْ كَثِيرً۬ا مِّنَ ٱلظَّنِّ إِنَّ بَعۡضَ ٱلظَّنِّ إِثۡمٌ۬‌ۖ وَلَا تَجَسَّسُواْ وَلَا يَغۡتَب بَّعۡضُكُم بَعۡضًا‌ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُڪُمۡ أَن يَأۡڪُلَ لَحۡمَ أَخِيهِ مَيۡتً۬ا فَكَرِهۡتُمُوهُ‌ۚ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ تَوَّابٌ۬ رَّحِيمٌ۬ (١٢)

Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani. (12)

Tak nak perkara sama berulang. bertaubatlah dan takutlah kepada Allah!!!

salam,
udean

Posted by: udean | Saturday, March 29, 2008

oh ye lupa,

mintak maaf kalau terkasar bahasa. hehe....

Posted by: udean | Saturday, March 29, 2008

amar, i think u really should stop this. i'm not saying that your post doesnt give any benefit, but it does give more harm! mane2 pon org ckp pasal ni, and see, org2 yg sayangkan islam yg bercerai berai. org2 party syok je bersatu. salurkan pendapat kau dkt org yg sepatutnya and this is not the way. and if really kau nak defend yourself or watever, org lain pon will do the same. and this thing will never be solved. please stop. kau huru harakan vandy. open your eyes, islam needs you really but not through this. salurkan ke tmpat yg betul. i beg you to stop.

Posted by: oh oh | Sunday, March 30, 2008

aku rase bukan post ni je yang tak berfaedah.. banyak lagi post lain yang kau tulis untuk kutuk2 orang je.. konon kau cam dah bagus sangat.. baguslah semua orang dah sedar tade point bace blog kau.

Posted by: budak vandy | Sunday, March 30, 2008

oi budak vandy. tak yah ar harsh camtu skali. maaf amar.

Posted by: oh oh | Sunday, March 30, 2008

Assalaamu alaykum wa rahmatullahi wa barakaatuh,

I'm not sure exactly what this post says, but whatever it says, I think it is worth discussing in an open, objective manner, without emotions. We all want what is best for the MSA and we ask Allah to help us obtain that. Let us work together to solve our problems and move our organization forward. May Allah accept this from us, ameen.

Posted by: Nuruddeen Lewis | Sunday, April 06, 2008

Wa'alaykum salam wa rahmatullahi wa barakaatuh;

Nuruddeen;

Sorry, this article has been written in Malaysian language. I was writing about some improvements that could be done in MSA, and yes, I agree that all of us have the same common interest, we want what is the best for the MSA and for sure we ask Allah to help us to obtain that.

Jzkk

Posted by: Amar ibn Razali | Sunday, April 06, 2008

Post a comment

NB: Comments are moderated on this weblog.