Sunday, March 30, 2008
Hiatus
Assalamu'alaykum,
Rehat. Ah. Tidak! Rehat apanya lagi?
Bulan April bakal tiba. Bulan yang setentunya paling perit dan 'semacam lama sungguh' nak berlalu. Bulan inilah yang akan dipenuhi dengan jadual-jadual peperiksaan, bulan inilah yang akan dipenuhi dengan pelbagai dugaan dan cabaran yang pastinya menguji iman.
Oh Allah moga Kau kuatkan iman di dada kami semua, amin.
Aku tidak tahu sekiranya ketegangan masih lagi terasa tetapi aku berharap moga-moga ia kendur dahulu. Aku mahu berehat. Aku juga terperasan bahawa sejak akhir-akhir ini, penulisan aku menjadi tajam semacam, dan aku lebih suka menggunakan bahasa Malaysia dalam penulisan aku. Mungkin aku lebih selesa, mungkin aku rasa mesej aku lebih mudah sampai dan difahami oleh kebanyakan yang mengunjungi tempatku ini. Ah, sekiranya Cikgu Salina, Cikgu Rohaiza dan Cikgu Saidah Mamat membaca tulisanku ini, sudah pasti banyak pula salah tatabahasanya dan penggunaan struktur kata. Maaf, cikgu.
Aku mahu menumpukan pula kepada perkara-perkara penting yang perlu didepani ketika ini. Cabaran peperiksaan, cabaran kerja, oh ya, mungkin aku lupa mengkhabarkan, terima kasih tidak terhingga kepada sahabatku fillah Muhaimin, atas usahanya membantuku membuat flash programming presentation sehingga melayakkan program itu dibentangkan di Harvard University oleh Prof. Polley pada 16 April ini.
Bulan ini juga, ialah bulan pengajian terakhir oleh para seniorku yang berwibawa. Sememangya kelak aku bakal merindui cerita-cerita Deni, bahan 'bantuan' mengajar Mud, cakap-cakap Terengganu bersama Reza, sembang masa depan dengan Zul, dan banyak lagi. Tidak lama lagi, tiba giliran aku dan rakan-rakan junior pula. Hm.
Selepas tamatnya semester ini, aku, Baba dan Hasan bercadang untuk mengambil kelas Maymester dengan Prof. Bushra. Belajar berkenaan dunia Arab. Oh, jika ada di kalangan kalian yang berminat, jangan lupa mendaftar. Tamatnya Maymester, pengembaraanku ke Roanoke, VA akan bermula. Mama begitu kurang bersetuju dengan cadanganku untuk memandu ke Roanoke. Berada di sana hampir 2 bulan, dengan berkereta sudah tentu akan memudahkanku dalam banyak perkara. Tambahan pula, tiket penerbangan pergi balik sudah hampir $600++!
Pulang dari Roanoke, insyaAllah Malaysia, tunggulah kepulanganku. Aku memutuskan untuk tidak menyertai 'Ilm Summit oleh AlMaghrib. Aku ingin pulang ke Malaysia, berehat, berjumpa dengan keluarga yang kurindui, bersua dengan rakan taulan.
Sungguh, aku tidak sabar.
Aku berdoa moga-moga cabaran akhir semester ini dapat kita semua tempuhi dengan sabar dan tenang. Aku berdoa moga-moga segala perancangan akan berjalan dengan lancar, dan aku ingat firman Allah di dalam al-Quran "And Allah is the best of the planners."
Setentunya tidak akan ada banyak entri daripada blog ini pada bulan April ini. Namun aku sentiasa mengalu-alukan sebarang cadangan, pendapat dan nasihat daripada pengunjung.
Moga-moga kita semua sentiasa dalam petunjuk dan hidayah daripadaNya.
Peace be on you. Salam.
22:30 Posted in Ideas | Permalink | Comments (11) | Email this


Comments
Salam,
Don't mention it Amar. Tolong sedikit je.Huhu
Ok,
Selamat berusaha for the last month of Spring 2008
Posted by: Muhaimin | Sunday, March 30, 2008
Aku tak mahu jadi orang yang tak mengenang budi, Muhaimin.
Baik, selamat maju jaya juga untuk Spring 2008.
Posted by: Amar ibn Razali | Sunday, March 30, 2008
ala amar, rindu daniel, mud , raizal dan zul je kee? habis tu ktiorng ni tak rindu laaa ehh? haha
Posted by: nabilah | Sunday, March 30, 2008
Alah Nabilah, lenguh la aku nak tulis pasal semua senior.
okok2 bila aku free nanti (lepas final ke?) aku tribute satu entri kat senior. aku sebut satu2. ok?
Posted by: Amar ibn Razali | Sunday, March 30, 2008
ala..sophomore camne..
ok2..JOKE je..peace! =P
Posted by: syikin | Monday, March 31, 2008
lol tenang sikit nyawa aku baca this post. huhuhuhu. all the bestlah amar tatau pun kau pegi VA. cayaaalaaluuu...
Posted by: Q | Monday, March 31, 2008
Good luck and semoga berjaya. Anyway, please add link to my blog:
The Blogalist. All You Want To Know.
http://theblogalist.blogspot.com/
Posted by: Hafidz Hafifi | Monday, March 31, 2008
salam.
uish!balik malaysia lagi tahun ni
kalo balik kuala berang, jemput ah melawat kg aku
be careful.byk periuk berapi byk tgh jalan on the way to kg aku tu.huhu
iA, i'm still in ganu till mid of august
Posted by: farhan | Monday, March 31, 2008
"membincangkan masa hadapan dengan zul"
hahahahahahahahahahaha.....lawak2
Posted by: syamir | Monday, March 31, 2008
Baru masuk 1 April dah busy blaja. Oh 213 esok ni cmnelah.. sempat lak baca blog orang. Haih haih.
Posted by: shrimp | Tuesday, April 01, 2008
oh bukan esok lah!! lagi beberapa jam je ni. masyaAllah. ok tido freshkan otak!! yay!
Posted by: shrimp | Tuesday, April 01, 2008
Post a comment
NB: Comments are moderated on this weblog.