Sunday, March 30, 2008

Balasan Umum II

Assalamu'alaykum,

Sememangnya hanya ingin memberi teguran merupakan perkara yang lebih susah untuk dilakukan daripada hanya memerhatikan dan berada dalam keadaan yang sudah sedia ada. Walaupun kita hanya ingin tahu keadaan dan penjelasan sebenar, kelak nanti, orang akan bertanya banyak-banyak perkara. Mana kredibiliti? Mana kelayakan? Mana kedudukan?

Lebih mudah kita hanya duduk di luar memerhati keadaan sekeliling daripada ingin menyatakan sesuatu yang tergerak di hati, ataupun perkara yang mungkin boleh dibaiki terhadap apa yang diperhatikan, bukan?

Sememangnya hujung minggu ini merupakan hujung minggu yang paling berat untuk diri aku sendiri. Teringat kata-kata Daniel, "Aku baca 1 komen balas untuk aku pun dah panas, kau Amar aku tak tahulah."

Ya benar, Daniel. Sememangnya apabila membaca tulisan orang kepada kita agak mendalam kesannya daripada kita bercakap berdepan-depan dengannya. Tulisan memang benar-benar lebih tajam daripada kata-kata. Tetapi aku sudah ingat seawal penulisan aku, bahawa aku sudah bertekad, aku bersedia dan akan menghadapi apa yang akan aku hadapi.

Untuk aku membalas semula (kini sudah ada 30 ulasan), sememangnya bukan perkara yang mudah. Aku perlu duduk bertenang, membaca kembali apa yang telah diutarakan, cuba mencungkil isu apa sebenarnya komen tersebut mahu perkatakan, menginsafi dan mengingati kembali terhadap apakah perkara yang telah aku lakukan, dan berusaha mencari dalil yang benar-benar tepat pada keadaannya.

Aku teringat jawapan guruku semasa kelas Intro to Islam semalam, jawapan yang aku rasa menjadi jawapan untuk tindak balas yang perlu aku lakukan bagi menghadapi cabaran berat ini;

Berkata bapa Nabi Ibrahim, "Do you reject my gods, O Ibrahim? If you stop not (this), I will indeed stone you. So get away from me safely before I punish you."

Jawapan oleh Nabi Ibrahim kepada ayahnya merupakan jawapan guruku terhadap persoalanku, "Ibrahim (Abraham) said: "Peace be on you! I will ask Forgiveness of my Lord for you. Verily! He is unto me, Ever Most Gracious."
Suraa Maryam (19, 46-47)

Jika tindakan aku ini benar-benar semata-mata lillahi ta'ala, insyaAllah moga-moga Allah sentiasa memberi kekuatan, kesabaran, dan keteguhan kepada aku untuk menghadapi cabaran-cabaran yang mendatang.

Aku ingin berehat untuk seketika.

Peace be on you. Salam.

13:15 Posted in Ideas | Permalink | Comments (4) | Email this

Comments

Salaam.

Apa kata kau bertenang saja. Jangan kerna pening memikirkan soal ni, habis terbengkalai semua kerja rumah, projek, et cetera. Ingat. Apa misi utama kau di sini. Belajar. Utamakan pendidikan dulu. Pembelajaran kasi mantap.

Lagi satu, aku rasa la kan, memang sangat patut kau duduk berbincang dengan Dr. Awadh, Emad, and board members yang lain. Diorang clarify diorang nye situation, and so will Dr. Awadh. Senang. Habis cerita. Kami pun happy tgk semua happy. Tak yah gaduh2 sampai hubungan silaturrahim pun goyah. Go Amar. Enough with balasan umum. Hari Ahad = hari buat hw! Semoga kes ni selesai as soon as possible. Tutup kes. Continue dengan kehidupan yang aman damai, insyaAllah.

Posted by: vandy juga | Sunday, March 30, 2008

Salam,
Utk Vandy juga, 'kerna' tu typo ke mmg gaya bahasa yg sungguh puitis sekali.:P.
Saya setuju dengan Vandy Juga kerana from the points taken from the previous comments, that's what necessary right now. It's not fair to judge what people do without actually knowing what they do, isn't that obvious?
Not saying that what you say is wrong. In fact, i agree with your comments about the attendance and so on. But making a judgment way too fast it not really solving anything, too.

So, let there be Peace again. I'm sure semua orang yang terlibat dalam perbincangan ini sudah cukup matang untuk tidak mempengaruhi kehidupan kita di luar alam siber ini. Simpan ketegangan ini di alam siber sahaja and let it cool down first. On the other hand, keep it cool outside.
Salam

Posted by: Muhaimin | Sunday, March 30, 2008

Amar, you have to stop with this. dah takde gune dah.. you're not doing good to urself and to the people around you.. i don't see ur point anymore. awal2 tuh macam ade skit2, but now you seem to just want to mengapi2kan budak vandy. nanti sume pecah belah..

and i believe the people around you pon dah mule naek menyampah with you. naluri manusia is towards peace, and they surely can't find it here.

dah2.. pergi buat homework.. stop dwelling on this issue. It's sooooo yesterday!

Posted by: sape2 la.. malas nak layan. | Sunday, March 30, 2008

ape la nk jadi sekarang nih.
dah la..kesian la kt diri masing2.
stop tuding jari kt org.
satu jari tuding kt org.4 jari ke arah kita.
jgn macam ni sume org.
lets purify our heart together.
kita kan satu keluarga.
buat ape bertengkar2 sesama sendiri.

yg buruk datang dari saya sndiri.yang baik sumenye dari ALLAH.
amiin..=)

Allahuakbar!

Posted by: homeworkbanyakjugakni | Sunday, March 30, 2008

Post a comment

NB: Comments are moderated on this weblog.