Sunday, March 30, 2008
Hiatus
Assalamu'alaykum,
Rehat. Ah. Tidak! Rehat apanya lagi?
Bulan April bakal tiba. Bulan yang setentunya paling perit dan 'semacam lama sungguh' nak berlalu. Bulan inilah yang akan dipenuhi dengan jadual-jadual peperiksaan, bulan inilah yang akan dipenuhi dengan pelbagai dugaan dan cabaran yang pastinya menguji iman.
Oh Allah moga Kau kuatkan iman di dada kami semua, amin.
Aku tidak tahu sekiranya ketegangan masih lagi terasa tetapi aku berharap moga-moga ia kendur dahulu. Aku mahu berehat. Aku juga terperasan bahawa sejak akhir-akhir ini, penulisan aku menjadi tajam semacam, dan aku lebih suka menggunakan bahasa Malaysia dalam penulisan aku. Mungkin aku lebih selesa, mungkin aku rasa mesej aku lebih mudah sampai dan difahami oleh kebanyakan yang mengunjungi tempatku ini. Ah, sekiranya Cikgu Salina, Cikgu Rohaiza dan Cikgu Saidah Mamat membaca tulisanku ini, sudah pasti banyak pula salah tatabahasanya dan penggunaan struktur kata. Maaf, cikgu.
Aku mahu menumpukan pula kepada perkara-perkara penting yang perlu didepani ketika ini. Cabaran peperiksaan, cabaran kerja, oh ya, mungkin aku lupa mengkhabarkan, terima kasih tidak terhingga kepada sahabatku fillah Muhaimin, atas usahanya membantuku membuat flash programming presentation sehingga melayakkan program itu dibentangkan di Harvard University oleh Prof. Polley pada 16 April ini.
Bulan ini juga, ialah bulan pengajian terakhir oleh para seniorku yang berwibawa. Sememangya kelak aku bakal merindui cerita-cerita Deni, bahan 'bantuan' mengajar Mud, cakap-cakap Terengganu bersama Reza, sembang masa depan dengan Zul, dan banyak lagi. Tidak lama lagi, tiba giliran aku dan rakan-rakan junior pula. Hm.
Selepas tamatnya semester ini, aku, Baba dan Hasan bercadang untuk mengambil kelas Maymester dengan Prof. Bushra. Belajar berkenaan dunia Arab. Oh, jika ada di kalangan kalian yang berminat, jangan lupa mendaftar. Tamatnya Maymester, pengembaraanku ke Roanoke, VA akan bermula. Mama begitu kurang bersetuju dengan cadanganku untuk memandu ke Roanoke. Berada di sana hampir 2 bulan, dengan berkereta sudah tentu akan memudahkanku dalam banyak perkara. Tambahan pula, tiket penerbangan pergi balik sudah hampir $600++!
Pulang dari Roanoke, insyaAllah Malaysia, tunggulah kepulanganku. Aku memutuskan untuk tidak menyertai 'Ilm Summit oleh AlMaghrib. Aku ingin pulang ke Malaysia, berehat, berjumpa dengan keluarga yang kurindui, bersua dengan rakan taulan.
Sungguh, aku tidak sabar.
Aku berdoa moga-moga cabaran akhir semester ini dapat kita semua tempuhi dengan sabar dan tenang. Aku berdoa moga-moga segala perancangan akan berjalan dengan lancar, dan aku ingat firman Allah di dalam al-Quran "And Allah is the best of the planners."
Setentunya tidak akan ada banyak entri daripada blog ini pada bulan April ini. Namun aku sentiasa mengalu-alukan sebarang cadangan, pendapat dan nasihat daripada pengunjung.
Moga-moga kita semua sentiasa dalam petunjuk dan hidayah daripadaNya.
Peace be on you. Salam.
22:30 Posted in Ideas | Permalink | Comments (11) | Email this
Balasan Umum II
Assalamu'alaykum,
Sememangnya hanya ingin memberi teguran merupakan perkara yang lebih susah untuk dilakukan daripada hanya memerhatikan dan berada dalam keadaan yang sudah sedia ada. Walaupun kita hanya ingin tahu keadaan dan penjelasan sebenar, kelak nanti, orang akan bertanya banyak-banyak perkara. Mana kredibiliti? Mana kelayakan? Mana kedudukan?
Lebih mudah kita hanya duduk di luar memerhati keadaan sekeliling daripada ingin menyatakan sesuatu yang tergerak di hati, ataupun perkara yang mungkin boleh dibaiki terhadap apa yang diperhatikan, bukan?
Sememangnya hujung minggu ini merupakan hujung minggu yang paling berat untuk diri aku sendiri. Teringat kata-kata Daniel, "Aku baca 1 komen balas untuk aku pun dah panas, kau Amar aku tak tahulah."
Ya benar, Daniel. Sememangnya apabila membaca tulisan orang kepada kita agak mendalam kesannya daripada kita bercakap berdepan-depan dengannya. Tulisan memang benar-benar lebih tajam daripada kata-kata. Tetapi aku sudah ingat seawal penulisan aku, bahawa aku sudah bertekad, aku bersedia dan akan menghadapi apa yang akan aku hadapi.
Untuk aku membalas semula (kini sudah ada 30 ulasan), sememangnya bukan perkara yang mudah. Aku perlu duduk bertenang, membaca kembali apa yang telah diutarakan, cuba mencungkil isu apa sebenarnya komen tersebut mahu perkatakan, menginsafi dan mengingati kembali terhadap apakah perkara yang telah aku lakukan, dan berusaha mencari dalil yang benar-benar tepat pada keadaannya.
Aku teringat jawapan guruku semasa kelas Intro to Islam semalam, jawapan yang aku rasa menjadi jawapan untuk tindak balas yang perlu aku lakukan bagi menghadapi cabaran berat ini;
Berkata bapa Nabi Ibrahim, "Do you reject my gods, O Ibrahim? If you stop not (this), I will indeed stone you. So get away from me safely before I punish you."
Jawapan oleh Nabi Ibrahim kepada ayahnya merupakan jawapan guruku terhadap persoalanku, "Ibrahim (Abraham) said: "Peace be on you! I will ask Forgiveness of my Lord for you. Verily! He is unto me, Ever Most Gracious."
Suraa Maryam (19, 46-47)
Jika tindakan aku ini benar-benar semata-mata lillahi ta'ala, insyaAllah moga-moga Allah sentiasa memberi kekuatan, kesabaran, dan keteguhan kepada aku untuk menghadapi cabaran-cabaran yang mendatang.
Aku ingin berehat untuk seketika.
Peace be on you. Salam.
13:15 Posted in Ideas | Permalink | Comments (4) | Email this
Saturday, March 29, 2008
Balasan Umum I
Bismillah,
Assalamu'alaykum,
Alhamdulillahi rabbi 'alameen. Aku memanjat setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah atas nikmat Iman dan Islam yang telah Dia kurniakan kepada aku dan sekalian muslimeen dan muslimaat di atas dunia ini.
Aku membuat komentar berkenaan MSA ini hasil daripada perjumpaan aku dengan penasihat kepada MSA sendiri. Hasan, sahabatku fillah ialah saksinya. Janganlah sesekali menyangkakan bahawa aku sesuka hati sahaja mahu mengkritik jika tiada sebabnya. Aku pada mulanya memanglah tiada sebarang masalah pun dengan MSA dan aku hanyalah ahli biasa sahaja yang sentiasa berusaha terlibat dan menghadiri program anjuran MSA. Akan tetapi luahan hati daripada seorang penasihat organisasi, yang layak dipanggil 'bapa,' benar-benar menjentik minda dan sanubari aku. Aku tidak pernah meminta beliau untuk menceritakan perihal MSA dan sememangnya aku terkejut sungguh dengan apa yang aku dengari daripada luahan hatinya.
Aku pasti sekiranya ramai yang bersama-sama dengan aku dalam perbincangan pada malam itu, pasti memahami perasaan yang aku dan Hasan alami. Aku pasti sekiranya Ena, Ashwaq, fromafar, hello, wiratunggal, Hassan Atassi, hubab, gue, Abdullah, danny-o-frenly, musafir lalu, hatta Ansari di UIUC bersama-sama dengan aku pada malam itu, mendengar kisah sebenar, luahan rasa daripada seorang penasihat MSA terhadap MSA, aku pasti mereka akan menyokong terhadap apa yang aku katakan.
Aku tidak pasti sekiranya masih sempat kepada kepimpinan ketika ini untuk mengambil tindakan ini, tetapi aku berharap kepada kepimpinan akan datang agar mempunyai hubungan yang lebih baik dengan penasihat MSA kita. Tidak perlu aku bercakap banyak tentang kredibiliti yang ada pada penasihat kita. Tidak ramai yang tahu bahawa sebelum ini, penasihat MSA ialah seorang yang bukan Islam. Tetapi adakah kita benar-benar belajar menghargai?
Sebelum aku memulakan balasan, aku sungguh-sungguhnya ingin memohon ampun dan maaf sekiranya komentar aku menghiris hati sesiapa. Aku tiada niat untuk berbuat sedemikian. Justeru maafkan aku atas kesalahan yang tidak disengajakan itu. Aku pasti semua antara kita ini mempunyai kemahuan yang serupa; mahukan yang terbaik untuk MSA kita. Aku tidak pasti sekiranya ada yang berpendapat komen aku hanya untuk merendahkan MSA. Alangkah dangkalnya bagi aku untuk berbuat demikian dan alangkah jumudnya golongan yang berpendapat sedemikian.
Juga, aku ingin berterima kasih atas komentar balas, nasihat serta 'hikmah' yang telah ditunjukkan dalam tulisan-tulisan tersebut. Seperti yang aku tegaskan pada entri yang sebelum-sebelumnya, juga perkara yang menjadi salah satu prinsip aku sendiri, bahawa aku terbuka pada perbincangan pendapat, aku bersedia menerima kritikan, aku bersedia mendengar nasihat dan aku tidak mahu perbincangan berada pada sebelah pihak sahaja. Justeru, aku mengharapkan tindakan yang serupa akan diambil oleh pihak yang ingin berbincang dengan aku, mereka perlu terbuka pada perbincangan pendapat, bersedia menerima kritikan dan bersedia mendengar nasihat.
Aku juga sempat menganalisis beberapa bentuk komen daripada pengunjung. Walaupun artikel aku bertumpukan perkara-perkara yang boleh dibaiki dalam MSA, aku melihat ada perbincangan balas lebih tertumpu kepada peribadi aku pula. Aku berterima kasih atas peringatan, nasihat dan kritikan yang ditujukan kepada aku dan aku menerima dengan seadanya. Cuma, pokok perbincangan ialah perkara-perkara dalam MSA yang boleh dibaiki. Isu itu tidaklah pula dihuraikan secara jelas dan perbincangan tidak akan ke mana-mana.
Bagi aku, aku tidak kisah sekiranya komen itu berbentuk kritikan peribadi, setidak-tidaknya menyedar dan mengingatkan diri aku, tetapi aku lebih suka kepada perbincangan isu yang sebenar kerana aku rasa lebih memberi hasil.
Aku berharap moga-moga percanggahan pendapat kita semua ini tidak sesekali merenggangkan hubungan persahabatan yang terjalin antara kita semua. Seperti yang aku nyatakan di atas, kita semua sebenarnya mempunyai keinginan yang sama, dan kritikan yang diberi bukanlah sesekali bermaksud mahu merendahkan MSA ini. Keinginin dan kemahuan kita yang tertinggi, tentunya untuk mendapat redha daripada Allah.
Akan tetapi, maaf, aku tidak berupaya mendiamkan diri setelah membaca sesetengah komen yang telah dilontarkan. Bukanlah aku bermaksud melenting, bukanlah aku bermaksud ego, tetapi aku perlu menjelaskan beberapa perkara agar tidak timbul sebarang fitnah atas diri aku kelak, juga atas diri rakan-rakan yang sudi berkongsi pendapat. Namun, berikan aku dengan sedikit masa lagi untuk memberi ulasan balas satu persatu.
Nantikan, InsyaAllah.
07:55 Posted in Ideas | Permalink | Comments (14) | Email this
Friday, March 28, 2008
Islamic Awareness Week 2008 - Imam Siraj Wahhaj

Aku memutuskan untuk menulis komentar aku sendiri sekitar ucapan perdana yang disampaikan oleh Imam Siraj Wahhaj tempoh hari. Komentar Hasan aku dapati juga bagus, tapi saja aku mahu berkongsi pada perspektif aku pula.
TETAPI, aku mahu berkomentar berkenaan aspek yang lain. Aku rasa tidak perlu lagi aku menghuraikan apa yang telah diperkatakan oleh Imam Siraj Wahhaj kerana video sudahpun tersiap sedia di atas sana. Untuk menonton ucapan beliau, rajin-rajinkanlah untuk menonton video tersebut.
Sila betulkan aku sekiranya aku ada tersalah dan tersilap:
11:10 Posted in Thoughts | Permalink | Comments (21) | Email this
Wednesday, March 26, 2008
Islamic Awareness Week 2008! Please come!

Download the poster to see more clearly about the details of this program.
Please come! Tell your friends, family and all people that you know for our annual Islamic Awareness Week at Vanderbilt University from Monday March 24 until Friday March 28 2008.
For more information, visit Vanderbilt Muslim Student Association web site.
p/s: Another great poster from Brother Anas Othman. Jazakallah khaer. May Allah reward him for all his hard work.
15:00 Posted in Thoughts | Permalink | Comments (2) | Email this
Islamic Awareness Week 2008 - Conversion Panel
Assalamu'alaykum,
Panelists:
Mr. Nuruddeen Lewis (my big brother)
Mr. Ralf Mueller
Mrs. Suzanne
Date:
Monday, March 24 2008
Location:
Butrick 101, Vanderbilt University, Nashville, TN
Description: Please watch the video to know whole story. Very interesting, MasyaAllah.
p/s: Subhanallah, alangkah hebatnya perjuangan mereka mendapatkan Islam. Alhamdulillah Allah SWT memberi hidayah kepada mereka, alangkah bertuahnya diri mereka. Allahuakbar, moga-moga kita sentiasa diberi kekuatan dan semangat segar seperti yang dimilki oleh mereka ini.
14:55 Posted in Thoughts | Permalink | Comments (0) | Email this
Sunday, March 23, 2008
Help One Another in Righteousness and Piety
Assalamu'alaykum;
Aku menjadi kurang berminat untuk mengutarakan pendapat berkenaan pelantikan Menteri Besar Terengganu yang baru. Aku sebenarnya boleh sahaja berkongsi pendapat, namun setelah mendapati amalan menghormati pendapat masih lagi kurang di kalangan sesetengah masyarakat kita, aku hilang minat. Seolah-olah hanya ada satu pendapat sahaja yang benar dan aku kurang suka dengan keadaan sedemikian. Aku menyukai perbincangan pendapat secara sihat, berdasarkan fakta yang kukuh dan jelas, bukannya berdasarkan infomasi yang belum tentu kebenarannya atau tidak. Itu fitnah namanya.
Biarlah. Tinggalkan isu pelantikan MB Terengganu itu kerana sememangnya aku kurang berminat pada masa ini. Tambahan pula perkara ini diluar kemampuan aku dan aku tidak mampu mengubah apa-apa pun terhadap isu tersebut.
Aku baru pulang dari rumah Dr. Awadh Binhazim. Kali ini aku tidak lagi berseorangan seperti sebelumnya. Aku kini berteman. Teman yang benar-benar aku percayai dan moga-moga terus bersamaku di syurga Firdaus kelak. Ameen. Hasan namanya. Dia ahli baru untuk Olive Tree Education.
Terdapat beberapa perkara menarik yang dibincangkan semasa pertemuan tersebut. Bercerita dengan Dr. Awadh sememangnya mengingatkan aku pada ayahku sendiri. Sememangnya aku merindui kata-kata motivasi yang lahir daripada bibir ayahku, dan apabila mendengar Dr. Awadh berbicara, sedikit sebanyak mengubati rindu kepada ayahku.
Dr. Awadh sebenarnya cukup hairan dengan sikap sesetengah masyarakat Muslim di sini, khususnya pelajar-pelajar di kampus. Dan kehairanan Dr. Awadh itu dikongsi bersama oleh diriku sendiri. Aku cukup hairan melihat bagaimana susahnya untuk sesetengah daripada kita untuk belajar menghargai. Aku juga kadangkalanya sebenarnya berasa cukup kurang senang dengan sikap acuh tak acuh yang ada pada sesetengah orang dalam melibatkan diri dalam kegiatan Islamik di kampus. Contoh mudah aku bawakan, kelas Introduction to Islam.
Mari aku ceritakan satu kisah benar.
23:35 Posted in Ideas | Permalink | Comments (9) | Email this
Thursday, March 20, 2008
Katakan Tidak Kepada Hipokrasi
Saya melihat sejak akhir-akhir ini ramai rakan yang bersemangat bercakap, menulis mahupun berkarya sebagai satu reaksi balas terhadap program-program yang "langsung tiada membawa persefahaman terhadap golongan Muslim" yang dilaksanakan di sekitar kampus. Bermula dengan Ayaan Hirsi Ali, kemudian bangkit pula isu Salman Rushdie, dan kemudian kemunculan Amina Wadud tidak lama lagi.
Sememangnya kita tidak boleh mendiamkan diri sahaja.
Saya amat menghargai pendapat, pandangan, dan juga begitu gembira kerana masih ada rasa sayang dan ambil kira terhadap agama yang kita miliki ini.
Cuma..
Saya tidak mengharapkan perasaan itu bukanlah lahir atas rasa amarah. Tetapi, biarlah benar-benar lahir atas rasa keimanan dan ketakwaan kepada Allah. Apalah gunanya berapi-api kita menulis, mempertahankan kesucian agama ini, namun solat kita entah ke mana, perhubungan kita dengan Allah entah ke mana, pergaulan kita sesama manusia entah ke mana.
Cakap atau menulis memang senang, alangkah indahnya jika kita dapat melaksanakannya.
Marilah sama-sama kita memperbaik diri kita, dalam pada masa yang sama, meneruskan usaha mempertahankan agama suci ini daripada dicemari. Kadangkala kita sibuk mengkritik orang yang mencemari agama, namun kita tidak menyedari, bahawa kita sendiri mencemari agama ini dengan perbuatan-perbuatan yang ditegah dalam agama.
"Hai orang-orang yang beriman, mengapa kamu menyatakan apa yang tidak kamu perbuat? Amat besar kebencian di sisi Allah bahwa kamu mengatakan apa-apa yang tiada kamu kerjakan." (Ash-shaff: 2-3)
18:35 Posted in Ideas | Permalink | Comments (12) | Email this
Wednesday, March 19, 2008
Introduction to Islam 2006 - Superb Quality
Assalamu'alaykum,
I managed to upload the class video for Introduction to Islam by Olive Tree Education which was recorded in 2006. I can see brother Mus'ab in the video. That was the first class of the semester and the quality of the video, MasyaAllah was very good. Jazakallah khaer to brother Hamza for producing such a high quality video.
If you wish to see some more videos and MP3 from Olive Tree Education, visit our official web site.
03:05 Posted in Thoughts | Permalink | Comments (0) | Email this
Tuesday, March 18, 2008
Oo Allah..
It was around 1130 p.m. and I was studying at Lewis House when I received a sms from papa.
"Acik papa jadi xxxx"
It was like a big blow in my head. I was speechless.
23:55 Posted in Ideas | Permalink | Comments (1) | Email this

