« Lembaga MSA: Gabungan Muka Baru dan Lama | HomePage | Graduation Day! Tahniah! »

Monday, April 21, 2008

Graduation Day! Tahniah!

3bcbb7cfb27fd6b688af0568206898cd.jpg
Assalamu'alaykum,

"There is no envy except in two: a person whom Allah has given wealth and he spends it in the right way, and a person whom Allah has given wisdom (i.e. religious knowledge) and he gives his decisions accordingly and teaches it to the others."

From Sahih Bukhari (Book #24, Hadith #490)

Alhamdulillah!

Segala puji bagi Allah. Akhirnya selamat sudah kelas Islamic faith and Moral Codes yang dianjurkan oleh Olive Tree Education bagi semester Spring 2008. Syukur alhamdulillah, seramai 34 pelajar selamat menjalani kelas ini dengan jayanya, InsyaAllah. Pada mulanya, pada hari pertama kelas lebih 50 pelajar mendaftarkan diri, tetapi pada akhirnya hanya 34 pelajar yang kekal dan semua ini sememangnya ada hikmah yang tersendiri. Sesungguhnya Allah itu sebaik-baik perancang.

Sesungguhnya hati aku berasa begitu gembira dan puas kerana ini ialah kali kedua aku menguruskan kelas ini. Kali pertama ialah pada tahun lepas, dan aku berasa cukup gembira kerana diberi peluang untuk mempelajari banyak perkara - mengendalikan kelas seramai 30-50 orang bukannya mudah, tetapi Alhamdulillah, aku benar-benar menyukai tugasan dan amanah yang diberikan oleh Olive Tree Education kepada diriku, tambahan pula dengan adanya Hasan yang baru sahaja menyertai kami di Olive Tree Education, sememangya membantu menyemarakkan lagi semangat dan usahaku dalam kegiatan ini. Setidak-tidakpun, ada juga saingan untuk 'berlumba-lumba' =)

Mungkin aku tidak petah berbicara bagi membolehkanku berdakwah atau menyampaikan pengajian Islam secara terbuka.

Mungkin aku bukanlah contoh terbaik dalam menunjukkan peribadi mulia sebagai seorang Muslim.

Tetapi inilah caraku!
a18244be9e9f50e16eef0807a1ddc392.jpg

Tetapi beginilah caraku untuk berdakwah; membantu mereka yang menjadi teras dalam usaha menyebarkan kebenaran. Siapa tahu, hanya dengan usaha kita mengepilkan kertas-kertas nota untuk kelas itu, telah membantu pelajar khususnya yang bukan Islam dalam usaha memahami apakah itu Islam? Siapa tahu, dengan hanya usaha kita menampal poster berkaitan program Islam, atau kelas pengenalan Islam, dengan izin Allah membuka hati pelajar yang bukan Islam untuk mendaftar, seterusnya mempelajari dengan lebih mendalam apakah itu Islam?

Subhanallah, begitu banyak sekali sebenarnya cara untuk kita berdakwah, bukan? Bukan hanya sekadar bercakap, malah tindak tanduk kita, perangai kita, malah usaha kita ke arah memanifestasikan kebenaran Islam itu sebenarnya pelbagai. Terpulang sahaja kepada kita sama ada ingin terlibat dalam usaha ini atau tidak.

Banyak perkara yang telah aku tempuhi semasa mengendalikan kelas ini. Ingin sekali aku berkongsi agar sama-sama kita berkongsi pengalaman antara satu sama lain dan belajar daripada satu sama lain. Bermula daripada menguruskan publisiti, aku ditugaskan untuk membuat poster, menyambut dan membuat panggilan telefon, membalas dan menghantar emel, dan juga cuba menarik ramai pelajar untuk menyertai program ini. Biasalah, ada yang menerimanya, ada juga yang menolaknya.

Tetapi apa yang lebih menarik perhatian aku ialah sikap istiqamah, sememangnya aku sendiri juga terkalah pada sikap istiqamah ini, tetapi apabila melihat orang-orang yang terlibat dalam usaha dakwah ini, seperti Dr. Awadh dan Nuruddeen, juga daripada pelajar yang bersemangat menghadiri kelas ini, Mr. Bishop dan isterinya, Sister Qazi, Sister Aaliyah, juga rakan-rakan Melayu, Hasan, Dayana, Arep, Baba, Awatif, Naziha, Azni, Alia, Oya, oh dan ramai lagi maaflah tak muat aku nak sebut semua sekali, membuatkan aku lebih berazam untuk bekerja kuat. Ya Allah, semoga Engkau jauhi diriku daripada sikap mudah berputus asa.
ab150a697f2d6ed934e12fb23c81c30d.jpg

Aku ingin mencadangkan agar Olive Tree Education merekrut 2-3 ahli lagi bagi membantu usaha publisiti kami. Kepada yang berminat, jangan malu-malu untuk menghubungi kami, insyaAllah sama-sama kita membantu antara satu sama lain.

Akhir kata, sekali lagi aku ingin memanjatkan setinggi-tinggi rasa syukur kepada Allah atas kejayaan ini, dan aku mendoakan semoga usaha kami ini diberkati dan diredhai olehNYa, InsyaAllah, dan moga-moga segala ilmu yang dipelajari dapat diamalkan, untuk digunakan sebagai panduan pada masa hadapan, InsyaAllah, ameen.

Peace be upon you. Salam.

Comments

teruskan perjuanganmu sahabat!

berjuang demi Allah, bahagialah hati walau payah kerana itulah jalan ke Jannah!
semoga istiqomah selalu dengan jalan yang dipilih..ameen..
all da best!

Posted by: syauqah wardah | Tuesday, April 22, 2008

dimanakah muhaimin????

hahahahahahaahahahahahahahahahahahahahahahahaahahahahahahahaha

Posted by: syamir | Tuesday, April 22, 2008

oh tapi sangat lah malu bila ilmu lagi cetek dari yg bukan muslim. isk isk.

Posted by: shrimp | Thursday, April 24, 2008

thanks..u remind me about something i merely forget

Posted by: shida | Wednesday, May 07, 2008

assalamualikum...

Posted by: syauqah_wardah | Saturday, November 15, 2008

Post a comment