Monday, April 28, 2008

Summer.. Summer.. Summer..

1. Already registered for MAS-ICNA Convention in Hartford, CT. I have never been to Connecticut before, but InsyaAllah, hopefully everything will be fine, ameen. The convention will be on July 4-6, InsyaAllah. This years' event will focus on Islam and its' message of peace and happiness. Syeikh Yasir Qadhi, Imam Siraj Wahaaj, Yusuf Estes are among the speakers. See the list of speakers here. I was thinking to drive to Hartford, but man, after finding out that it will take approximately 16 HOURS, no way! I have to go to work during weekdays, so take a flight will be my only option. The price is quite reasonable actually. Plus discount on hotels too.

So, anyone who wants to join me, please register as early as possible because they are having a discount 15% off for registration fees. ($50.00 for student, $42.50 after discount). Hurry up!

2. Already registered for AlMaghrib class. Subhanallah maybe I am having "Yasir Qadhi Syndrome"? There will be 2 series of lectures with him during the summer, and no way I want to miss both of them. The first one will be in Atlanta, GA (May 7-9) and the second one will be in Chicago, IL (July 11-13).

3. I am planning to go to Knoxville this Friday, InsyaAllah. Syeikh AbdulBary Yahya will be there! I already book a rent car (yeah, nearly 21 ya'll, hehe) and the price is quite reasonable (again, alhamdulillah). Will be off to Knoxville after Jum'ah because his first lecture will start at 6.45 p.m. It takes approximately 3 hours to go there, so after Jum'ah is a good timing, InsyaAllah.

So that's that for the summer plans so far, and I'm still fighting with the finals. I have 3 more papers left and after that, I'm done, InsyaAllah.

Please make du'a for me and for all my friends, InsyaAllah. Oklah, got to go back to study.

Peace be upon you. Salam.

01:25 Posted in Journey | Permalink | Comments (1) | Email this

Thursday, April 24, 2008

New Pearl, InsyaAllah

Assalamu'alaykum;

I just received this email from Brother Ahmed Ragab this morning.

To welcome our new Imam, Sheikh Ossama Mohamed Bahloul. Masjed Al-Iman, the Islamic Center of Murfreesboro, will be having a dinner at 6pm sharp on Sunday, April 27, 2008. Everyone is invited. There will be a lecture by Sheikh Osama after Maghrib prayer at 7:30pm until Isha prayer.

Sheikh Ossama is an Islamic Scholar with a Master’s Degree from Al-Azhar University in Cairo. He is planning a schedule including, insha'Allah:

- Family dinner - 1st Sunday of every month beginning in June
- Daily small lecture after Isha prayer.
- Weekly classes for women: one by Arabic and one by English
- Classes for new converts
- Classes for the youth
- Weekly Seera lecture - biography of prophet
- Weekly Fiqh lecture - knowledge of Islam
- Tajweed - correct recitation of Qur’an
- Weekly Fatwa session - answering questions according to Islam
- Every Saturday there will be a Maqra'ah - recitation and lecture for Men from Fajr until Sunrise, make Duha prayer - 2 rakat, then eat breakfast together (bring covered dish) beginning May 26th.
- Establishing Men’s soccer teams for the Masjed and playing soccer on weekly basis with other teams.

The Address of Masjed Al Iman is:

862 Middle Tennessee Blvd.
Murfreesboro, TN 37129
(615) 890 1551

Ahmed Ragab
Masjed Al-Iman President

Subhanallah, Alhamdulillah. Although Masjid Al Imam is located quite a far from campus, InsyaAllah I will try to participate in the programs, especially with the Maqra'ah, and the soccer team as well. It's certainly that I will be here for the summer, InsyaAllah.

17:35 Posted in Thoughts | Permalink | Comments (0) | Email this

Wednesday, April 23, 2008

Good Luck!

Assalamu'alaykum;

Suatu petang di lab computer setelah kepenatan membuat project EE280.

Demam peperiksaan akhir sudah bermula. Oh, terkecuali kepada pelajar senior yang hanya menunggu saat-saat indah (mungkin?) iaitu hari graduasi. Commencement akan berlangsung pada March 9 2008. Kerusi untuk majlis itu sudah tersusun dengan rapinya di Alumni Lawn itu, berhadapan dengan Tolman Hall tempat tinggalkan. Wah, melihat kerusi yang tersusun penuh itu membuatkan aku menjadi lebih tidak sabar-sabar untuk menamatkan pengajian pada tahun hadapan, InsyaAllah.

Spring Semester 2008 bakal melabuhkan tirainya tidak lama lagi, dan bermulalah Summer Semester pula. Aku berkemungkinan besar akan berada di Nashville pada summer tahun ini. Aku ada mendapat tawaran untuk menyertai Innovation Challenge Program sebagai Intern di Roanoke College, VA. Tetapi pada masa yang sama Prof. Dan juga menawarkan kepada aku untuk terus berada di labnya pada musim panas ini. Aku telahpun bekerja dengannya sebagai Data Analyst di Department of Hearing and Speech Sciences itu sejak awal March lagi dan alhamdulillah aku menyukai suasana persekitaran kerja itu. Agak sukar sebenarnya untuk membuat pilihan, tetapi buat masa ini, hati aku berat kepada Prof. Dan.

Sekiranya aku berada di sini pada musim panas, wah, banyak betul perkara yang boleh dilakukan, InsyaAllah. Pertamanya tentulah aku bercadang untuk menghadiri kelas AlMaghrib di Atlanta, GA, yang akan diajar oleh Syeikh Yasir Qadhi pada 9-11 May ini. Sungguh tidak sabar rasanya. Kemudian adalah 2-3 kelas lagi yang akan diadakan sepanjang musim panas ini yang insyaAllah, sekiranya tiada halangan, akan cuba aku hadiri.

Sekitar July 27, insyaAllah aku akan berangkat pulang ke Malaysia, berehat. Wah, semenangnya itulah saat yang sukar lagi ditahan-tahan. Aku kerinduan betul kepada keluarga. InsyaAllah panjang umur kita akan bersua. Aku sudahpun memaklumkan kepada Prof. Dan untuk pulang pada akhir musim panas ini dan dia pun tidak memberi sebarang halangan.

Oh, maaf aku perlu berhenti. Project perlu diteruskan. Arif sudah menjeling-jeling.

Peace be upon you. Salam.

18:40 Posted in Journey | Permalink | Comments (0) | Email this

Monday, April 21, 2008

Graduation Day! Tahniah!

3bcbb7cfb27fd6b688af0568206898cd.jpg
Assalamu'alaykum,

"There is no envy except in two: a person whom Allah has given wealth and he spends it in the right way, and a person whom Allah has given wisdom (i.e. religious knowledge) and he gives his decisions accordingly and teaches it to the others."

From Sahih Bukhari (Book #24, Hadith #490)

Alhamdulillah!

Segala puji bagi Allah. Akhirnya selamat sudah kelas Islamic faith and Moral Codes yang dianjurkan oleh Olive Tree Education bagi semester Spring 2008. Syukur alhamdulillah, seramai 34 pelajar selamat menjalani kelas ini dengan jayanya, InsyaAllah. Pada mulanya, pada hari pertama kelas lebih 50 pelajar mendaftarkan diri, tetapi pada akhirnya hanya 34 pelajar yang kekal dan semua ini sememangnya ada hikmah yang tersendiri. Sesungguhnya Allah itu sebaik-baik perancang.

Sesungguhnya hati aku berasa begitu gembira dan puas kerana ini ialah kali kedua aku menguruskan kelas ini. Kali pertama ialah pada tahun lepas, dan aku berasa cukup gembira kerana diberi peluang untuk mempelajari banyak perkara - mengendalikan kelas seramai 30-50 orang bukannya mudah, tetapi Alhamdulillah, aku benar-benar menyukai tugasan dan amanah yang diberikan oleh Olive Tree Education kepada diriku, tambahan pula dengan adanya Hasan yang baru sahaja menyertai kami di Olive Tree Education, sememangya membantu menyemarakkan lagi semangat dan usahaku dalam kegiatan ini. Setidak-tidakpun, ada juga saingan untuk 'berlumba-lumba' =)

Mungkin aku tidak petah berbicara bagi membolehkanku berdakwah atau menyampaikan pengajian Islam secara terbuka.

Mungkin aku bukanlah contoh terbaik dalam menunjukkan peribadi mulia sebagai seorang Muslim.

Tetapi inilah caraku!
a18244be9e9f50e16eef0807a1ddc392.jpg

Tetapi beginilah caraku untuk berdakwah; membantu mereka yang menjadi teras dalam usaha menyebarkan kebenaran. Siapa tahu, hanya dengan usaha kita mengepilkan kertas-kertas nota untuk kelas itu, telah membantu pelajar khususnya yang bukan Islam dalam usaha memahami apakah itu Islam? Siapa tahu, dengan hanya usaha kita menampal poster berkaitan program Islam, atau kelas pengenalan Islam, dengan izin Allah membuka hati pelajar yang bukan Islam untuk mendaftar, seterusnya mempelajari dengan lebih mendalam apakah itu Islam?

Subhanallah, begitu banyak sekali sebenarnya cara untuk kita berdakwah, bukan? Bukan hanya sekadar bercakap, malah tindak tanduk kita, perangai kita, malah usaha kita ke arah memanifestasikan kebenaran Islam itu sebenarnya pelbagai. Terpulang sahaja kepada kita sama ada ingin terlibat dalam usaha ini atau tidak.

Banyak perkara yang telah aku tempuhi semasa mengendalikan kelas ini. Ingin sekali aku berkongsi agar sama-sama kita berkongsi pengalaman antara satu sama lain dan belajar daripada satu sama lain. Bermula daripada menguruskan publisiti, aku ditugaskan untuk membuat poster, menyambut dan membuat panggilan telefon, membalas dan menghantar emel, dan juga cuba menarik ramai pelajar untuk menyertai program ini. Biasalah, ada yang menerimanya, ada juga yang menolaknya.

Tetapi apa yang lebih menarik perhatian aku ialah sikap istiqamah, sememangnya aku sendiri juga terkalah pada sikap istiqamah ini, tetapi apabila melihat orang-orang yang terlibat dalam usaha dakwah ini, seperti Dr. Awadh dan Nuruddeen, juga daripada pelajar yang bersemangat menghadiri kelas ini, Mr. Bishop dan isterinya, Sister Qazi, Sister Aaliyah, juga rakan-rakan Melayu, Hasan, Dayana, Arep, Baba, Awatif, Naziha, Azni, Alia, Oya, oh dan ramai lagi maaflah tak muat aku nak sebut semua sekali, membuatkan aku lebih berazam untuk bekerja kuat. Ya Allah, semoga Engkau jauhi diriku daripada sikap mudah berputus asa.
ab150a697f2d6ed934e12fb23c81c30d.jpg

Aku ingin mencadangkan agar Olive Tree Education merekrut 2-3 ahli lagi bagi membantu usaha publisiti kami. Kepada yang berminat, jangan malu-malu untuk menghubungi kami, insyaAllah sama-sama kita membantu antara satu sama lain.

Akhir kata, sekali lagi aku ingin memanjatkan setinggi-tinggi rasa syukur kepada Allah atas kejayaan ini, dan aku mendoakan semoga usaha kami ini diberkati dan diredhai olehNYa, InsyaAllah, dan moga-moga segala ilmu yang dipelajari dapat diamalkan, untuk digunakan sebagai panduan pada masa hadapan, InsyaAllah, ameen.

Peace be upon you. Salam.

Friday, April 18, 2008

Lembaga MSA: Gabungan Muka Baru dan Lama

Assalamu'alaykum;

Alhamdulillah, hari pengundian dan pemilihan bagi jawatankuasa baru Vanderbilt Muslim Student Association bagi sesi 2008/2009 berjalan dengan lancar pada April 10 2008. Begitu ramai pelajar yang hadir pada acara tersebut. Alhamdulillah, terima kasih tidak terhingga aku ucapkan kepada para pelajar yang sudi meluangkan masa hadir pada pertemuan cukup penting, bersejarah dan menjadi titik perubahan MSA Vanderbilt kali ini.

Sejarah menceritakan bahawa suatu ketika dahulu selepas berakhirnya era pelajar-pelajar Sarjana dari Arab Saudi memegang kepimpinan MSA dengan penuh berjaya alhamdulillah, sungguh kurang pelajar yang berminat dengan pentadbiran MSA. Malah ahli yang ada perlu merayu agar terlibat dalam pemilihan MSA kerana ketika itu calon yang ingin bertanding sungguh sedikit dan kurang.

Maka bermulalah era 'kitaran semula.'

Alhamdulillah, senario itu berubah pada tahun ini. Sudah ramai yang mengambil berat terhadap persatuan pelajar Muslim ini. Sudah ramai yang berasa mereka layak untuk diberi peluang memegang amanah, meneruskan perjalanan program Islam di kampus ini. Sudah ramai yang 'celik mata' bukan lagi buta selaku saksi terhadap prestasi MSA ini.

Penuh Butrick 202 pada malam itu. Terima kasih kepada yang sudi hadir. Seperti yang sudah aku tekankan berkali-kali, anda, ya, anda yang memahami bahasa tulisan aku ini, anda yang belajar di Vanderbilt, yang mengaku bahawa hanya Allah Tuhan yang disembah, dan Muhammad itu pesuruhNya, telah layak secara total untuk menjadi ahli MSA. MSA milik anda, bukan milik aku, Hasan, Baba, Nuruddeen dan lain-lain. Undi yang anda keluarkan amat penting dan berharga, siapa tahu, dengan undi anda itu, kepimpinan MSA dapat menggiatkan program Islam di kampus, kemudian ada yang bukan Islam tiba-tiba tertarik dengan program tersebut, dan dengan hidayah Allah, menerima Islam? Bukankah ada juga sedikit saham kita?

Bukankah untung besar namanya itu?

Usaha menyebarkan dakwah itu pelbagai. (Juga, nantikan entri aku selepas ini kerana aku mahu menerangkan suatu perkara berkaitan topik ini.)

7 daripada 11 nama yang aku kemukakan alhamdulillah dengan izin Allah, diberi kepercayaan untuk memegang kepimpinan MSA. Aku juga tidak menyangka ada bakat baru sebenarnya dalam MSA ini yang rupa-rupanya diam-diam ubi berisi.

Aku sendiri telah diberi amanah oleh pelajar Muslim yang hadir mengundi pada malam itu untuk menjaga hal ehwal dakwah di kampus - Da'wah Chair. Sesungguhnya aku benar-benar teruja dengan amanah yang diberikan kepadaku ini. Subhanallah, aku benar-benar berasakan, InsyaAllah aku mampu menjaga amanah ini dengan baik. Benar. Aku semacam rasa cocok dengan posisi ini. Aku sungguh-sungguh meminati dunia dakwah, dan pelantikan ini, sememangnya menyemarakkan lagi semangat, usaha, dan minat aku selama ini.

Sejak mula menjejakkan kaki ke Vanderbilt ini, aku sudah menyimpan keinginan untuk menyertai program-program perbincangan dan perbandingan agama, mengunjungi rumah-rumah ibadah bagi agama lain yang tidak pernah selama ini aku lakukan ketika di Malaysia untuk menerangkan berkenaan Islam, serta berusaha memaksimukan diri aku untuk terlibat dalam kegiatan menyebarkan pengetahuan berkaitan Islam.

Islam itu, pada pandangan kebanyakan bukan Islam, ialah Timur Tengah.

Islam itu, pada pandangan kebanyakan bukan Islam, ialah penindasan kepada wanita.

Islam itu, pada pandangan kebanyakan bukan Islam, ialah 9/11.

Islam itu, pada pandangan kebanyakan bukan Islam, ialah keganasan.

Terima kasih CNN, terima kasih Fox News, terima kasih.

Namun itu bukanlah halangan untuk kita menyampaikan perkara yang benar. Aku tertarik dengan kata-kata Yasser Arafat dalam ucapannya di Islamic Center of Nashville pada minggu lepas, Islam itu sudah terbukti benar, dan mengapa perlu takut untuk menyampaikan kebenaran? Yang benar tetap benar.

Aku sudah memulakan tugasan sebagai Da'wah Chair MSA yang baru. Sekiranya anda berpendapat bahawa aku boleh membantu anda menyalurkan idea berkaitan program MSA, silalah beritahu aku, ya. InsyaAllah, mari kita sama-sama berusaha menjalankan kegiatan dakwah. Tugas dakwah ini bukan hanya terletak pada diri aku semata-mata, malah kepada anda semua. Kita sepatutnya memiliki senaskah terjemahan Al-Qur'an, jadi sekiranya ada saja yang bertanya tentang Islam, hulur saja terjemahan Al-Qur'an itu, insyaAllah mudah-mudahan mereka diberi hidayah oleh Allah.

Di sini aku sertakan senarai penuh kepimpinan MSA bagi sesi 2008/2009.

Dr. Awadh Amir Binhazim- Adviser
abinhazim@mmc.edu

Hassan Atassi-President
hassan.atassi@vanderbilt.edu

Mohsinah Usmani- Vice President
mohsinah.usmani@vanderbilt.edu

Hana Nasr- Secretary
hana.m.nasr@vaderbilt.edu

Nadia Ansari- Treasurer
nadia.s.ansari@vanderbilt.edu

Khairul Amar Razali- Da'wah Chair
khairul.a.razali@vanderbilt.edu 615.579.1943

Imran Huda- Webmaster
imran.huda@vanderbilt.edu

Mohammad Muhaimin Aminuddin- Webmaster
mohammad.muhaimin.aminuddin@vanderbilt.edu

Neelam Khan-Publicity Chair
neelam.khan@vanderebilt.edu

Hubab Al Munzir Asmawi- Publicity Chair
hubab.a.asmawi@vanderbilt.edu

Ali Siddiqui- Social Chair
ali.a.siddiqui@vanderbilt.edu

Muhammad Rizwan Rozlan- Social Chair
muhammad.r.rozlam@vanderbilt.edu

Nur Izzati Iliyes- Social Chair
nur.izzati.iliyes@vanderbilt.edu

Nur Dayana Abd Rahman- Social Chair
nur.dayana.abd.rahman@vanderbilt.edu

Yasmin Nuru- Community Service Chair
y.nuru@vanderbilt.edu

Atif Choudhury- Community Service Chair
atif.a.choudhury@vanderbilt.edu

Aku berikrar untuk bekerja kuat dengan MSA, InsyaAllah. Aku akan berusaha untuk mengotakan apa yang telah aku katakan, dan aku mahu anda semua sama-sama, saling membantu untuk membangunkan MSA, dan sama-sama kita berdoa semoga Allah sentiasa membantu kita, dan semoga Allah memberi kejayaan kepada MSA sebagai platform menyuburkan kefahaman Islam di kampus ini, Ameen.

Peace be upon you. Salam.

17:55 Posted in Thoughts | Permalink | Comments (3) | Email this

Sunday, April 06, 2008

Imam Musa Azam at Vanderbilt, April 5 2008

Assalamu'alaykum;

This lecture was given by Imam Musa Azam, the Director of Co'ordinator of ICNA (Islamic Circle of North America), former Director of Religious Affairs of ICNA. Part 1 entitled Muslims in America: Challenges and Opportunities and the 2nd part was about Saving our Youth from Trials and Turmoil of Our Time.

Part 1: Muslims in America: Challenges and Opportunities



Part 2: Saving our Youth from Trials and Turmoil of Our Time

03:55 Posted in Thoughts | Permalink | Comments (0) | Email this

Masa Perubahan Telah Tiba! Peluang di Tangan Kita!

Bismillah,

Assalamu'alaykum,

Firman Allah dalam surah Ali 'Imran ayat 114 bermaksud: "Mereka beriman kepada Allah dan hari Akhirat, mereka menyuruh kepada yang ma'ruf, dan mencegah dari yang mungkar dan bersegera kepada (mengerjakan) pelbagai kebajikan; mereka itu termasuk orang yang soleh."

Firman Allah dalam ayat 133 surah Ali 'Imran pula Allah menyatakan yang maksudnya: "Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu dan kepada syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang yang bertakwa."

Jika diizinkan, aku mahu semua pelajar Melayu di Vanderbilt membaca tulisan aku ini. Ada perkara penting yang ingin aku sampaikan.

Aku percaya ramai yang maklum bahawa Vanderbilt Muslim Student Association akan mengadakan pemilihan jawatankuasa yang baru pada hari Khamis ini, April 10 2008 bagi sesi 2008/2009. Masa dan tempat pula bagi mesyuarat tersebut akan dimaklumkan kemudian. Subhanallah, masanya sudah tiba! Masa untuk perubahan ke arah penambah baikan sudah tiba. Moga-moga Allah meletakkan orang-orang yang benar-benar layak pada tempatnya.

Say Ameen!

Aku berharap benar moga-moga lebih banyak wajah-wajah baru yang akan berada dalam barisan kepimpinan MSA kelak. Secara umumnya aku berharap agar kepimpinan baru kelak mempunyai fikrah yang sama, keinginan yang sama iaitu untuk mencari keredhaan Allah, to please Allah. MSA bukanlah satu organisasi parti. MSA ialah wadah, platform, landasan untuk kegiatan dakwah. Di sini ingin aku mengumumkan secara terbuka individu-individu yang aku harapkan akan berada di dalam barisan kepimpinan MSA nanti. Aku berdoa dan bertawakal sepenuhnya kepada Allah agar individu pilihan aku ini tepat pada posisinya.

1. Nuruddeen Lewis (Belum membuat keputusan)
Siapa tidak kenal akan Nuruddeen? Subhanallah, dengan izin Allah, Nurudden ialah seorang pemuda yang mempunyai minat yang sungguh mendalam terhadap Islam. Aku ingin mencadangkan agar Nuruddeen berada dalam senarai kepimpinan MSA. Aku mendapat berita daripada rakan-rakan bahawa Nuruddeen menolak untuk posisi presiden, justeru aku mahu menyatakan sokongan penuh 100% kepada Nuruddeen Lewis untuk menjadi vice president. Tahun hadapan merupakan tahun akhir bagi beliau untuk pengajian PhD. Justeru aku benar-benar berharap agar MSA dapat mengoptimumkan kehadiran beliau dalam kepimpinan MSA.

2. Nur Dayana Abdul Rahman (Belum membuat keputusan)

Siapa tidak kenal akan kerajinan Dayana? Dengan izin Allah, aku secara terus-terang sungguh kagum akan kerajinan dan komitmen yang ditunjukkan oleh beliau. Aku percaya bahawa beliau ialah aset sungguh berharga yang tidak boleh dipersiakan begitu saja. Aku ingin mencadangkan agar Dayana menjadi Secretary for MSA. Aku tidak dapat memikirkan orang lain lagi yang mampu mengisi posisi tersebut setelah dibuktikan kerajinan, kesungguhan dan konsisten daripada Dayana.

3. Nazirah Mohd Khairi (Belum membuat keputusan)
Dengan izin Allah, aku percaya bahawa beliau ialah sebutir lagi mutiara yang tidak boleh dilepaskan. Seperti Dayana, aku kagum dengan Nazirah atas dedikasi dan semangat beliau terhadap kerja-kerja dakwah. Beliau juga merupakan Ameerah untuk HELWA MISG ketika ini. Namun aku percaya bahawa beliau tidak akan terkalah dengan semangat, keinginan dan juga kerja ke arah Islam. Aku ingin mencadangkan agar Nazirah mengisi posisi Treasurer, posisi yang dikosongkan oleh mentor beliau alhamdulillah, Azreena.

4. Mohammad Muhaimin Aminuddin (Bersetuju & bersedia untuk bertanding)
Dengan izin Allah, Muhaimin dikurniakan bakat yang tinggi dalam bidang programming. Aku percaya bahawa beliau ialah orang yang paling layak dengan izin Allah mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Anas. Aku mencadangkan agar Muhaimin diletakkan pada posisi Webmaster MSA. Dengan bakat dan pengetahuan yang dimiliki oleh beliau, aku berdoa moga-moga kerja cemerlang Anas akan dapat diteruskan, InsyaAllah.

5. Hassan Attasi

Aku kagum dengan komitmen saudara Hassan Attasi sebagai pemegang Da'wah Chair pada semester ini. Justeru, aku ingin mencadangkan agar Hassan Attasi terus memegang kedudukan Da'wah Chair MSA. Alhamdullilah, beliau seorang pemuda yang bersemangat dalam kerja-kerja dakwah dan Islam, juga seorang yang cukup professional dalam kerja-kerjanya. MSA memerlukan pemuda seperti Hassan untuk menggiatkan program-program dakwah di Vanderbilt ini. Aku percaya bahawa pengalaman selama setahun menjadi Da'wah Chair MSA, akan banyak membantu beliau dalam usaha-usaha dan program-program dakwah di kampus pada masa seterusnya.

6. Yasmin N Nuru
Aku rasa kita semua hampir setiap minggu mendapat email daripada beliau berkenaan tutoring di Islamic School. Dengan izin Allah, aku percaya bahawa beliau ialah orang yang paling tepat untuk posisi Community Service Chair MSA. Alhamdulillah, aku kagum dengan komitmen yang ditunjukkan oleh beliau dan aku berharap agar beliau akan diberikan amanah untuk posisi tersebut agar program-program seperti tutoring at Islamic School dan Habitat for Humanity dapat terus dilakukan.

7. Ameerah Abdalla Elsamadicy

Aku rasa sudah ramai ahli MSA kenal akan siapa diri beliau ini. Tidak dapat diragui komitmen dan kesungguhan beliau dalam program-program MSA. Begitu aktif dan aku berharap agar beliau terus bersama dengan MSA, InsyaAllah. Dengan izin Allah aku ingin mencadangkan agar Ameerah diletakkan pada posisi Community Service Chair MSA. Gandingan komitmen beliau dan pengalaman Sister Yasmin, moga-moga menjadi kombinasi terbaik bagi MSA pada posisi tersebut.

8. Muhammad Rizwan Rozlan (Bersetuju & bersedia untuk bertanding)

Orang yang mudah kita panggil sebagai Baba ini, dengan izin Allah, siapa tidak kenal akan pengaruh kuatnya dalam komuniti Melayu di Vanderbilt ini. Salah seorang tulang belakang MSAV pada semester yang lalu. Pengalaman, pengaruh dan pengetahuan luas beliau amat diperlukan oleh MSA. Aku ingin mencadangkan agar Baba diamanahkan menjadi Sosial Chair MSA. Dengan sifat beliau yang mudah didekati, insyaAllah moga-moga beliau dapat membantu ke arah mengajak lebih ramai golongan Muslim di kampus, lebih-lebih lagi golongan pelajar Melayu untuk terlibat dalam kegiatan MSA.

9. Faris Arab
Maaf, aku tidak tahu nama penuh beliau tetapi beliau ialah pemuda yang aku kagumi pada semangat dan cintanya kepada Islam, InsyaAllah walhamdulillah. Aku ingin benar untuk melihat lebih ramai pelajar daripada Timur Tengah untuk terlibat dalam kegiatan dan program MSA, dan Faris merupakan calon yang ideal. Aku mencadangkan agar Faris diletakkan juga sebagai Sosial Chair MSA. Pengaruh yang beliau miliki terhadap pelajar dari Timur Tengah diharapkan akan mengundang lebih banyak perlibatan mereka dalam program anjuran MSA. Gandingan mantap oleh pelajar Melayu dan pelajar Timur Tengah setentunya akan mewarnai MSA, InsyaAllah.

10. Hubab Al Munzir Asmawi (Bersetuju & bersedia untuk bertanding)

Orang yang telah aku kenali sedari sekolah menengah. Alhamdulillah, Hubab ialah seorang yang sangat boleh dipercayai, InsyaAllah. Beliau juga memiliki semangat dan keinginan yang tinggi terhadap Islam. Dengan izin Allah, aku ingin benar melihat beliau menjadi Publicity Chair MSA. Sebagai seorang yang senang didekati dan begitu peramah, aku percaya dengan izin Allah, Hubab akan mampu mengambil peranan menyebar luaskan program-program dan aktiviti MSA. Publisitilah merupakan agenda yang paling perlu ditekankan. Aku percaya dan berdoa kepada Allah agar jika diizinkan, Hubab mampu menjalankan tugas yang diberikan dengan baik, InsyaAllah.

11. Abdullah Zainal Abidin (Bersetuju & bersedia untuk bertanding)
Aku cukup selesa jika berada di sekeliling Abdullah. Abdullah juga Alhamdulillah, dengan izin Allah memiliki semangat, kemahuan dan gerak kerja terhadap Islam. Aku ingin mencadangkan Abdullah untuk bergandingan dengan Hubab bagi kedudukan Publicity Chair MSA. Aku berdoa dengan pengalaman, pengetahuan, dan semangat terhadap Islam, moga-moga Abdullah dan Hubab bakal 'meletupkan' program dan aktiviti MSA di Vanderbilt ini, InsyaAllah.

***

Sedar atau tidak?

1. Jika anda menyedari, hampir 85% dalam barisan bayangan kepimpinan MSA terdiri daripada orang Melayu.
2. Jika anda menyedari, hampir 80% ialah muka-muka baru di dalam barisan bayangan kepimpinan MSA. Aku percaya orang-orang baru bakal membawa idea-idea dan gerak kerja baru dalam MSA, InsyaAllah.
3. Jika anda menyedari, aku telah meletakkan pada 'chair' yang ada 2 posisi, semuanya ialah sama jantina. Lelaki bergandingan dengan lelaki, dan perempuan bergandingan dengan perempuan. (Baba-Faris, Yasmin-Ameerah, Hubab-Abdulllah)

***

Pelajar Melayu, Anda Ialah Reformasi!

Pelajar Melayu di Vanderbilt mencecah hampir 120 pelajar pada tahun ini, alhamdulillah. Alhamdulillah, aku percaya ramai yang terlibat dalam kegiatan MSA, cuma ramai yang tidak hadir ke mesyuarat sahaja. Aku faham situasi masing-masing. Namun, apa yang ingin aku seru kepada kalian ialah satu perkara,

"Aku merayu kepada semua, ayuh hadir pada hari pemilihan!"


Anda semua adalah ahli MSA dan berhak menjadi ahli MSA. Subhanallah, besar sungguh bilangan pelajar Melayu di Vanderbilt. Undi daripada anda semua insyaAllah dengan izin Allah sudah dapat membentuk 'kepimpinan bayangan' MSA. Aku merayu kepada anda semua, dengan niat semata-mata kerana Allah, wahai pelajar-pelajar Melayu di Vanderbilt agar dapat meluangkan masa hadir pada hari pemilihan tersebut, dan aku menyeru agar kita bersatu. Sekiranya anda mendapati nama-nama yang aku cadangkan di atas tidak bertepatan dengan kehendak anda, anda bebas sahaja memilih siapa yang anda suka. Tetapi aku benar-benar berharap agar anda semua dapat memberi sokongan penuh dan menyokong nama-nama yang telah aku cadangkan.

Aku mencadangkan nama-nama tersebut hasil pemerhatianku terhadap kualiti, kemampuan dan idea pembaharuan yang mampu mereka bawakan. Dengan izin Allah, aku berdoa moga-moga pemilihan yang aku lakukan tepat dan dapat membawa MSA maju setapak lagi kehadapan.

Kita mempunyai bilangan yang cukup besar, dan sekiranya kita mempunyai kepimpinan bayangan yang kita mahukan dalam MSA dan rasakan mampu membawa perubahan kepada MSA, ayuh mengapa perlu dilepaskan peluang itu! Juga, aku rasa semua sedia maklum bahawa pelajar Melayu di Vanderbilt ini ialah pelajar yang rata-ratanya kuat bekerja dan berusaha. Lebih produktif. Justeru, aku tidak nampak di mana kurangnya kualiti kerja daripada pelajar Melayu untuk mengisi kedudukan dalam MSA.

Selain mempunyai rasa semangat takwa dan keinginan untuk berbakti pada jalan Allah, kualiti kuat berusaha juga perlu ada dalam kepimpinan yang akan datang.

Justeru, sekali lagi aku ingin menyeru kepada pelajar-pelajar Melayu di Vanderbilt seramai lebih kurang 120 ini untuk keluar menghadiri mesyuarat pemilihan tersebut dan ingat bahawa segala sokongan anda amat penting kepada MSA nanti.

***

Manifesto

Justeru apakah perubahan yang mahu kita lihat pada MSA nanti? Pada masa ini aku tidak mampu merangka dan berfikir banyak penambah baikan yang akan dilakukan oleh MSA, tetapi cadangan aku agar:

1. Mengukuh, memulih dan mengembalikan hubungan erat dengan penasihat MSA. Itu akan menjadi perubahan pertama!

2. Menubuhkan biro program bagi Muslim di kampus dan Nashville serta biro bagi program Non Muslim. Biro-biro ini akan memainkan peranan untuk merangka strategi untuk program bagi Muslim dan juga kepada Non Muslim.

3. MSA menggiatkan lagi usaha dakwah dan penerangan terhadap agama Islam dengan menjemput lebih ramai shuyukh hadir memberi penerangan terhadap Islam. Cadangan dengan menjemput 2 bulan sekali speaker yang 'alim dan 'arif bercakap berkenaan Islam.

4. MSA mengukuhkan lagi hubungan dengan ICN, MAS Center, Olive Tree Education, Al Maghrib, serta pelbagai lagi yang mempunyai satu matlamat; untuk 'pleased Allah swt.'

5. Meningkatkan keberkesanan publisiti MSA dan keefektifan laman web rasmi MSA agar menjadi sumber primer berkaitan aktiviti, program dan info berkenaan Islam.

***

Penutup

Maka dengan ini, selebihnya aku serahkan kepada Allah swt. Aku berserah sepenuhnya kepada Allah swt. Aku tidak mencadangkan sebarang nama untuk posisi presiden kerana aku memahami bahawa itu ialah 'kerusi panas' dan paling besar dan berat tanggungjawab dan amanah yang perlu dipikulnya kelak. Aku berdoa moga-moga presiden MSA yang akan datang itu, biarlah mempunyai rasa takwa dan keimanan yang tinggi kepada Allah. Biarlah presiden MSA kelak menjadi contoh kepada anak-anak buahnya, dan punyai semangat yang paling tinggi untuk membawa MSA menujuk setapak ke hadapan berlandaskan syariat Islam.

Pada kesempatan yang ada, aku ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pimpinan MSA yang sedia ada, Emad, Galaal, Anas, Ena, Mohsinah, Nadia Ansari, Neelam Khan dan Ali Siddiqui. Jazakumullah khairan katheera. May Allah rewards to all of you with hasanaat.

Say Ameen!

Juga sebelum aku mengakhiri penulisan ini, aku ingin seru sekali lagi kepada pelajar-pelajar Melayu, hadirlah anda semua pada hari pemilihan kelak. Kita mampu mengubahnya! Kita letak individu pada tempat selayaknya.

Aku berserah dan bertawakal kepada Allah. Ya Allah, Kauberilah kekuatan kepada MSA kami untuk terus subur, membantu ke arah usaha menyebarkan agamaMU ini. Ameen.

Peace be on you. Salam.

03:10 Posted in Ideas | Permalink | Comments (5) | Email this

Thursday, April 03, 2008

Sekali Aku Terkenang

Assalamu'alaykum,

Sudah hampir 4 tahun aku meninggalkan dunia perbahasan. Entah kenapa, aku semacam merindui zaman itu. Kenangan itu senantiasa sahaja bermain-main difikiranku saban hari. Kadangkala, aku merindui debaran ketika mahu memulakan penghujahan. Kadangkala, aku merindui keenakan mendengar hujah bernas. Kadangkala, aku merindui guru-guru dan sahabat handai yang berusaha dan bersengkang mata menghulurkan bantuan. Kadangkala, aku merindui rasa gemuruh menantikan keputusan.

Semuanya sudah lama berlalu. Namun kenangan itu, perasaan itu, kecintaan itu, masih menebal di dalam jiwa, semacam baru berlalu semalam.

Aku sentiasa sahaja mengikuti perkembangan debat universiti di Malaysia. Senang sahaja dipanggil intervarsiti. Debat Diraja, Debat Alam Sekitar, Debat Integriti, Pidato Kemerdekaan dan sebagainya. Wah, kini, orang-orang yang mewarnai dunia debat dan pidato di universiti di tanah air rata-rata ialah rakan-rakan dan kenalan aku juga.

Aku masih ingat akan Farhan, bekas pendebat Sains Pokok Sena, yang menjadi saingan sewaktu merebut Piala Perdana Menteri. Kini sudah bergelar Juara Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu. Aku masih ingat akan Syazwan, bekas pendebat Sains Johor, kenalanku ketika Pidato Piala Diraja, kini sudah bergelar Johan Debat Diraja. Aku masih ingat akan Izzat, bekas pendebat Kolej Melayu, kenalan dan juga sainganku ketika di Hari Kecemerlangan Sekolah Berasrama Penuh, kini bergelar Johan Pidato Kepimpinan Kebangsaan.

Juga rakan-rakan yang tidak sempat aku nyatakan di sini tetapi masih segar diingatanku wajah-wajah mereka serta kepetahan mereka ketika berhujah. Aku masih ingat ketika pertama kali menyertai pertandingan bahas, ketika itu di Sains Kuala Selangor pada tahun 2001. Aku berada di tingkatan 2 pada ketika itu. Aku masih ingat betapa 'hijau'nya aku pada waktu itu. Seringkali gagal mengawal emosi, seringkali gusar menerima izin laluan, seringkali gentar menghadapi lawan.

Ternyata, pengalaman, masa dan peluang banyak mengajar aku. Alhamdulillah, aku bersyukur kepada Allah atas kurniaan yang telah diberikan kepada aku. Bertatih dari kesilapan, aku bersama rakan-rakan yang lain bergerak selangkah dan sederap dengan satu harapan dan matlamat.

Tidak pernah terlintas di dalam minda setiap individu di Sains Dungun ketika itu pasukan bahas Bahasa Melayu menang lebih daripada sekali pada pusingan kelayakan. Tidak siapa yang pernah terdetik untuk memikirkan pasukan Bahas Bahasa Melayu bakal memberi saingan. Mungkin kami pembahas Sains Dungun yang masih lagi tebal dengan pemikiran belakang. Atau mungkin, kami pembahas Sains Dungun yang masih lagi tebal dengan loghat timuran.

Tetapi tidak pada waktu itu. Tidak sama sekali.

Ah, mengingatkan saat itu mudah sahaja aku beremosi. Oh, biarlah. Aku tinggalkanlah kenangan itu pada jiwa yang mengingati. Aku tinggalkanlah kenangan itu pada jiwa yang memahami.

Peace be on you. Salam.

18:30 Posted in Ideas | Permalink | Comments (2) | Email this

All the posts