Thursday, August 21, 2008
Satu Hari di Parlimen Malaysia

Assalamu'alaykum Warahmatullah Wabarakatuh;
Saya mengikuti papa ke Dewan Rakyat di Parlimen Malaysia pada hari Selasa baru-baru ini. Papa bersungguh-sungguh benar mahu saya mengikutinya. Kebetulan papa perlu membentangkan usul berkaitan hal-hal pendidikan. Bolehlah saya melihat beliau berhujah, katanya.
Ini kali kedua saya ke bangunan Parlimen. Kali pertama ialah 2 tahun yang lalu. Bangunan Parlimen sangat mewah, seperti istana. Dewan Rakyat tidak banyak yang berubah, kerusi tempat duduk ahli-ahli Dewan Rakyat masih sempit. Kali ini tidak dapat dinafikan suasana di Parlimen sedikit meriah. Jika kebiasaannya saya hanya menonton sedutan di Parlimen melalui Youtube, kali ini saya dapat melihat sendiri suasana tersebut. Gelagat ahli-ahli parlimen kadangkala mencuit hati.
Kadangkala Bosan, Kadangkala Hangat
Bagi saya, penting sekali untuk ahli parlimen mempunyai kualiti pengucapan dan tahap intelektual yang tinggi. Sekiranya pengucapan hebat tetapi tidak ada sebarang idea bernas, atau idea begitu bagus tetapi cara penyampaian pula begitu membosankan, dua-dua tidak jadi. Saya tidak dapat menolak bahawa terdapat sesetengah ahli parlimen yang begitu membosankan, ada pula yang suka menarik perhatian, tetapi saya tidak dapat juga menolak profesionalisme dan keintelektualan sesetengah daripada ahli parlimen yang ada. Ada ahli parlimen yang menjadi peguam, Ir., Dr., lulusan Ph.D dan sebagainya.
Saya tertarik dengan hujah daripada ahli parlimen Pasir Mas, ahli parlimen Arau, ahli parlimen Subang, ahli parlimen Beruas, dan pembentangan usul daripada papa yang saya rasa jauh lebih baik daripada pembentangan usul-usul yang sebelumnya. Lee Chong Wei dan rombongan Majlis Olimpik Negara kebetulan berada di Dewan Rakyat sebagai tetamu jemputan.
Saya berada di Parlimen seharian. Moga-moga segala perbincangan yang berlangsung di Parlimen Malaysia dapat dilaksanakan dengan sebaik-baiknya dengan harapan kurangnya karenah birokrasi. Moga-moga keputusan yang dibuat di Parlimen memberi kebaikan kepada rakyat Malaysia.
00:24 Posted in Journey | Permalink | Comments (5) | Email this


Comments
seorang pemimpin yang hebat :-
1)punyai softskill yang mantap
2)tahap intelek/ilmu yang tinggi dan banyak
3)kurang bercakap tp banyak berfikir dan melaksana
Posted by: maryah | Friday, August 22, 2008
fuhhh..tn hj razali
ketua pengarah pelajaran terengganu masa aku skolah kat tganu dlu..
kirim salam kat tn hj
Posted by: ganu | Thursday, August 28, 2008
i wish, dapat bg speech yg hebat dlam kelas...or dekat audi,tpi,sshnye level of confident slu jer mengganggu...practice makes perfect..itu jer yg boleh dguna pakai untuk diri ini...
Posted by: nughull | Friday, August 29, 2008
komen yg keluar dari topic: Selamat berpuasa and selamat menjalani ibadah puasa yang sempurna!...
Posted by: nughul | Monday, September 01, 2008
pemimpin yang hebat adalah yang menjadikan islam dan hukum2 nya sebagai landasan n rujukan...pk bnyk2 tp lawan islam x gune
Posted by: sahabat | Saturday, October 04, 2008
Post a comment
NB: Comments are moderated on this weblog.