Saturday, November 29, 2008

Papa.. Berehatlah..

DSC03031.jpg

Kenangan terindah anakanda bersama ibunda dan ayahanda di Port Dickson ketika pulang bercuti Summer 2007


DSC03209v2.JPG

Kenangan terindah anakanda bersama ayahanda semasa di Kota Kinabalu ketika pulang bercuti Summer 2007


CIMG0833.JPG

Kenangan terindah anakanda bersama ayahanda semasa menghadiri perbentangan oleh ayahanda di Dewan Rakyat. Perbentangan yang pertama kalinya disaksikan oleh anakanda daripada ayahanda. Summer 2008.


DSC03266v2.JPG

Kenangan terindah bersama dengan ayahanda selepas Majlis Hari Guru Peringkat Negeri Terengganu. Ayahanda begitu ceria.


CIMG0361.JPG

Kenangan terindah ayahanda dan bonda semasa di New York, Spring 2008. Ayahanda begitu bergaya!


Pada hening sepertiga malam, Jumaat, November 28 2008. Cuaca Nashville cerah pada waktu itu. Walaupun agak sejuk di luar, bintang-bintang bersinar semuanya bergemerlapan. Aku tiba-tiba rindukan papa. Tiba-tiba terasa rindu benar ingin bercakap dengan papa. Sudah sekian lama aku tidak bercakap dengan papa - hanya ber'sms' - kerana aku memahami betapa sibuknya jadual harian papa. Aku sentiasa gusar kalau ingin menelefon papa, bukanlah aku penakut, tetapi aku bimbang sekiranya aku menelefon ketika papa sedang bermesyuarat, atau sedang menghadiri urusan-urusan rasmi. Tetapi pada hening sepertiga malam itu, aku tidak melelapkan mata kerana teringatkan begitu papa. Lalu aku berazam, "Pagi nanti aku mesti telefon papa."

Seusai solat subuh, aku berbaring di atas katil. Tiba-tiba Abang Mir menghantar email - "Acik, please call abg mir now." Eh? Seketika kemudian, sepupuku Mat Yuh, menelefonku. Sungguh tak pernah dia menelefonku sebelum ini, kami selalunya hanya berbalas sms.

Mat Yuh: "Hello Acik."
Aku: "Hello. Ho guane Mat Yuh?"
Mat Yuh: "Eh mu tau dok. Ayoh mu ninggal.."
Aku: "Haa?"
Mat Yuh: "Eh dakpe smula lah aku call mu."
Talian terputus.

Aku jadi tak tentu arah. Fikiran menjadi kusut. "Ayoh mu ninggal.." Terus aku menghubungi Abang Mir. Saat-saat setelah itu, merupakan saat yang tidak mahu aku kenang-kenangkan.

Aku: "Hello Abang Mir."
Abang Mir: "Hello Acik. Acik apa khabar? Buat apa tu?"
Aku: "Baru lepas Subuh di sini Abang Mir. Abang Mir di mana tu?"
Abang Mir: "Abang Mir sekarang dalam kereta. Dalam perjalanan ke Genting. Acik, banya-banyak bersabar ya."
Aku: "Kenapa?"
Abang Mir: "Papa. Papa dah tiada. Papa dah tiada."
Aku: "Haa? Apa dia?"
Abang Mir: "Papa. Pada dah tiada. Papa dah tiada."

Mengucap panjang aku di talian. Papa. Papa. Yang baru sebentar lalu aku rindu-rindukan kerana sudah lama tidak dihubungi. Papa. Papa. Meninggal dunia. Aku bertafakkur. Namun fikiranku kusut. Berserabut. Aku jadi tidak tenang. Terus sahaja aku hubungi Mama. Mama menjawab panggilan, tetapi, hanya disambut dengan esakan dan hibaan. Dan talian, terputus begitu sahaja. Aku hubungi pula Abang Yu. Abang Yu suaranya tenang, mengiyakan pemergian Papa. Aku cuba menghubungi Anwar dan Arif, tetapi tidak bersambut.

Aku menjadi sugul. Tanpa aku sedari, air mata berguguran. Dan seketika kemudian, aku teresak-esak. Papa yang aku sayangi, meninggal dunia. Jumaat, November 28 2008 menjadi catatan sejarah. Ah, hari ini terasa panjang. Sungguh panjang. Bibir tidak putus-putus membutirkan tasbih, do'a dan bacaan Qur'an. Papa yang aku sayangi, sudah pergi meninggalkan dunia yang fana ini.

Aku melihat sekeliling bilik. Ada 3 gambar bersama-sama dengan papa di atas rak. Kemudian aku menonton kembali rakaman video bersama-sama papa semasa aku pulang bercuti baru-baru ini. Hati berkecai. Tangisan berderai lagi. Seketika, rakan-rakan mula menghubungi. Kumad dari Australia, Yana dan Wawa dari London, Abang Sabry di Surrey. Kemudian aku menerima YM, dan email daripada rakan-rakan dan taulan memberi ucapan takziah.

Hari ini aku lekat kepada Skype dan telefon. Aku sentiasa menghubungi Mat Yuh bertanya keadaan di Kuala Terengganu - berkenaan urusan jenazah papa. Aku tidak berharap Mama, Abang Mir, Abang Yu, Anwar atau Arif akan menyambut panggilanku. Umum aku mengetahui, mereka pastinya sedang sibuk, dan aku tidak dapat membayangkan kesedihan mama di saat-saat seperti ini. Rakan-rakan seperjuangan di Vanderbilt. Betapa inilah masa aku benar-benar merasai pelukan persahabatan sehingga ke lubuk hati. Terima kasih kerana sudi menjenguk, aku tidak pernah mengkhabarkan kepada sesiapapun akan pemergian papa.

Papa begitu rajin bekerja. Aku masih ingat, sewaktu papa menjadi Pengetua di Maktab Perguruan Batu Rakit, papa sangat awal keluar bekerja! Seawal jam 630 pagi sudah bersedia di pejabat. Aku ingat itu kerana papa begitu konsisten. Kata papa, "Iltizam, Istiqamah, Ihsan." Aku belajar erti kerajinan daripada ketekunan papa. Sedari kecil papa mengajarku menulis karangan. "Karangan Saya" nama buku log yang besar itu. Setiap hari aku perlu menulis karangan. Mula-mula separuh mukasurat, dan lama-lama, aku berasa tidak penat menulis walaupun berjela-jela. Papa sangat suka membaca! Papa selalu kata "The boy who read is a boy who lead." Aku masih ingat lagi ungkapan itu. Tidak cukup dengan novel Bahasa Melayu, disuruhnya pula aku membaca karangan berbahasa Inggeris.

Jujurnya, aku mengagumi kepetahan papa berbicara. Memberi motivasi menjadi rutin harian. Papa pernah beberapa kali memberi motovasi pagi di Radio Malaysia Terengganu. Aku sangat suka mendengar papa memberi motivasi. Aku tidak pernah puas walau sekalipun mendengar kepandaian papa menarik minat pendengar. Papa - semoga ilmu bermanfaat yang papa berikan itu, menjadi bekalan papa di alam kubur.

Papa, selagi Acik mahu menulis berkenaan papa, selagi itu Acik akan menitiskan air mata di sini. Selagi Acik mahu menggali ingatan kenangan bersama-sama dengan papa, selagi itu hiba menjadi semakin sayu. Ya Allah, syukur, aku berterima kasih kerana mengurniakan daku seorang ayah yang hebat untuk mendidik dan membesarkan daku sepanjang 21 tahun hidupku ini.

Ya Allah yang maha penyayang, ampunilah dosa-dosa aku dan dosa-dosa papa dan mama, sebagaimana papa dan mama telah mendidikku sedari kecil.

Ya Allah, Kau berilah kemudahan kepada papa menempuhi alam kubur. Kau permudahkanlah papa menjawab persoalan. Kau permudahkanlah papa untuk menuju jalan ke syurga Mu yang kami impikan. Kau terangilah kubur papa, dan luaskanlah kubur papa seluas-luasnya.

Ya Allah. Ampunilah dosa-dosa papa. Ampunilah dosa-dosa papa. Ampunilah dosa-dosa papa. Tempatkan papa di kalangan orang-orang yang benar, beriman dan bakal menatap WajahMu yang Agung di syurga firdaus kelak.

Papa. Jika Acik diberi kekuatan dan keizinan, Acik akan meneruskan perjuangan yang papa belum selesaikan. Acik mahu meneruskan kecemerlangan yang telah papa tinggalkan.

Acik sayang papa.
Nashville, TN
2:33 am
November 29 2008. 1 Dhul Hijjah 1429H.

Pesanan Papa kepada guru-guru.


Jalan-Jalan Di Pejabat Papa Di Putrajaya

02:35 Posted in Journey | Permalink | Comments (40) | Email this

Comments

salam amar.

membaca coretan amar buat maryah sndiri terdorong utk titiskan airmata.
sesungguhnya, kesedihan dan kehilangan beliau bkn hanya dirasa oleh amar, bahkan dirasai oleh ramai org...

terutama skali pelajar yang pernah melalui sesi2 dan kem motivasi bersama beliau..
adik mariah sendiri menggambarkan yang ayahanda amar seorg yang baik hati,ade sense of humor....

insya allah, akan ramai insan2 yang akan mendoakan beliau..
moga rohnye tenang...dan bersama para solihin...

beliau jugak untung krn punya anak yg soleh..insya allah..doa anak yang soleh ini, akan menjadi saham buat beliau...

*sabarlah..tabahlah..sesungguhnya kamu adalah amalan yang ditinggalkan oleh ayahanda mu.


~setelah meninggalnya seseorg anak adam itu, maka terputus lah segala amalan kecuali 3 perkara,
-amal jariah
-ilmu yang dimanfaatkan
-DOA ANAK2 YANG SOLEH...~

wallahua'lam...

~salam takziah~

Posted by: maryah | Saturday, November 29, 2008

salam amar,

sabar dan tabahlah menghadapi ujian Allah.Allah lebih menyayangi beliau.walaupun pernah sekali bertemu muka dengan beliau ketika di sekolah dahulu..tapi kepetahan dan semangat beliau memberikan motivasi sangat saya kagumi.

ayahanda amar telah tinggalkan waris dan harta yang paling berharga..teruskan menyambung perjuangan ayahanda!

smoga ayahanda amar ditempatkan dikalangan mereka yang soleh.ameen..ameen..ameen..

Posted by: izzati | Saturday, November 29, 2008

a'kum..
x tau ape yg ptt diucapkan selain kata takziah...
hmm..terase kehilangan jgk walaupun x pernah mengenali arwah..
semoga anda terus tabah dan sabar menghadapi dugaannya..
InsyaAllah....
semoga rohnya tenang dan diberkati...
amin....

Posted by: sha filan | Saturday, November 29, 2008

assalamualaikum wrt wbt amar,
Semoga ALLAH rahmati arwah ayah ko amar.
Allahumma ighfirlahu warhamhu wa'fu 'anhu...Allahumma ameen

Semoga sabar hadapi ujian ini amar, x dapat nk pergi sana to condole ko...La tahzan innaLLaha ma'ana
Salam dari lafayette, LA

Posted by: imranfadhil | Saturday, November 29, 2008

"Every soul will taste death, and you will only be given your [full] compensation on the Day of Resurrection. So he who is drawn away from the Fire and admitted to Paradise has attained [his desire]. And what is the life of this world except the enjoyment of delusion."
At Taubah: 185

Moga ruh ayahmu dirahmati dan berada dalam golongan yang beriman..ameen

Inilah hukum 'alam yang tidak pernah tidak setia, tidak pernah terpesong, kematian itu pasti. Dan semestinya tiada ganti, moga Allah beri keteguhan Iman dan kekuatan jiwa menempuh ujianNya, buatmu teman sekeluarga.

remember...do'a anak yang soleh akan terus mengalir..
dan moga ilmu yang dicurahkan oleh ayah terus mengalir juga..inshaAllah

Posted by: Sahabatmu | Saturday, November 29, 2008

salam ziarah dan salam perkenalan,

ucapan takziah buat amar, sy dapat berita daripada As berkenaan dengan pemergian ayah saudara.

Semoga rohnya dicucuhi rahmat. (Al-Fatihah)

Posted by: hasbi | Saturday, November 29, 2008

Salam,

Takziah buat Amar dan Keluarga. Moga tabah dan sabar hadapi ujian Allah ini.

Even mak aku terkejut dengar berita ni as about a month ago your father suddenly pop in while she was teaching and took over teaching the class.

May Allah make it easy for you and for your family, ameen.

Posted by: Anas | Saturday, November 29, 2008

Assalamu'alaykum Amar,

Takziah buat kau Amar. Semoga Allah mencucuri rahmat-Nya ke atas ayah kau. Banyak-banyak bersabar dan tabah menghadapi ujian ni. Teruskan berdoa untuk ayah kau sebab itu antara perkara yg boleh memudahkannya ketika berada di alam yg kita jugak bakal pergi, inshaAllah.

Posted by: lonsaa | Saturday, November 29, 2008

assalamualaikum,, ucapan takziah drp sy sekeluarga kat malaysia ni,, apa2 pon teruskan perjuangan papamu,,sesungguhnya dia telah memberikan khidmat nya sehingga akhir hayat nya,, berdoalah semoga dia diletakkan disamping org2 yg beriman,, al fatihah

Posted by: ABDULLAH A MUBIN | Saturday, November 29, 2008

Salam abg Amar
Takziah sekali lagi utk abg amar sekeluarga. Saya sendiri terkejut menerima sms daripada rakan2 ketika maghrib jumaat hari tu. Moga Roh Datuk Razali dicucuri rahmat. Kehilangan beliau bagi saya adalah kehilangan besar bagi pendidikan di Malaysia. Saya dan rakan2 amat mengagumi semangat beliau dalam memperjuangkan pendidikan anak bangsa. InsyaAllah, beliau akan sentiasa berada bersama2 org beriman...

Posted by: hafiz abdullah | Saturday, November 29, 2008

Salam, acik...bawak banyak bersabar...takziah buat acik sekeluarga..Lokman doakan arwah dicucuri rahmat dariNya serta berada dikalangan orang yang beriman..amin...

Posted by: Lokman Hamawi | Saturday, November 29, 2008

Amar, takziah buat kau dan keluarga..
Semoga rohnya dicucuri rahmat Illahi..
Semoga kau tabah menghadapi ujian Allah ini..
Kami sekeluarga di Vandy sentiasa mendoakan kesejahteraannya disana dan sentiasa bersama kau sbg rakan2 seperjuangan..

Posted by: Adibah | Saturday, November 29, 2008

Salam sahabat

Moga kamu dikuatkan hati, dicekalkan iman untuk meneruskan perjuangan Papa mu di kemudian hari...

Salam Takziah

Sahabat2 dari London

Posted by: hanif | Saturday, November 29, 2008

Assalamualaikum..

membaca coretan ini pun sudah membuatkan air mata manitis...sabarlah, doa berterusan dr anak yg soleh adalah bekal buatnya di alam kubur...

salam takziah, teruskan menyambung perjuangnnya kerana dia mampu melihatnya dari alam sana, menyaksikan setiap langkah anaknya...

moga Allah merahmati ruhnya..

Posted by: thuaibah | Saturday, November 29, 2008

salam takziah..

al-fatihah utk arwah..

"Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Lauh Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berdukacita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri.." (al-Hadiid: 22-23)

bersabarlah duhai sahabat...
semoga Allah merahmati dan menempatkn arwah di kalngan org2 yg soleh...ameen..

Posted by: iman_wahida | Saturday, November 29, 2008

Anak Uncle, Jamil Hanif, sama kelas dengan Khairul Arif, adik Amar yang bongsu, yang bersekolah di SMAP Kajang.
Uncle sempat sekali sahaja mendengar ucapan arwah bapa di majlis perasmian Hari Kecemerlangan Sekolah Smap Kajang. Itu pun sudah cukup untuk meyakinkan Uncle bahawa arwah adalah seorang insan istimewa dan ikhlas dalam apa yang dilakukan nya.

Bersabar lah Amar dalam menempuhi cabaran yang getir ini. Take care

Posted by: Pycnogenol | Saturday, November 29, 2008

Salaam Amar,

Aku sentiasa mendoakan ayah ko ditempatkan bersama orang2 yg soleh dan dimudahkan urusan di akhirat kelak.

Aku rasa bersalah sgt2 sbb tak sempat jumpa ko malam tu. Aku dgr Amir, Hasan, Hubab, Nik dan Ashwaq yg g jenguk ko. Tak sempat aku nak ucapkan takziah dan tenangkan hati ko malam tu. Aku niat nak jumpa ko lepas keje kol 4 pagi tapi terlalu lewat plak. Pastu nak hantar ko g airport pagi tu tapi ditakdirkan aku terlelap pagi tu. Kecewa gak.

Aku terkejut dgr berita tu masa pagi jumaat di gatlinburg, agak lama jugak aku terdiam dan mengingatkan ko. Aku sentiasa ingat ko slalu cakap arwah ayah ko suka main badminton. Dan ko sentiasa berseloroh suruh aku main ngan ayah ko nanti di Malaysia.

Ko slalu cakap, "Ha Baba, bila lagi nak main badminton ngan ayah aku ni." Asyik terngiang2 je kat telinga aku. Tapi Allah lebih sygkan arwah, segala-galaNya di tanganNya dan saat2 begini perlu ditempuhi oleh semua manusia. Amir dan ko telah melaluinya. Di kemudian hari mungkin aku pula yg akan melalui kepedihan dan kepiluan ini. Aku dpt merasakan betapa mudahnya leraian air mata itu apabila saatnya tiba.

Aku cuma mengharapkan ko tabah dan sabar. Tenangkan hati dan family di Malaysia. Dan apabila pulang ke sini, aku harap ko akan kembali bersemangat utk mengharungi baki semester ini yg tinggal sedikit saja lagi.

Sahabatmu,
Baba

Posted by: Baba | Saturday, November 29, 2008

Takziah Amar,
Banyakkn bersabar, Allh lbh menyayangi dia :)

Don't let this thing put you down,
may you become more stronger than you ever be, InsyaAllah.

Posted by: Afiqah | Saturday, November 29, 2008

Salam Amar,

Salam takziah buat Amar dan keluarga. Semoga bertabah hati menempuh dugaan ini.

-Shazani, UIUC

Posted by: Shazani | Sunday, November 30, 2008

tabahkan hati menghadapi dugaan
doakan arwah dato razali dicucuri rahmat dan mendapat keberkatan di akhirat..

Posted by: najiah | Sunday, November 30, 2008

tkziah buat mu skluarga.tbahkan hati.truskan perjuangan arwah ayahanda mu.

Posted by: matmin | Sunday, November 30, 2008

Salam Amar.
Keep strong. Your father was a good man.
Salam takziah from me and my family.

Posted by: Syed Marwan | Sunday, November 30, 2008

amar,

Sorry to hear the news, tp sabar lah banyak2, Dah sampai masa.

Jurai pun x kenal your father but from what I read from his blog during election times he was a great and intelligent man.Very articulate.

So stay strong okay!

Posted by: jurai | Sunday, November 30, 2008

takziah amar.
semoga Allah merahmati pemergian arwah ayah amar dan ditempatkan di kalangan orang2 yg beriman.

stay strong!

Posted by: ajat | Sunday, November 30, 2008

Salam takziah buat Amar dan keluarga. Moga teguh dan tabah ya Amar. Moga abah amar dihimpunkan Allah di kalangan hambaNya yang soleh dan beriman.

Takziah dari abg kadir dan kak zaatil

Posted by: drkadir | Sunday, November 30, 2008

Dear Amar,

Takziah nabilah ucapkan. Nabilah harap Amar sentiasa tabah dan sabar eh? he's a great man, doakanlah dia ditempatkan dengan orang-orang yang beriman.

Posted by: Nabilah | Sunday, November 30, 2008

takziah Abg Amar

seseorang yang berada pada landasan yang betul semasa kehidupannya di atas muka bumi adalah seorang yang telah mengembirakan orang lain semasa kelahirannya dan telah membuatkan orang ramai bersedih atas kematiannya.

Memang pemergian Allahyarham sangat menyedihkan dan mengejutkan kita semua, pemergian allahyarham sangat-sangat dirasai oleh kita semua. ini menunjukkan bahawan Allahyarham telah berada pada landasan yang betul semasa kehidupannya sebagai hamba Allah. kita insan yang masih hidup haruslah berdoa agar rohnya berada di kalangan orang-orang yang beriman.....

Posted by: s4lman | Sunday, November 30, 2008

Takziah buat Amar sekeluarga.

InshaAllah ALlah telah sediakan hikmah2 segala yang terjadi. Semoga lebih tabah dan cekal menghadapi cabaran mendatang.

Yakin pada Allah, inshaAllah He's always there!

Posted by: de-remind | Sunday, November 30, 2008

Salam..

Takziah buat abg Amar...
Setiap patah dan baris yg abg Amar coretkan di sini telah berjaya membuatkan saya menitiskan air mata seolah2 saya dpt merasakan apa yg abg Amar rasakan, tp berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Takziah buat abg Amar sekeluarga. Daripada setiap coretan yg saya baca, saya dpt merasakan btapa abg Amar sygkn ayahandanya. Takziah sekali lagi. Smoga tabah menghadapi cabaran dan dugaan yg mendatang.

Posted by: Yuki | Sunday, November 30, 2008

Mendengar motivasi Dato' buat pertama kali - Terpegun!
Berada di dalam kursus yang dikendalikan Dato' - Terpesona!
Dari jauh mengikuti perkembangan Kareer pendidikan Dato' - Berbesar hati!
Melihat bermulanya kareer politik Dato' - Terpanggil untuk sama-sama meredah musim pilihanraya.
Mendapat berita Dato' sebagai Timbalan Menteri Pelajaran - Tergantung tinggi harapan demi wadah pendidikan anak bangsa.
Menerima berita kematian Dato' - Saya hilang jiwa untuk seketika.
Ayah Amar memang istimewa. Kalau Amar masih ingat poem 'If'- English form 4 - sebenarnya itulah ayah Amar!

Posted by: Teacher Ba | Monday, December 01, 2008

salam Ammar,
banyakkan bersabar dan semoga roh ayahanda tercinta di tempatkan bersama para anbiya di sana.
ayahanda Ammar sgt istimewa orangnya..

Posted by: khairul | Tuesday, December 02, 2008

Salam Amar,

Salam takziah. Banyakkan bersabar & segalanya ketentuan Allah. Kuatkan semangat.

amar,
austin tx

Posted by: amar | Wednesday, December 03, 2008

assalamualaikum.. firstly takziah to u.. bwk bersabah and tabahkan diri.. ur dad is one of the kind.. excellent leader among others. assalamualaikum

Posted by: amir bin long | Sunday, December 07, 2008

takziah..
hari tu jumpa amar dpn mata, ada peluang nk ckp, tp x tercakap jugak..so, kat sini kene type je..huhu..takziah n byk bersabar..i know u r very strong..

Posted by: fadiah | Sunday, December 07, 2008

salam ziarah, salam takziah.....

Posted by: aljuhr | Friday, December 19, 2008

Salam,saudara. Aku ucapkan takziah kepada kau. Nasib kita serupa. Aku pun kehilangan ayah ketika baru selesai final exam ketika berada jauh di perantauan, sama seperti kau. Ayah aku rebah terkena serangan jantung setelah selesai perhimpunan mingguan di sekolah beliau. Beliau meninggal dunia di hospital ketika tidak sedarkan diri, 2 jam setelah terkena serangan jantung. Cukup mudah dan sekejap pemergiannya. Tak lama kemudian, aku baru dapat pulang ke Malaysia setelah 2 tahun tak menjejak tanah air. Hanya sempat melawat kubur setelah lebih seminggu beliau dikebumikan. Semoga terus tabah. Kita tak kehilangan bapa kita, kita cuma berpisah dengan jasad mereka, tetapi semangat dan perjuangan mereka masih hidup.

Posted by: senasib | Friday, December 19, 2008

assalamualaikum acik..


everytime ira bkak page acik ni..msti ira nangis..
your words really touch my heart..
and i know your father is a great person..
i always pray for amili..

smoga amili berada disamping orang2 yang beriman..
amin..

Posted by: shakira | Saturday, December 20, 2008

tkziah.."Jalan-Jalan Di Pejabat Papa Di Putrajaya"..nice vid..

Posted by: ams | Saturday, December 27, 2008

salam takziah dan perkenalan,

sy pn br kehilangan mama tersayang june lepas,n sgt2 faham kesedihan itu.but,let us be strong!

semoga Allah tempatkan mereka di kalangan ahli2 syurgaNya..

Posted by: dib | Sunday, December 28, 2008

assalamualaikum amar...
maaf sbb ainaa mengucapkan takziah lmbt. ainaa cuba msg, tapi ainaa xdop no amar. ainaa smpaikan pesan dkt wawa pd hari sama untuk smpaikan ucapan takziah kat amar. i'm so sorry for ur lost. smoga tabah dlm mengharungi dugaan dan cabaran hidup. sesungguhnya Allah lebih menyayangi dia. bersabarlah ye amar.. setiap perkara terjadi, ada hikmahnye. smoga amar lebih kuat selepas ni. berdoalah dia di kalangan org2 beriman... amin

Posted by: ainaa yasmin | Wednesday, January 28, 2009

Post a comment