Tuesday, December 23, 2008

It's Christmas Time and People Turned Out To Be So Nice

Assalamu'alaykum,

Musim Christmas datang lagi. Semalam di pejabat ada free lunch. Sebab ada orang menawarkan, saya pun tumpanglah sekaki sekali. Beans with chickens soup with breads. Sedap! Ada rasa-rasa macam Tom Yam sikit sup tu. Lepas itu juga ada sangat banyak cookies dan sweets di pejabat dapur. Hari ini (December 23) ada lagi staff datang menawarkan homemade cookies. Memang sangat sedap!

Semua orang mood sangat baik. Dr. Pickert dan Dr. Hickson awal-awal pagi tadi lagi sudah tersenyum lebar menegur semasa saya baru tiba di pejabat. Sebenarnya hari ini juga sudah ada yang mula bercuti. Casey dan Mallory sudah mula bercuti. Cuma tinggal Meredith dan Kelly saja di bahagian saya hari ni. Mereka nampak sibuk sebab semuanya nak selesaikan kerja sebelum pulang bercuti. Pejabat akan tutup hari Rabu dan Khamis dan akan kembali bekerja pada hari Juma'at.

Ah, saya pun ada unsur-unsur kemalasan juga sebenarnya hari ini. Supervisor Jan dan Bernedict sudah bercuti maka separuh tugas saya dalam bahagian biostastician dan data management itu boleh kata berhenti sekejap untuk masa sekarang. Cuma tinggal coding dan programing untuk PARS sistem itu sajalah. Tapi itupun saya rasa macam culas sikit. Entahlah, sebab orang pun semua mood untuk holiday saja. Saya pun terasa nak holiday la juga sikit-sikit.

Saya minta cuti untuk hari Juma'at ini. In sha Allah saya akan ke Texas Da'wah Convention lagi. Err.. sebenarnya decision untuk ke sana agak last minute. Saya dalam hati, ada keinginan nak pergi tapi ada perkara lain yang bermain di fikiran saya. Pada malam Isnin setelah saya pulang dari Tulsa, OK daripada perkahwinan Ismail dan Meredith, barulah saya membuat keputusan untuk pergi setelah tahu ada juga yang akan pergi. Kami akan bertolak pada malam ini, In sha Allah. Semoga selamat pergi dan selamat kembali.

Minta maaflah, ada rakan-rakan mengusik, "Texas Dawah pergi, Muktamar IMSA-MISG tak pergi." Sebenarnya saya dalam hati nak juga ke Muktamar IMSA-MISG. Tapi minta maaf, saya tak boleh ambil cuti lama-lama daripada kerja. Supervisor saya dah memberi banyak kelonggaran kepada saya untuk bercuti banyak kali sebelum ini i.e. cuti kecemasan seminggu untuk pulang ke Malaysia, cuti seminggu lagi untuk final exam. Jadi saya jadi dah jadi tahap segan dah untuk minta cuti lama-lama lagi.

Berhenti di sini dulu. Dr. Pickert panggil ada meeting.

Amar Razali

11:40 Posted in Journey | Permalink | Comments (2) | Email this

Comments

keje sambil blaja ye?
all da best for everything.

Posted by: maryah | Wednesday, December 24, 2008

Yaa Amaar ... essalaamu 'alaekum,

Maaf la, aku baru tahu pasal ayah mung meninggal. InscyheaAllah, Syurga Jannah utk dia. Aku tengok mung ... patutla .... ayah mung tak main politik wang. Mcm ayah Imam Bukhari masa ayah dia bagi duit kat dia suruh belajar agama ... semua ni duit halal.

Wah! Mung ambik kelas kat Wasat. Hujung bulan 1, kitorg ada kelas kat sini. Tapi aku mungkin tak da.

TDC vs. Maktamar ... kalau aku, aku pergi TDC. Untung mung. Kena tabah skek ... kalau tidak, kena usik dek kawan. Famili aku dah serik dah drive 20 jam.

Posted by: Fevzy | Wednesday, December 24, 2008

Post a comment

NB: Comments are moderated on this weblog.