Monday, April 13, 2009
Apakah Langkah Seterusnya?
Kini tinggal kira-kira 2 minggu lagi sebelum tamatnya pengajian sebagai pelajar universiti. Saya tidak tahu bagaimanakah perasaan rakan-rakan yang lain, tetapi bagi saya pastinya ada perasaan berdebar-debar dan tertanya-tanya "Apakah langkah seterusnya?" Ada yang ingin sambung belajar, ada yang ingin memasuki alam pekerjaan, ada yang mahu memulakan perniagaan, dan bermacam-macam lagi. Saban hari ada sahaja yang bertanya, "Apa perasaan sudah nak habis belajar?" "Buat apa lepas ini?" "Balik bini lah." Setiap kali saya berhadapan dengan soalan-soalan sebegini, memang sukar bagi saya untuk menjawabnya. Bukanlah saya bermaksud mahu berahsia, tetapi hakikatnya, masih lagi tiada hitam putih apakah yang bakal berlaku dan saya ialah jenis tidak suka memberitahu sesuatu perkara yang belum pasti.
Mungkin saya akan bekerja, di Malaysia, atau boleh jadi di US? Mungkin saya akan sambung belajar, atau mungkin tidak. Masih dalam bidang kejuruteraan? Mungkin juga tidak kerana sejak di bangku sekolah saya juga mempunyai minat yang sangat mendalam dalam bidang undang-undang. Tidak salah mempunyai cita-cita yang pelbagai. Dan tentu sekali tidak salah untuk berfikiran kreatif, dan terbuka terhadap apa yang mahu dilakukan selepas alam universiti. Selain menyambung belajar atau memasuki alam pekerjaan, mungkin ada yang ingin mengambil cuti dan berjalan menjelajahi benua Afrika?
Sebab itulah saya sentiasa memberitahu rakan saya "Too much uncertainty."
Zon Tidak Pasti
Hakikatnya, perancangan selepas alam universiti telah saya mulakan sejak menjejakkan kaki ke alam universiti 4 tahun yang lalu. Tetapi sepanjang perjalanan kehidupan bergelar pelajar, banyak perkara yang berlaku yang semestinya membentuk minda, halatuju, dan menyebabkan kita selalu tertanya-tanya, "Adakah ini yang mahu aku lakukan?" Zon tidak pasti ini merupakan suatu perkara yang perlu kita fikirkan dengan seikhlas hati kerana keputusan yang kita akan lakukan kelak sangat penting untuk masa hadapan kita. Adalah menjadi kelaziman untuk sentiasa kembali dan mengkaji apakah yang mahu dilakukan selepas tamatnya pengajian kerana menurut salah seorang profesor saya, sepanjang pengalamannya jarang dia menemui pelajar lepasan universiti yang sudah mempunyai hala tujuan yang lurus, jelas dan boleh dijangkakan. Dunia sentiasa bergerak maju kehadapan dan wujudlah peluang yang lebih pelbagai dan terbuka.
Namun sekiranya seseorang itu yakin bahawa dia sudah mempunyai hala tujuan yang jelas terhadap apa yang mahu dilakukan selepas ini, maka teruskan. InshaAllah, berdoalah, moga-moga keputusan yang dibuat itu ialah yang terbaik untuk diri anda dan masa depan anda.
Apa Yang Boleh Dilakukan?
Pertamanya, tentulah sentiasa memohon bantuan daripada Allah. Pohonlah dan berdoalah agar Allah membantu kita dalam membuat keputusan yang tepat. Tiada siapa yang tahu apakah nasib kita pada hari esok melainkan Allah.
Dalam satu hadith yang diriwayatkan oleh Ibn 'Umar yang dipetik dari Sahih Bukhari; "Narrated Ibn 'Umar: Allah's Apostle (Peace be Upon Him) said, "Keys of the unseen knowledge are five which nobody knows but Allah. Nobody knows what will happen tomorrow; nobody knows what is in the womb; nobody knows what he will gain tomorrow; nobody knows at what place he will die; and nobody knows when it will rain."
Justeru sentiasalah berdoa kepada Allah agar diberikan petunjuk dalam membuat keputusan yang tepat dan bijak. Bersihkan hati kita daripada membuat keputusan yang berlandaskan nafsu, riya', ingin menunjuk-nunjuk dan berbangga diri. Sucikan hati kita dalam membuat keputusan, dan letaklah keyakinan sebanyak-banyaknya kepada Allah setelah membuat keputusan. Semoga itulah keputusan yang sebaik-baiknya untuk diri kita.
Kedua, mintalah nasihat daripada ibu bapa dan keluarga. Ibu bapa kita kita mungkin tidak memainkan sebanyak mana peranan kepada kita dalam membuat keputusan seperti ketika kita di bangku sekolah. Pastinya ibu bapa kita percaya bahawa kita sudah cukup dewasa untuk membuat keputusan terhadap apa yang kita mahu lakukan. Tetapi tidak salah untuk berbincang dengan mereka dan mendapatkan panduan dan nasihat daripada mereka. Ibu bapa ialah orang yang paling rapat dan paling mengetahui isi hati kita. Berbincanglah dengan sebaik-baiknya, dan luahkanlah perasaan dan tidak perlu berahsia dengan mereka.
Ketiga, berbincang dengan profesional, yang berpengalaman atau orang yang sudah berada dalam bidang yang mahu diceburi. Kadangkala kita sendiri tidak pasti bagaimanakah suasana pekerjaan dalam bidang tersebut. Justeru adalah penting untuk mengenalpasti pihak yang boleh diajak berbincang untuk mengetahui dengan lebih dalam akan suasana dan persekitaraan dalam bidang tersebut.
Pada akhirnya, tentulah saya sentiasa mendoakan agar rakan-rakan yang akan menamatkan pengajian pada tahun ini, sama ada di Vanderbilt, atau di tempat-tempat yang lain, semoga dipermudahkan dalam semua urusan, dibukakan pintu rezeki dan berjaya membuat keputusan yang tepat dan bijak. Saya memahami bahawa kita dalam suasana ekonomi global yang kurang memberansangkan. InshaAllah, bagi yang akan menamatkan pengajian, tentu sahaja kita berasa ghairah kerana terhidang luas pelbagai peluang di luar sana, ada yang sudah diterokai dan ada juga yang masih menunggu untuk diterokai.
Sentiasa berfikiran positif, dan "change the opportunity to reality."
Amar Razali
Nashville, TN
23:57 Posted in Journey | Permalink | Comments (8) | Email this


Comments
i like this entry somehow. erm faiza 'azzamta fatawakkaltu 'alallah! Always put your trust in Allah because He knows best! May Allah make everything easy on u bro.. ganbatte!!
Posted by: cyanide | Tuesday, April 14, 2009
slamat menempuh dunia after universiti ye amar!
hehe
x sngke korg dah nk abs..
huhu
x smpt x knal rpt =)
Posted by: ladysuzaku | Tuesday, April 14, 2009
xpandai la nk komen2, tp bile bace ni terase nk terkomen.. sbb sedey.. lps ni x dpt da jmpe kawan2 kt sini slalu, sume akan pg hala tuju masing2~ harap2 kawan vandy sme dpt keep in touch~ aku jgak doakan korang sume berjaye dlm ape sj yg korang wat.. insyaAllah =) *sedih..sedih..*
Posted by: Nik Nur Wahidah | Tuesday, April 14, 2009
sedihnye korang dah nak balik dah. sobsob.
Posted by: ira | Tuesday, April 14, 2009
congraz for ur graduation..
whatever it is, perancangan ALLAH adalah yang terbaik..
**kita merancang, ALLAH juga merancang,tp, perancangan ALLAH adalah sebaik-baik perancangan**
Posted by: ~MFH~ | Friday, April 17, 2009
wah x sangka rupanya amar dh nk abes?? how come? i'm still in final year. guess u did prep 1 year je dulu kot. i did 2 years.
all the best in ur future undertakings, brother.
salam from uk.
Posted by: yuhanis | Sunday, April 19, 2009
alhamdulillah amar dah nak hbs blaja...
so all da best..
apepun yg amar nak buat lepas ni akak doakan menjadi kenyataan..ameen..
yang penting tujuan hidup kita...51:56...
Posted by: neiimaz | Tuesday, April 21, 2009
salam 'alayk...
mabruk!!
semoga dapat membuat keputusan yang terbaik for ur undertaking future...
dan semoga apa yang dirancang di permudahkan Allah...
ape pun
wamakaru wamakarallah, wallahukhairol maakiriin...
put your trust on Him...
insyaAllah, segalanya akan jadi mudah....ameen
Posted by: whistleblower | Wednesday, April 22, 2009
Post a comment
NB: Comments are moderated on this weblog.