Monday, June 29, 2009

Pulau Banding & Belum Rainforest, Perak

DSCF2423.JPG

As-salaam 'alaykum,

Pada minggu lepas saya mengikuti Abang Mir ke Perak. Abang Mir mempunyai urusan NCER beliau di Belum Rainforest Resort dan mengajak saya untuk menemaninya. Saya dijanjikan dengan aktiviti jungle trekking yang merupakan antara aktiviti kegemaran saya, dan saya memang sebelum ini tidak pernah ke Hutan Belum yang sangat terkenal dengan flora dan fauna yang menakjubkan itu - subhanallah. Kami bergerak dari rumah pada pagi hari Rabu (Jun 17 2009) bersama-sama dengan Pak cik Salim dan alhamdulillah kami tiba di Belum Rainforest Resort di Pulau Banding pada waktu Maghrib setelah singgah sebentar di Taiping untuk melawat asrama dan pejabat NCER di sana.

Belum Rainforest Resort merupakan sebuah resort yang diubahsuai daripada rumah rehat kerajaan. Namun rekacipta arkitek dan seni bina hotel tersebut sangat mengagumkan saya. Terletak di sebelah tasik, di tengah hutan di Pulau Banding sememangnya mempesonakan mata memandang - subhanallah. Sesampainya kami di sana, kami dijemput untuk makan malam. Pada malam itu, saya dihidangkan dengan sejenis ikan goreng yang saya tidak pasti apakah nama ikan tersebut, dan apakah nama juadah itu sendiri, yang mashaAllah sangat lazat! Awal-awal lagi saya mendengar bahawa ikan-ikan yang dihidangkan memang segar. Saya memang tidak melepaskan peluang untuk merasai juadah ikan yang dihidangkan pada malam itu.

Selepas itu saya mengikuti mesyuarat antara NCER dan EMKAY. Antara yang hadir ialah Tan Sri Datuk Haji Mustapha Kamal (the Emkay Chairman), Datuk Seri Mohd Annuar Zaini (NCER's Chief Executive) dan beberapa profesor, profesional dan pihak media yang membuat liputan terhadap mesyuarat itu. Saya tidak menyangka pun sama sekali akan berjumpa dengan orang-orang kenamaan ini kerana saya ingatkan hanya jungle trekking yang menjadi aktiviti utama. Sebelum ini saya pernah beberapa kali bertanya kepada Mama dan Abang Mir, "Siapa Mustapha Kamal ni?" selepas beberapa kali melepasi beberapa bangunan di Cyberjaya yang tertera nama beliau di atasnya.

Dan pada malam itu, saya bersua dengan beliau - Malaysian's Donald Trump, seorang tokoh perniagaan yang sangat berjaya.

Apapun mesyuarat pada malam itu membincangkan projek pembangunan dan pemeliharaan Hutan Belum dan kawasan sekitarnya. Saya mendapat banyak infomasi berkenaan spesis flora dan fauna di Hutan Belum dan bagaimana usaha untuk mengekalkannya disamping mahu menjadikan kawasan tersebut sebagai sebuah produk pelancongan.

Belum Rainforest Resort mempunyai keunikan yang tersendiri pada kamar tidurnya. Tilam katil sengaja dikeraskan untuk memberi kerehatan dan suasana tidur di dalam hutan. Juga, hanya 3 bilik sahaja daripada keseluruhan bilik di Belum Rainforest Resort yang mempunyai TV - sengaja untuk memberi kelainan dan kerehatan minda. Bilik juga direka agar mempunyai aliran angin seperti di rumah-rumah kampung, dengan dinding bilik direka agar mempunyai liang dan rongga untuk memudahkan pengaliran udara.

Hutan Belum & Pulau Banding Visit

Keesokan harinya, Khamis (Jun 18 2009), seawal jam 9 pagi diadakan suatu majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara NCER dan Pulau Banding Foundation. Kemudian sekitar jam 10 pagi, kami bersiap-siap untuk menjelajah Hutan Belum dan kawasan-kawasan sekitarnya. Ini bahagian yang paling saya tunggu-tunggu. Kami menaiki bot, dan mashaAllah, indahnya mata memandang. Sungguh indah dan mempesona pemandangan tasik sepanjang perjalanan itu. Kami mulakan dengan melawat kampung Orang Asli - Kampung Sungai Tiang. Kemudian kami pergi pula ke kawasan hutan dan beberapa air terjun di Hutan Belum. MashaAllah, saya sungguh teruja melihat keindahan anugerah ciptaan Allah - keindahan flora dan fauna. Sedar tidak sedar, seharian kami berada di kawasan hutan, air terjun dan di atas bot.

Pada hari Jumaat, kami bertolak ke Kuala Kangsar sebelum bertolak pulang ke rumah. Bandar DiRaja Kuala Kangsar juga tidak kurang hebatnya - Masjid Ubudiah Kuala Kangsar, Muzium DiRaja Perak, dan sebagainya. Selepas bersiar-siar di sekitar bandar Kuala Kangsar, kami bertolak pulang dan Alhamdulillah kami selamat tiba di rumah pada waktu malam.

*Saya membuat research tentang berapakah harga yang perlu dibayar untuk menikmati pakej sedemikian di Belum Rainforest Resort (hotel, pengembaraan di hutan, dan sebagainya) dan harga ialah dalam lingkungan RM 400 ke atas.

Interesting links:

Belum Rainforest Resort

North Corridor Economic Region (NCER)

EMKAY Group

13:04 Posted in Journey | Permalink | Comments (3)

Comments

Beruntung betulll.. Saya orang Perak pun belum sampai ke sini.. Lepas ni, insyaAllah

Posted by: aminbakish | Monday, June 29, 2009

aminbakish - Memang sangat seronok pengalaman di Hutan Belum. Jika ada peluang dan ruang saudara berkunjung la ke sana.

Posted by: Amar Razali | Monday, June 29, 2009

saya sedikit pening tentang kau,
walaupun rasanya saya kurang kenal kau,
sengaja beranjak beberapa waktu untuk menilai artikel tulisan kau,
kau ada bakat dalam tulisan,
tapi muktakhir ini,kedengaran banyak cerita yang ku kira kurang enak mengenai kau,
benarkah kau begitu atau begini..
yang pasti mereka ini seperti kenal kau agak rapat..
aku jenis suka berkongsi cerita tentang artikel2 pemilik2 blog..
itu yang tercetus punca..
kiraan seperti kau lbh byk bertopeng dari yg actual..
ku kira bagus kalau ada yg terus-terang seperti ku..

Posted by: rendra | Sunday, July 05, 2009

Post a comment

NB: Comments are moderated on this weblog.