Friday, August 14, 2009
Belajar Melalui Pengalaman
As-salaam 'alaykum warahmatullah wabarakatuh,
Narrated Anas bin Malik: The Prophet used to say, "O Allah! I seek refuge with You from helplessness, laziness, cowardice and feeble old age; I seek refuge with You from afflictions of life and death and seek refuge with You from the punishment in the grave." (Recorded in Saheeh Bukhari, Book 52, Hadeeth 77)
Saya sangat menghargai pengalaman. Sungguh - saya sungguh teruja sekiranya mendengar cerita daripada seseorang yang berpengalaman. Tidak kiralah dalam bidang apa jua sekalipun kerana saya percaya banyak perkara yang boleh dipelajari daripada pengalaman orang yang lain. Sejak saya belajar di universiti lagi, kelas kegemaran saya ialah Engineering Management 244 oleh Prof. Ben Jordan yang berusia mungkin sekitar 60 - 70 tahun. Kenapa? Kerana dalam kelas tersebut beliau sentiasa menceritakan pengalaman beliau yang 'real world.' Inilah yang saya mahu dengar dan hayati kerana pada masa akan datang perkara yang serupa mungkin akan berlaku pada diri saya juga.
Baru-baru ini saya berkesempatan mengikuti latihan Total Preventive Maintenance yang dianjurkan oleh Lean Promotion Office di CTRM. Salah seorang instructor program tersebut ialah En. Jasman. Sewaktu di awal sesi training tersebut, saya berdoa janganlah saya tersengguk-sengguk kerana mengantuk. Namun, tanpa saya sedari, training selama 2 hari itu saya lalui tanpa sedikit perasaan bosan. En. Jasman menceritakan pengalaman beliau yang saya rasa cukup sesuai dan mampu memberi semangat kepada para pekerja, lebih-lebih lagi kepada technician yang ramai hadir menyertai program training itu. En. Jasman memulakan kerjaya sebagai seorang technician biasa di sebuah kilang elektronik Jepun, NEC. Tetapi saya percaya bahawa berkat kesabaran, kejujuran dan keikhlasan beliau dalam bekerja, beliau begitu cepat menaiki tangga pangkat, dan sudah hampir berpuluh-puluh kali ke luar negara, (hampir 17 kali ke Jepun) bukan sekadar menjalani latihan teknikal, malah untuk menyelesaikan permasalahan yang dihadapi oleh pekerja-pekerja di sana. Dahulu, mungkin beliau bermula sebagai seorang technician biasa. Namun kini beliau sudah menjadi salah seorang eksekutif di syarikat ini. Alhamdulillah kini beliau mampu hidup selesa, kembali ke negeri asalnya di Melaka setelah sekian lama merantau.
Saya berpendapat inilah mentaliti yang seharusnya ada pada diri para pekerja lebih-lebih lagi pada seorang technician. Saya memahami bahawa kebanyakan technicians merupakan lepasan diploma, dan pendapatan mereka mungkin tidaklah setaraf senior technician, engineer dan posisi yang lain. Tetapi yakin dan percayalah bahawa mereka mampu naik ke peringkat yang lebih tinggi sekiranya mereka sabar dan benar-benar ikhlas dalam bekerja. Juga mempunyai keinginan untuk meningkat naik - dengan cara menambah pengetahuan, berdisiplin dan bersedia untuk berubah. Saya sentiasa memerhatikan technician yang bekerja di bahagian saya - mereka sebenarnya sangat penting dalam menjalankan operasi unit, dan betapa saya menghargai kehadiran mereka dalam perjalanan operasi. Tetapi saya dapat berasakan bahawa ada antara mereka sendiri yang sebenarnya tidak merasai kepentingan tersebut pada diri mereka. Mungkin disebabkan pendapatan yang mereka raih tidaklah terlalu tinggi. Mungkin disebabkan kelayakan mereka yang tidak begitu tinggi. Mungkin disebabkan mereka sebenarnya kabur dan tidak nampak di manakah kepentingan mereka pada operasi. Tetapi pada hakikatnya, sebenarnya mereka sangat penting dalam perjalanan operasi syarikat.
Lantaran itu, sekiranya saya mendengar ada di antara technician yang selalu meluahkan masalah mereka kepada saya yang melibatkan pendapatan, saya sentiasa menasihatkan (diri saya dahulu tentunya) dan pada mereka agar bersabar, dan ikhlas dalam bekerja. Rezeki itu datangnya daripada Allah, sekiranya kita benar-benar jujur dan ikhlas dalam bekerja, rezeki itu akan tiba dan kita sendiri akan berasa cukup dengan jumlah pendapatan yang halal dan inshaAllah berkat itu. Namun saya juga lihat ramai di antara technicians yang sebenarnya sangat berpotensi jika bakat mereka benar-benar diasah. Rata-rata di antara mereka muda dan hampir-hampir sebaya dengan saya. Ada di antara mereka yang sangat komited dalam bekerja, berani memberi pendapat, dan mengemukakan idea yang bernas.
Dalam sesebuah syarikat, tiada seorangpun yang tidak penting. Bagi saya semuanya mempunyai fungsi dan kepentingan yang tersendiri daripada seorang mak cik yang membersihkan tandas itu - sehinggalah kepada seorang General Manager. Mereka aset berharga kepada syarikat, dan saya percaya produktiviti boleh ditingkatkan sekiranya setiap pekerja menyedari amanah yang mereka bawa sebenarnya cukup penting, bukan sahaja kepada syarikat, malahan kepada pelanggan, dan setiap insan dan nyawa yang mengharapkan pesawat yang kita hasilkan itu, dapat mereka naiki dengan selamat.
12:46 Posted in Journey | Permalink | Comments (2) | Email this


Comments
salam
Amar, mung kerja kt CTRM ke? Beruntung la mung. Dulu aku pernah apply intern kt situ gak, tp x dpt, da penuh. Mung sewa umah kt area mn?
Posted by: syah | Monday, August 17, 2009
wa'alaykum salaam syah,
Yup, aku kerja di CTRM skrg - alhamdulillah. Aku sewa rumah di Taman Merdeka Jaya, sebelah Masjid an Najiheen.
Posted by: Amar Razali to syah | Thursday, August 20, 2009
Post a comment
NB: Comments are moderated on this weblog.