Saturday, February 20, 2010

Malam Kilauan Kencana IPG Ilmu Khas

DSCF5353.JPG

As-salaamu'alaikum,

Saya tidak ingat bilakah kali terakhir saya mengunjungi maktab perguruan, atau kininya dikenali sebagai Institut Pendidikan Guru (IPG). Sememangnya saya mempunyai kenangan tersendiri kerana saya pernah dibesarkan di beberapa kuarters guru di maktab - antaranya seingat saya ketika di Maktab Perguruan Kota Baru, Kelantan (ketika itu saya masih kecil - Abg Yu bersekolah di SMS Sultan Muhammad Faris Petra), kemudian ke Maktab Perguruan Pasir Panjang dan kemudian ke Maktab Perguruan Batu Rakit.

Malam semalam saya menemani mama ke Malam Kilauan Kencana sempena sambutan 50 tahun Jubli Emas di IPG Kampus Ilmu Khas, Kuala Lumpur. Mama dijemput untuk merasmikan Dewan Dato' Razali Ismail di IPG tersebut. Sambutan diserikan lagi dengan kehadiran YBhg. Tan Sri Dr Haji Zulkurnain bin Haji Awang, Ketua Setiausaha, Kementerian Pelajaran Malaysia dan YBhg. Dato' Asariah binti Mior Shaharuddin, Timbalan Ketuan Pengarah Pelajaran Malaysia, Sektor Pembangunan Profesionalisme Keguruan - kedua-dua mereka merupakan dahulu rakan sekerja almarhum papa.

Majlis tersebut juga mengumpulkan ramai bekas pelajar IPG Ilmu Khas sejak penubuhannya pada tahun 1959. IPG Ilmu Khas dahulunya dikenali sebagai Specialist Teacher's Training Institute (STTI). Sudah menjadi kebiasan, apabila ramai bekas pelajar berkumpul, tentunya pelbagai nostalgia akan dikenang.

Saya mendoakan agar IPG Ilmu Khas terus melahirkan bakal pendidik yang berwibawa sebagai pemimpin dan pendorong kecemerlangan dunia pendidikan negara, inshaAllah, ameen.

 

19:00 Posted in Journey | Permalink | Comments (0) | Email this

Post a comment