Sunday, March 21, 2010
Pesta Buku Antarabangsa KL 2010
As-salaamu'alaikum,
Saya ke PWTC semalam, untuk melihat-lihat Pesta Buku Antarabangsa KL yang sedang berlangsung dari 19 - 28 Mac 2010. Saya ke sana bersama Hazwan, pharmacist yang tinggal di Banting tetapi bekerja di Hospital Besar Melaka. Rumahnya di Batu Berendam tidak berapa jauh dari rumah saya.
Seperti yang telah kami jangkakan, pasti ramai yang akan berkunjung pada hujung minggu. Cuaca pula, alhamdulillah cukup redup.
Saya telah merancang untuk mencari beberapa buah buku terbitan Pustaka Imam Asy-Syafii, dan alhamdulillah setelah puas mencari akhirnya berjumpa dengan buku-buku seperti Ensiklopedi Shalat (mashaAllah, buku berjilid 3 ini memang memperincikan perihal solat), dan Kisah Shahih Para Nabi (yang pernah disebutkan oleh Ustaz Zahazan dalam salah satu kuliah beliau di radio IKIM). Tetapi memandangkan buku tersebut datang dalam berjilid, (dan harga satu jilid pun boleh tahan), saya menangguh dulu hasrat untuk memiliki set buku tersebut.
Selain Pustaka Imam Asy-Syafii, saya juga mula mengenali Penerbit Almahira, yang menerbitkan beberapa judul Atlas AlQur'an, Atlas Perjalanan Hidup Nabi Muhammad (saw), Atlas Sejarah Para Nabi dan Rasul, yang saya rasakan cukup bagus, interaktif, berwarna-warni, dan mudah untuk difahami.
Selain itu saya juga tidak sangka akan bertemu dengan beberapa judul buku karya Abu Ammar Yasir Qadhi, Bilaal Philips, dan beberapa terbitan Darus Salaam Houston, DVD The Deen Show, DVD daripada Waleed Basyouni, Tawfique Chowdhury, Yusuf Estes dan ramai lagi melalui pengedarnya di Malaysia, Dawah Book Store di Petaling Jaya. MashaAllah, ini tentunya telah membangkitkan kenangan sewaktu di US.
Saya akhirnya memilih untuk memiliki beberapa buah buku ini:
1. Atlas Perjalanan Hidup Nabi Muhammad oleh Dr. Sami bin Abdullah al Maghluts terbitan Pustaka Almahira
Pada mulanya, Hazwan dan saya hanya membelek-belek buku tersebut. Tetapi semakin dibelek, terasa semakin menarik. Buku tersebut menceritakan sirah Nabi Muhammad (saw) yang disertai foto, ilustrasi, peta, gambarajah dan sebagainya yang memudahkan lagi pemahaman terhadap perjalanan kehidupan Nabi Muhammad (saw). Saya berpendapat buku ini seharusnya menggantikan buku teks untuk subjek Pendidikan Islam kerana memang sangat menarik dan lebih mudah untuk difahami.
Mungkin buku ini tidaklah seterperinci Seerah ibn Hisham, jauh sekali Seerah ibn Ishaq, juga Ar-Raheeq al-Makhtoom, tetapi buku ini senang untuk dibaca oleh kebanyakan orang, bukan sahaja oleh para pelajar, malah untuk orang dewasa.
Harga asal buku ini ialah RM225, dan saya membelinya pada harga RM140, dengan 4 buku sebagai free gifts. MashaAllah, alhamdulillah. It was a very good deal!
2. Kesan Dosa dalam Hidup oleh Ibn Qayyim al Jawziyya (rahimahullah) dialih bahasa oleh Ustaz Ahmad Asri Lubis terbitan Anbakri Publika Sdn Bhd.
Saya memang meminati tulisan Ibn Qayyim, dan penterjemahan ke Bahasa Malaysia oleh Ustaz Ahmad Asri (semoga Allah memberkati usaha murni beliau) memberi peluang untuk memahami dengan lebih dekat tulisan Ibn Qayyim. Buku ini hanyalah ekstrak kecil daripada karya sebenar Ibn Qayyim, الجواب الكافي لمن سأل عن الدواء الشافي
Buku ini turut disertakan VCD naseehah daripada Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat berkenaan dosa. Harga asalnya ialah RM23, dan selepas diskaun ialah RM20 (terima kasih).
3. Terjemah Al-Azkar, Pilihan dari kalimat-kalimat Rasulullah (saw) oleh Al-Imam Al-Nawawi terbitan Pustaka Antara Sdn. Bhd.
Mudahnya, karya asal ialah الأذكار النووية oleh Al-Imam Al-Nawawi. Sepanjang pengetahuan saya, buku ini belum diterjemah ke bahasa lain selain Bahasa 'Arab. Terkejut juga buku ini sudah dialih bahasa ke Bahasa Malaysia. Di dalam buku ini tidak tertulis siapakah penterjemah buku ini selain nama singkatan. Allahu'alam, semoga Allah memberkati sesiapa jua yang berlibat dalam proses penterjemahan ini.
Buku ini dijual dengan harga asal RM 65, tetapi selepas diskaun dibeli pada harga RM55, dengan satu buku free gift (terima kasih).
4. Yasin dan Doa oleh Ustaz Dzulkarnain Al-Hafiz terbitan InTeam Records.
Saya seringkali juga mengikuti rancangan Kalam Suci bersama-sama dengan Ustaz Dzulkarnain, dan mashaAllah, beliau dianugerahkan suara yang cukup merdu. Sebenarnya Ustaz Dzulkarnain pernah memberi ceramah di CTRM kira-kira 2 bulan yang lalu, dan ketika pertama kali mendengar suaranya mengalunkan ayat-ayat suci al Quran, mashaAllah, sungguh merdu (teringat pula suara merdu Ustaz Shamsi Ali dari Indonesia sewaktu berada di US).
Koleksi ini sesuai untuk saya dengarkan sewaktu memandu di dalam kereta, inshaAllah. Harga asalnya RM 19.90, kemudian selepas diskaun ialah RM18 (terima kasih).
Alhamdulillah, seronok dapat ke Pesta Buku. Semoga dapat bertandang lagi pada tahun hadapan, inshaAllah.
01:45 Posted in Journey | Permalink | Comments (5) | Email this


Comments
interesting books!
family aku pun baru pegi on Saturday. penuh sungguh, lagi2 tengah cuti sekolah kan.
memang rugi kalau tak pegi.
Posted by: Nazirah | Sunday, March 21, 2010
Memang sangat ramai org hari tu. aku rasa next weekend lagi ramai kot, pasal yelah, hujung bulan kan ramai yang baru masuk gaji haha.
anyway memang best, sehari macam tak larat nak round semua. besar sangat..
Posted by: Amar | Monday, March 22, 2010
Setahu kami penerbit "Pustaka Imam Syafi'i" ini berfaham Wahabi dan banyak menerbitkan buku2 berfaham Wahabi. Mungkin karena memakai nama Imam Syafi'i, maka kami di Indonesia banyak yang "tertipu".
Posted by: spion | Wednesday, March 31, 2010
Assalamualaikum..saya ada lihat satu program di tv3.Penceramahnya pakai buku Atlas Perjalanan Hidup Nabi Muhammad.Tertarik dengan buku tersebut, saya search dlm google. keluar blog Abe.Minta izin saya copy n paste gambar buku dalam fb saya.untuk ingatan saya pergi cari kat kedai. sekali lagi minta izin. terima kasih.
Posted by: nik ismail bin nik hasan | Wednesday, August 11, 2010
Wa'alaikum salaam wa rahmatullah. silakan, buku tersebut mashaAllah memang sangat informative. semoga bermanfaat inshaAllah.
Posted by: Amar to nik ismail bin nik hasan | Thursday, August 12, 2010
Post a comment
NB: Comments are moderated on this weblog.