Sunday, December 28, 2008

Pertemuan Yang Tak Disangka

Assalamu’alaykum Warahmatullah Wabarakatuh,

PIC_0006.jpg

Hadiah daripada Ummi Rose dan Kak Roha. Terima kasih!

p/s: Ini sekadar catatan perjalanan. Untuk nota semasa Texas Da’wah Convention, nantikan sedikit masa lagi.

Prolog: Pada awalnya saya tidak merancang langsung untuk ke Texas Dawah Convention pada tahun ini. Seperti yang telah saya nyatakan sebelum ini, saya hanya merancang untuk rehat-rehat sahaja di Nashville, setelah pulang dari perkahwininan Ismail Fahmi dan Meredith di Tulsa, OK. Sebenarnya, keputusan untuk ke Tulsa, OK juga dibuat seminggu sebelum saya ke sana. Pada mulanya saya bercadang untuk membatalkan hasrat untuk ke majlis perkahwinan beliau kerana yalah, saya seperti tidak mahu ke mana-mana saja, tetapi mengenangkan undangan Ismail yang juga salah seorang rakan yang karib dengan saya tidak dapat saya lupakan.

Lantaran itulah setelah pulang dari Tulsa, saya rasa mahu berehat-rehat saja. Ada juga sebenarnya keinginan untuk ke Texas Dawah Convention, tetapi keinginan itu tidak sekuat seperti keinginan pada tahun-tahun yang lepas (2006, 2007). Malah saya sudah memberitahu kepada Dr. Awadh dan Imam Gyasi yang saya tidak akan ke mana-mana lagi untuk winter break ini. Pada malam Isnin itu, tiba-tba saja si Naziha mesej, mengkhabarkan bahawa ada sebenarnya yang mahu ke Texas Dawah Convention dan ingin tahu sekiranya saya mahu menyertai sekali. Ketika itu ada 3 orang itu sajalah yang mahu mengikuti (Alia, Nadiah dan Nadhirah). Saya tidak dapat lagi menolak peluang itu kerana saya memang ingin ke sana sekiranya ada yang mahu pergi sekali. Pucuk di cita, ulam mendatang. Kemudian, saya mencari seorang lagi ahli, bagi mencukupkan ahli seramai 5 orang – dan alhamdulillah, Naqiuddin mahu turut serta.

p/s: Masha Allah. Pilihan saya, Naqiuddin, yang juga seorang freshmen, saya rasakan tepat. Mungkin dialah antara 'legacy' yang akan saya tinggalkan kelak.

Selasa, December 23 2008

Kami bertolak dari Nashville sekitar jam 6:30 petang. Alhamdulillah, semua ahli kereta sihat-sihat dan tidak sabar-sabar untuk bertolak. Saya masih kurang mengenali Nadiah dan Nadhirah kerana mereka Freshmen, dan saya juga rasanya sebelum ini tidak pernah langsung bercakap dengan mereka. Justeru, kami gunakan peluang sepanjang perjalanan untuk mengenali antara satu sama lain. Cerita hantu Nadhirah semasa di SMS Seri Puteri begitu menarik, juga nasihat dan peringatan daripada Naqiuddin banyak menyedarkan kami. Alhamdulillah, perjalanan berjalan lancar. Saya memandu dari mula sehingga jam 12 tengah malam sebelum Alia mengambil alih dari jam 12 sehingga jam 6 pagi. Saya kemudian mengambil alih sehingga kami tiba ke destinasi kami – Hilton Houston at De Las Americas sekitar jam 9 pagi.

Ada satu perkara yang tidak diingini berlaku. GPS Alia rosak. Saya agak terkilan juga, terasa seolah-olah ‘hilang sebelah kaki’ kerana GPS bagi saya amat penting jika travel dengan kereta. Dengan GPS, barulah terasa yakin untuk ke mana-mana kerana tidak lagi perlu risau akan kesesatan, salah alamat dan sebagainya. Alhamdulillah, Alia ada membawa sekali print map yang menjadi panduan kepada kami sepanjang perjalanan walaupun ada kalanya timbul kekeliruan dan kegusaran sekiranya terlepas Exit atau tersilap jalan.

Rabu, December 24 2008

Tiba di hotel sekitar jam 9 pagi. Alia, Nadiah dan Nadhirah menumpang bersama-sama dengan Kak Teh – pelajar Malaysia yang sedang menyambung sarjana di University of Massachusetts. Saya berkongsi bilik bersama-sama dengan Naqiuddin. Setelah penat berada di dalam kereta hampir 14 jam itu, saya dan Naqiuddin tidur kepenatan sehingga jam 1 tengahari.

Kami berenam (saya, Naqiuddin, Alia, Nadiah, Nadhirah, dan Kak Teh) bersama-sama keluar untuk makan tengahari. Destinasi ketika itu ialah Bombay Palace, sebuah restoran India yang halal di Hillcroft Ave, Houston. Ketika saya mahu sahaja menikmati nasi beryani, ayam lollipop, makhani dan berbagai juadah India itu, tiba-tiba Alia mengkhabarkan bahawa 2 penceramah jemputan untuk program Muktamar IMSA-MISG dari Malaysia akan tiba di George Bush Intercontinental Airport (IAH) pada petang itu dan kami perlu menjemput mereka di airport. Tanpa membuang masa saya dan Alia terus ke IAH, takut-takut terlambat menjemput mereka. Naqiuddin, Nadiah, Nadhirah dan Kak Teh kami tinggalkan di Bombay Palace.

Kami tiba di IAH sekitar jam 4 petang. Menunggu Ummi Rose dan Kak Roha di IAH membuatkan saya terkenang kembali ketika menunggu almarhum papa dan mama di Newark Airport. Perasaan seolah-olah tidak sabar menunggu. Masa seolah-olah terlalu perlahan untuk berlalu. Namun alhamdulillah, setelah menunggu kira-kira 2 jam, alhamdulillah, akhirnya keluar Ummi Rose dan Kak Roha dari balai ketibaan. Hati saya sangat teruja!

“Ramai sangat di kaunter imigresen tadi,” ujar Ummi Rose.

Lalu terus saya dan Alia membawa Ummi Rose dan Kak Roha ke Bombay Palace untuk makan malam. Sampai di Bombay Palace, saya meminta Alia menemani Ummi Rose dan Kak Roha untuk makan malam, sementara saya perlu menghantar Naqiuddin, Nadiah, Nadhirah dan Kak Teh balik ke Convention Center kerana program pertama akan bermula pada jam 7 malam itu.

Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar. Saya menghantar mereka ke Convention Center sebelum program pertama yang dikendalikan oleh Shaykh Yasir Qadhi itu bermula. Setelah itu saya kembali pula ke Bombay Palace untuk bersama-sama dengan Ummi Rose, Kak Roha dan Alia untuk makan malam.

Sesungguhnya kedatangan Ummi Rose dan Kak Roha menyebabkan saya terkenang benar akan Mama di Kuala Terengganu. Memang saya terasa benar akan kesunyian yang mama rasai pada waktu ini. Justeru saya bertekad bahawa saya akan melayan Ummi Rose dan Kak Roha sebaik-baiknya, sebagaimana saya akan melayan Mama sekiranya Mama datang ke sini.

Seusai makan malam, saya dan Alia menghantar Ummi Rose dan Kak Roha pulang ke Hilton Westchase tempat program Muktamar IMSA-MISG akan berlangsung.

Khamis, December 25 2008

Hari itu saya tidak melepaskan peluang untuk menghadiri sessions di Texas Da’wah Convention. Pada waktu tengahari, saya dan Alia keluar untuk membawa Ummi Rose dan Kak Roha makan tengahari. Masha Allah, ada satu kedai makan timur tengah itu, subhanallah, hidangannya begitu menyelerakan! Saya sudah lupa apa nama restoran itu tapi tidak jauh dari Bombay Palace tempat kami makan pada malam sebelumnya.

Alhamdulillah, rasanya hari itu bolehlah dikira hari yang paling lama saya dapat bersama-sama dengan Ummi Rose dan Kak Roha. Sempatlah juga saya bertanya sedikit sebanyak akan kerja-kerja yang dijalankan oleh mereka dan masha Allah, sebenarnya saya begitu kagum dengan hasil usaha mereka. Mungkin saya ini tidak banyak didedahkan dengan kegiatan dakwah dan islah di Malaysia, tetapi mereka adalah tunjang kepada Raudhatul Sakinah (Pusat Bimbingan Remaja Puteri), Wanita Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) dan penerbitan siri ‘Aku Ori Bukan Fotokopi’ oleh JIM Media. Masha Allah, saya hanya mampu memuji-muji kebesaran Allah di dalam hati, betapa kagumnya saya akan kerja keras mereka dalam memainkan peranan dakwah, islah dan tarbiyyah dalam masyarakat kita.

Dalam hati saya menyimpan azam, in sha Allah, saya mahu turut serta, membantu dalam kerja-kerja yang sungguh mulia ini kelak.

Jum’at, December 26 2008

Hari ini saya dan Naqiuddin hanya menumpukan perhatian sepenuhnya kepada program Texas Da’wah Convention. Masha Allah, pengisian yang diberikan sangat mantap! In sha Allah akan saya kongsikan bersama-sama tidak lama lagi.

Hari ini kebanyakan peserta Muktamar sudah tiba. Pada sebelah petangnya, Pak cik Zabidi dan keluarganya menganjurkan makan tengahari di rumahnya. Mohon maaf Pak cik Zabidi, saya bukan sengaja mahu menolak undangan, tetapi ada sedikit komplekasi dalam urusan pengangkutan untuk ke rumah Pak cik Zabidi.

Sabtu, December 27 2008


Hari ini hari terakhir Texas Da’wah Convention. Alhamdulillah, saya hanya berada di Convention pada hari itu, cuba mengutip sebanyak mana mutiara-mutiara, nasihat berguna, serta panduan dan peringatan daripada sesi ceramah yang diadakan itu. Saya berkesempatan berbual dengan Shaykh Abdulbary Yahya, Shaykh Abdulhakim alHiyafi, Shaykh Waleed Basyouni, di samping bertemu dengan Shaykhul Islam Salah asSawy, Shaykh Abu ElFadl, Shaykh Yasir Qadhi, Shaykh Yasir Birjas, Shaykh Yasir Fazaqa, dan ramai lagi, masha Allah, alhamdulillah.

Program berakhir pada jam 11 malam. Berakhir sudah Texas Da’wah Convention pada tahun ini. Kemudian, kami semua berangkat menuju ke lokasi penginapan Muktamar IMSA-MISG. Pada malam itu, saya menumpang di bilik Naqiuddin bersama-sama dengan beberapa rakan dari Purdue.

Pada malam itu, saya sempat berjumpa dengan beberapa ikhwah dari IMSA dan MISG. Terasa seronok, kerana sudah agak lama tidak berjumpa dengan mereka semua.

Ahad, December 28 2008

Hari ini hari terakhir saya di Houston. Alhamdulillah, pada pagi itu saya sempat menunaikan solat subuh bersama-sama dengan peserta yang lain. Pada masa itulah, saya sempat berjumpa dengan lebih ramai peserta daripada IMSA dan juga MISG. Saya cuba menegur seramai mana yang saya temui, kerana saya belum pasti, bilakah pula saya akan diberi peluang untuk berjumpa dengan mereka semua.

Penerbangan saya ialah pada jam 12 tengahari. Sebelum saya ke airport, saya sempat menemui Ummi Rose dan Kak Roha di lobi hotel. Terasa sungguh sedih dan berat untuk meninggalkan mereka semua, kerana saya rasa sungguh gembira dapat bersama-sama dengan mereka. Tetapi pertemuan dan perpisahan itu adalah lumrah, malah saya sudah berasa perpisahan yang lebih pedih daripada ini, justeru saya berdoa kepada Allah agar memberi peluang kepada saya untuk berjumpa dengan mereka lagi, jika tidak di dunia, in sha Allah moga-moga di Syurga Jannatul Firdaus kelak, In sha Allah.

Saya tiba di Nashville sekitar jam 2:30 petang, alhamdulillah, dan my big bro Nuruddeen sudah sedia menanti.

Alhamdulillah, segala puji kepada Allah, yang memberi saya peluang yang sangat berharga untuk menemui orang-orang yang berlumba-lumba dalam mengejar kebaikan dan kebajikan. Sesungguhnya pertemuan dengan mereka semua membuatkan saya lebih bersemangat, In sha Allah, untuk meneruskan perjuangan saya sendiri di Nashville ini, In sha Allah.

23:23 Posted in Journey | Permalink | Comments (5) | Email this

Alhamdulillah - Another Well-Spent Break

Assalamu'alaykum,

Now I am at George Bush Intercontinental Airport, waiting for my CO 2881 flight from Houston to Nashville approx at 12:25pm. It was pouring, raining so heavily outside. But Alhamdulillah, I made it here on time. Subhanallah, my winter break this year, it was well spent, alhamdulillah. Furthermore, I met with several great personnel, people, made new friends, and learned a lot of new experiences along the way.

Alhamdulillah.

I never thought that I am going somewhere for this winter break. Initially I planned to stay home, hanging out here, spent my day time working, and do some readings at night, or go to ICN for Isha or maybe fajr. That's it.

I never thought that I am going to meet personally with people that I respected so much. Shaykh Salah AsSawy, the world renowned Islamic scholar, Shaykh Abdulhakim Alhiyafi, our former imam at ICN that I last met during my freshmen year and others. Also, the beloved Ummi Rose and Kak Roha.

There's so many things to share with. So many things! In sha Allah I will continue writing when I arrive in Nashville soon. They are calling the passengers now.

Amar Razali

12:12 Posted in Journey | Permalink | Comments (0) | Email this

Tuesday, December 23, 2008

It's Christmas Time and People Turned Out To Be So Nice

Assalamu'alaykum,

Musim Christmas datang lagi. Semalam di pejabat ada free lunch. Sebab ada orang menawarkan, saya pun tumpanglah sekaki sekali. Beans with chickens soup with breads. Sedap! Ada rasa-rasa macam Tom Yam sikit sup tu. Lepas itu juga ada sangat banyak cookies dan sweets di pejabat dapur. Hari ini (December 23) ada lagi staff datang menawarkan homemade cookies. Memang sangat sedap!

Semua orang mood sangat baik. Dr. Pickert dan Dr. Hickson awal-awal pagi tadi lagi sudah tersenyum lebar menegur semasa saya baru tiba di pejabat. Sebenarnya hari ini juga sudah ada yang mula bercuti. Casey dan Mallory sudah mula bercuti. Cuma tinggal Meredith dan Kelly saja di bahagian saya hari ni. Mereka nampak sibuk sebab semuanya nak selesaikan kerja sebelum pulang bercuti. Pejabat akan tutup hari Rabu dan Khamis dan akan kembali bekerja pada hari Juma'at.

Ah, saya pun ada unsur-unsur kemalasan juga sebenarnya hari ini. Supervisor Jan dan Bernedict sudah bercuti maka separuh tugas saya dalam bahagian biostastician dan data management itu boleh kata berhenti sekejap untuk masa sekarang. Cuma tinggal coding dan programing untuk PARS sistem itu sajalah. Tapi itupun saya rasa macam culas sikit. Entahlah, sebab orang pun semua mood untuk holiday saja. Saya pun terasa nak holiday la juga sikit-sikit.

Saya minta cuti untuk hari Juma'at ini. In sha Allah saya akan ke Texas Da'wah Convention lagi. Err.. sebenarnya decision untuk ke sana agak last minute. Saya dalam hati, ada keinginan nak pergi tapi ada perkara lain yang bermain di fikiran saya. Pada malam Isnin setelah saya pulang dari Tulsa, OK daripada perkahwinan Ismail dan Meredith, barulah saya membuat keputusan untuk pergi setelah tahu ada juga yang akan pergi. Kami akan bertolak pada malam ini, In sha Allah. Semoga selamat pergi dan selamat kembali.

Minta maaflah, ada rakan-rakan mengusik, "Texas Dawah pergi, Muktamar IMSA-MISG tak pergi." Sebenarnya saya dalam hati nak juga ke Muktamar IMSA-MISG. Tapi minta maaf, saya tak boleh ambil cuti lama-lama daripada kerja. Supervisor saya dah memberi banyak kelonggaran kepada saya untuk bercuti banyak kali sebelum ini i.e. cuti kecemasan seminggu untuk pulang ke Malaysia, cuti seminggu lagi untuk final exam. Jadi saya jadi dah jadi tahap segan dah untuk minta cuti lama-lama lagi.

Berhenti di sini dulu. Dr. Pickert panggil ada meeting.

Amar Razali

11:40 Posted in Journey | Permalink | Comments (2) | Email this

Wednesday, December 10, 2008

'Eid Adha 1429H

DSC01044_1.jpg

'Eid Adha 1429 from Nashville, TN. The 'Eid prayer was held at Kean Hall, Tennessee State University. It feels great to see some of these brothers again, alhamdulillah. To be so far away from family, friends are like our own brothers.

Anyway, 'Taqab-Balal'Laahu Minnaa Wa Minkum.' ('May Allaah accept it from us and from you.')

00:38 Posted in Journey | Permalink | Comments (2) | Email this

Monday, December 08, 2008

2 Bulan Terakhir Kerja-Kerja Papa



Assalamu'alaykum Warahmatullah Wabarakatuh,

Video ini dihasilkan oleh 2 orang guru, yang pada asalnya bertujuan untuk merumuskan kerja-kerja almarhum papa untuk 2 bulan yang terakhir. Video ini sepatutnya ditunjukkan kepada almarhum papa untuk diluluskan, tetapi Allah adalah sebaik-baik perancang, papa pergi dahulu sebelum sempat menyaksikannya.

Lagu Sudirman - Warisan, merupakan antara lagu kegemaran papa semasa hayatnya. Amat tersentuh kerana papa sempat menziarahi rumah penggali kubur papa sebelum pemergiannya.

Narrated 'Abdullah bin Umar, Allah's Apostle said, "A Muslim is a brother of another Muslim, so he should not oppress him, nor should he hand him over to an oppressor. Whoever fulfilled the needs of his brother, Allah will fulfill his needs; whoever brought his (Muslim) brother out of a discomfort, Allah will bring him out of the discomforts of the Day of Resurrection, and whoever screened a Muslim, Allah will screen him on the Day of Resurrection."

Saheeh Bukhari, Book #43, Hadith #622.

May Allah grant papa with the best place - Jannatul Firdaus in the hereafter. Ameen.

23:51 Posted in Journey | Permalink | Comments (4) | Email this

Saturday, November 29, 2008

I Will be In Malaysia. Dec 1 - 6 2008

Dear friends and collegues,

I will be in Malaysia from December 1 (Monday) until December 6 2008 (Saturday). I am 99% sure that I will be at my house in Batu Burok, Kuala Terengganu. If you would like to give a visit, the best way to reach me in this short notice is thru my home phone number (09-6267413 or 09-6223782). I will be more than happy to meet with you, In sha Allah.

Amar Razali

02:50 Posted in Journey | Permalink | Comments (4) | Email this

Papa.. Berehatlah..

DSC03031.jpg

Kenangan terindah anakanda bersama ibunda dan ayahanda di Port Dickson ketika pulang bercuti Summer 2007


DSC03209v2.JPG

Kenangan terindah anakanda bersama ayahanda semasa di Kota Kinabalu ketika pulang bercuti Summer 2007


CIMG0833.JPG

Kenangan terindah anakanda bersama ayahanda semasa menghadiri perbentangan oleh ayahanda di Dewan Rakyat. Perbentangan yang pertama kalinya disaksikan oleh anakanda daripada ayahanda. Summer 2008.


DSC03266v2.JPG

Kenangan terindah bersama dengan ayahanda selepas Majlis Hari Guru Peringkat Negeri Terengganu. Ayahanda begitu ceria.


CIMG0361.JPG

Kenangan terindah ayahanda dan bonda semasa di New York, Spring 2008. Ayahanda begitu bergaya!


Pada hening sepertiga malam, Jumaat, November 28 2008. Cuaca Nashville cerah pada waktu itu. Walaupun agak sejuk di luar, bintang-bintang bersinar semuanya bergemerlapan. Aku tiba-tiba rindukan papa. Tiba-tiba terasa rindu benar ingin bercakap dengan papa. Sudah sekian lama aku tidak bercakap dengan papa - hanya ber'sms' - kerana aku memahami betapa sibuknya jadual harian papa. Aku sentiasa gusar kalau ingin menelefon papa, bukanlah aku penakut, tetapi aku bimbang sekiranya aku menelefon ketika papa sedang bermesyuarat, atau sedang menghadiri urusan-urusan rasmi. Tetapi pada hening sepertiga malam itu, aku tidak melelapkan mata kerana teringatkan begitu papa. Lalu aku berazam, "Pagi nanti aku mesti telefon papa."

Seusai solat subuh, aku berbaring di atas katil. Tiba-tiba Abang Mir menghantar email - "Acik, please call abg mir now." Eh? Seketika kemudian, sepupuku Mat Yuh, menelefonku. Sungguh tak pernah dia menelefonku sebelum ini, kami selalunya hanya berbalas sms.

Mat Yuh: "Hello Acik."
Aku: "Hello. Ho guane Mat Yuh?"
Mat Yuh: "Eh mu tau dok. Ayoh mu ninggal.."
Aku: "Haa?"
Mat Yuh: "Eh dakpe smula lah aku call mu."
Talian terputus.

Aku jadi tak tentu arah. Fikiran menjadi kusut. "Ayoh mu ninggal.." Terus aku menghubungi Abang Mir. Saat-saat setelah itu, merupakan saat yang tidak mahu aku kenang-kenangkan.

Aku: "Hello Abang Mir."
Abang Mir: "Hello Acik. Acik apa khabar? Buat apa tu?"
Aku: "Baru lepas Subuh di sini Abang Mir. Abang Mir di mana tu?"
Abang Mir: "Abang Mir sekarang dalam kereta. Dalam perjalanan ke Genting. Acik, banya-banyak bersabar ya."
Aku: "Kenapa?"
Abang Mir: "Papa. Papa dah tiada. Papa dah tiada."
Aku: "Haa? Apa dia?"
Abang Mir: "Papa. Pada dah tiada. Papa dah tiada."

Mengucap panjang aku di talian. Papa. Papa. Yang baru sebentar lalu aku rindu-rindukan kerana sudah lama tidak dihubungi. Papa. Papa. Meninggal dunia. Aku bertafakkur. Namun fikiranku kusut. Berserabut. Aku jadi tidak tenang. Terus sahaja aku hubungi Mama. Mama menjawab panggilan, tetapi, hanya disambut dengan esakan dan hibaan. Dan talian, terputus begitu sahaja. Aku hubungi pula Abang Yu. Abang Yu suaranya tenang, mengiyakan pemergian Papa. Aku cuba menghubungi Anwar dan Arif, tetapi tidak bersambut.

Aku menjadi sugul. Tanpa aku sedari, air mata berguguran. Dan seketika kemudian, aku teresak-esak. Papa yang aku sayangi, meninggal dunia. Jumaat, November 28 2008 menjadi catatan sejarah. Ah, hari ini terasa panjang. Sungguh panjang. Bibir tidak putus-putus membutirkan tasbih, do'a dan bacaan Qur'an. Papa yang aku sayangi, sudah pergi meninggalkan dunia yang fana ini.

Aku melihat sekeliling bilik. Ada 3 gambar bersama-sama dengan papa di atas rak. Kemudian aku menonton kembali rakaman video bersama-sama papa semasa aku pulang bercuti baru-baru ini. Hati berkecai. Tangisan berderai lagi. Seketika, rakan-rakan mula menghubungi. Kumad dari Australia, Yana dan Wawa dari London, Abang Sabry di Surrey. Kemudian aku menerima YM, dan email daripada rakan-rakan dan taulan memberi ucapan takziah.

Hari ini aku lekat kepada Skype dan telefon. Aku sentiasa menghubungi Mat Yuh bertanya keadaan di Kuala Terengganu - berkenaan urusan jenazah papa. Aku tidak berharap Mama, Abang Mir, Abang Yu, Anwar atau Arif akan menyambut panggilanku. Umum aku mengetahui, mereka pastinya sedang sibuk, dan aku tidak dapat membayangkan kesedihan mama di saat-saat seperti ini. Rakan-rakan seperjuangan di Vanderbilt. Betapa inilah masa aku benar-benar merasai pelukan persahabatan sehingga ke lubuk hati. Terima kasih kerana sudi menjenguk, aku tidak pernah mengkhabarkan kepada sesiapapun akan pemergian papa.

Papa begitu rajin bekerja. Aku masih ingat, sewaktu papa menjadi Pengetua di Maktab Perguruan Batu Rakit, papa sangat awal keluar bekerja! Seawal jam 630 pagi sudah bersedia di pejabat. Aku ingat itu kerana papa begitu konsisten. Kata papa, "Iltizam, Istiqamah, Ihsan." Aku belajar erti kerajinan daripada ketekunan papa. Sedari kecil papa mengajarku menulis karangan. "Karangan Saya" nama buku log yang besar itu. Setiap hari aku perlu menulis karangan. Mula-mula separuh mukasurat, dan lama-lama, aku berasa tidak penat menulis walaupun berjela-jela. Papa sangat suka membaca! Papa selalu kata "The boy who read is a boy who lead." Aku masih ingat lagi ungkapan itu. Tidak cukup dengan novel Bahasa Melayu, disuruhnya pula aku membaca karangan berbahasa Inggeris.

Jujurnya, aku mengagumi kepetahan papa berbicara. Memberi motivasi menjadi rutin harian. Papa pernah beberapa kali memberi motovasi pagi di Radio Malaysia Terengganu. Aku sangat suka mendengar papa memberi motivasi. Aku tidak pernah puas walau sekalipun mendengar kepandaian papa menarik minat pendengar. Papa - semoga ilmu bermanfaat yang papa berikan itu, menjadi bekalan papa di alam kubur.

Papa, selagi Acik mahu menulis berkenaan papa, selagi itu Acik akan menitiskan air mata di sini. Selagi Acik mahu menggali ingatan kenangan bersama-sama dengan papa, selagi itu hiba menjadi semakin sayu. Ya Allah, syukur, aku berterima kasih kerana mengurniakan daku seorang ayah yang hebat untuk mendidik dan membesarkan daku sepanjang 21 tahun hidupku ini.

Ya Allah yang maha penyayang, ampunilah dosa-dosa aku dan dosa-dosa papa dan mama, sebagaimana papa dan mama telah mendidikku sedari kecil.

Ya Allah, Kau berilah kemudahan kepada papa menempuhi alam kubur. Kau permudahkanlah papa menjawab persoalan. Kau permudahkanlah papa untuk menuju jalan ke syurga Mu yang kami impikan. Kau terangilah kubur papa, dan luaskanlah kubur papa seluas-luasnya.

Ya Allah. Ampunilah dosa-dosa papa. Ampunilah dosa-dosa papa. Ampunilah dosa-dosa papa. Tempatkan papa di kalangan orang-orang yang benar, beriman dan bakal menatap WajahMu yang Agung di syurga firdaus kelak.

Papa. Jika Acik diberi kekuatan dan keizinan, Acik akan meneruskan perjuangan yang papa belum selesaikan. Acik mahu meneruskan kecemerlangan yang telah papa tinggalkan.

Acik sayang papa.
Nashville, TN
2:33 am
November 29 2008. 1 Dhul Hijjah 1429H.

Pesanan Papa kepada guru-guru.


Jalan-Jalan Di Pejabat Papa Di Putrajaya

02:35 Posted in Journey | Permalink | Comments (39) | Email this

Sunday, November 16, 2008

West End Synagogue Exchange Visit

Assalamu'alaykum Warahmatullah Wabarakatuh,

PIC_0004.jpg

I went to Islamic Center of Nashville today, to join my fellow Muslim brothers in helping them out because we have a visit from West End Synagogue Youth group. It was a great event, Masha Allah. It feels great to see my fellow young Muslim brothers & sisters gave presentation about Islam, answered questions from the audiences and they were simply the ambassador of Islam in their own way. Some of MSA members were also there such as 'Atif, Mohsinah, and Nadia.

They arrived at ICN around 10am, and have a guided tour around the Islamic Center. Then we have breakfast together with hummus, pita bread, and some salads. After that some Muslim brothers and sisters gave a presentation about Islam. They talked about introductions of Islam, the five pillars, current issues around Islamic world as well as some misconceptions about the religion.

The presentation and questions and answers session took around an hour and a half. It was a very healthy discussion. Maybe for now there is no realistic solution on Israel - Palestine crisis, but I think maybe this event can play a small part of it. There are not many Jewish people in Malaysia, so here's my opportunity to learn more about them and to create the understanding with them as well.

There will be a visit from Islamic Center of Nashville youth to the West End Synagogue on January 11 2009. In sha Allah I am planning to go, because this will be my first time ever to go to synagogue. Overall, in my opinion, it was a great event and hopefully we can keep continue to build the bridges between Islam and other religions.

Tuesday, November 11, 2008

Indoor Soccer Intramural (Pt. 1)

Our team (Chaffin 113) qualified for the playoff round in the Vanderbilt Student Rec Center 3 on 3 Indoor Soccer Intramural after finished top of our league. We won 5 games, lost once. (5-0-1). Tomorrow will be our first playoff round. Hopefully everyone will play at their best and be the winner of the tournament.

Rosters:
Alan - Striker/Winger
Hasan - Midfield
Baba - Midfield
Dolah - Full Back/Winger
Amar - Defensive Mid/Center Back
Hubab - Defensive Mid/Center Back

Islam 101 at TPA Annual Meeting

SSPX0026.jpg

Dr. Awadh Binhazim, President of Olive Tree Education gave a nearly 3 hour talk on Islam during the Tennessee Psychological Association annual meeting at Nashville Airport Marriot this past Saturday.

EXCLUSIVE: Click to download the slides presentation.

Our next stop:
Olive Tree Education is organizing a presentation at the Tennessee Technical University campus in Cookeville, TN on Issues in the Muslim World – Women in Islam: Myth and Realities. It will be on Monday 11/17/08 at 6:00 to 8:00 pm. Click to visit the link. We are doing this in conjunction with Sister Maha Elgenaidi of the Islamic Networks Group (ING).

The da'wah survival in so-called the Bible Belt. I'm loving it.

00:21 Posted in Journey | Permalink | Comments (1) | Email this

All the posts